Hari-hari hutang bertambah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hutang @ debt?
Bukan syarikat sahaja menanggung hutang tapi kita (individu) pun punya hutang. Contohnya, hutang belajar (PTPTN, MARA, etc), hutang rumah (loan 30-45 tahun), hutang kereta (loan juga 4-9 years maybe), hutang TV? (42 inci lagi), hutang mesin basuh?, hutang sofa?, hutang beli baju?, dan mungkin hutang ahlong! (cannot!) kalau nak senarai jenis-jenis hutang individu ini memang banyak. 

Dan ada golongan yang tidak hiraukan hutang yang di buatnya malah sengaja buat lupa-lupa. Ada duit belanja kot lain dahulu. Bila datang surat saman baru la kalut, bila masa aq buat ni?? Kenapa aq tak bayar??

Makin kita tanggung makin bertambah, kalau betul-betul tak cukup duit nak bayar kita seharusnya rancang. Bayar sikit-sikit. Lama-lama makin kuranglah ia. Dayah sendiri kadang-kadang pun kalau bulan tu kurang sikit, saya bayar juga. Walau sikit. Hutang mesti kita dahulukan. WAJIB seorang Islam pedulikan hutang mereka.

Janganlah kita top-up hutang kita tu. Ada tu tak kisah top-up handphone nak bergayut dengan kekasih, beli make up yang paling baik/kualiti, beli baju nak yang jenama je (kadang-kadang imitate? tak sedar pun), baik lelaki mahupun perempuan beli barang pejagaan diri melebih-lebih. Kadang-kadang haram pakai pun tak, kan?

Dayah ingatkan diri saya juga, berpada-pada dalam berbelanja. Saya akui kadang-kadang nafsu mengawal diri, beli-beli hujung bulan sempit. Dan apa yang selalu Dayah praktikkan, dapat sahaja wang gaji setiap bulan, terus bayar semua hutang-hutang dan sedikit simpanan. Bakinya itulah saya guna untuk tujuan lain. Dan Rasulullah juga telah pesan kepada kita semua,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi



Jadi kawan-kawan sekalian beringat-ringatlah ya, apabila berhutang. Tak senang pun hati kita ni. Kota fikiran tak sudah-sudah memikir berapa banyak lagi hutang kita ini. Kalau masih bujang tak apalah gaji kita tu masih berlebih banyak. Tapi kalau sudah berkahwin, percaya atau tidak mesti rasa sempit nak-nak lagi kalau suami seorang yang tanggung segalanya.

D_Y_H
Masa untuk kerja ^____^ tak sabar sungguh menanti Sabtu. Yeahh, nak beli baju. Opsss, bayar cash yer. No no no credit card (nanti tambah hutang lagi!!!)

0 comments: