Hanya Tuhan Yang Tahu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Lagu ini mengingatkan zaman matrikulasi dan uni. Waktu itu, jiwa nak melayan lagu-lagu nasyid sahaja. Semua lagu-lagu nasyid sememangnya di hujung bibir. Antara yang Dayah suka adalah lagu-lagu dari Unic.

Kadang-kadang menjadi perdebatan juga, kerana waktu itu terlalu banyak lagu nasyid mengarah ke Cinta sesama manusia. Sehingga sampai masa Dayah turut hilang minat. Tapi kebanyakkan kumpulan, jiwanya muda mungkin cinta dunia yang di cari agar dapat sama-sama mencari cinta Illahi. Jom kita hayati lagu unic ni.

****************************************
Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...
 
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...
 
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...

****************************************

Orang muda kena beringat selalu, selagi belum halal jangan cuba-cuba menentang Adat dan Syariah. Hukum Allah jangan dibuat mainan. Jangan sesekali di lekeh-lekeh. Jangan terlalu menjulang cinta ke langgit sehingga lupa pentadbir agung adalah Allah bukan si pencinta. Cinta setengah mati pun kalau Allah kata tidak maka tidaklah ia.

D_Y_H
Cinta Illahi jua kekal selamanya, jangan terlalu mengikut hati muda. Beringat-ingat kerana Allah tidak pernah leka sesaat pun memerhatikan kita dan menjadi tugas kita mengingatkan sesama kita. Kerana kita manusia sentiasa terlupa dan membuat salah walau sekecil zarah.

0 comments: