Bubur DORIAN cepat dan lazat^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sempena DURIAN berlambak di jual di tepi-tepi jalan ini, Dayah antara pembeli yang hangat. Tolong depa bagi sales. [Berfikir esok 9/7/2011, mesti ramai peniaga di KL kehilangan income seharikan. Dugaan. Think rational ppl]

Dan saya yang nak sangat-sangat makan bubur dorian sejak 2-3 tahun lagi. Terpaksa buat sendiri. 2 tahun kebelakangan memang Dayah tak berani nak beli bawa balik. Memandang kesihatan mamaAbah. Diam-diam makan dekat luar. Mana best! Tahun ini, belasahlah labu. Yang penting control. Serbu Ulu Langat cari durian, sekali buah tak guguq lagi da. Penat I taw. Nak juga dorian redah Chow Kit. Hoyeh dapat. Tapi harga.. makaihh depa memang kayalah. Beli dorian je dah dekat RM110++ [HANG GILA DAYAH.. hahahaaha] 

Dalam kepala memang nak makan pulut durian. Oh mama, laksankan lah permintaan hati yang dah lama ni. Pagi-pagi ingat mama dah tanak pulut, sekali hampa. Pujuk hati, suruh la bibik tanah pulut.

Bibik - Ibu, tolong masak pulut.
Dayah - Mahu letak apa along?
Bibik - Nak masak letak santan ya?
Dayah fikir-fikir, macam mana ek. Belasah je la. 

Dayah- belasah je bu, letak je la santan. Pastu kukus ya. 

Elok bibik dah letak pulut, half cooked dah pun. Sekali mama bising kat Dapur. 
Mama - Bik ambil pulut ya.
Bibik - Sudah Kakak, Along dah suruh buat.
Mama dengan lajunya pergi tengok periuk atas dapur. Dalam hati, mesti mama puji ni. hahaha perasan.
Mama - Siapa suruh tanak dengan Santan
Bibik blurr terus. 

Dayah - Along yang suruh.
Mama - Siapa ajaq hang masak pulut lagu ni. Orang nak makan pulut durian, tanak kosong sahaja. Pandai betulah. Kata pandai masak
Dang! Kena perli sekali. Padan muka Dayah.

Hahaha. Moral of the story jangan gelojoh. Tunggu sudahkan. Akhirnya mama suruh tanak kosong. Dayah kena habiskan yang bersantan. Nasib tak banyak. Muak ok, bila ada tanak pulut dengan santan. Oh ya.. jauh benar cerita Cik Dayah ni.. heeee... back to story... I wanna share with you guys resipi Bubur Durian yang saya belasah sendiri di tengah malam buta, kerana terlalu craving. Nak tanya mama, haruslah dia tak mau layan. So berbekal apa je yang ada dalam peti ais. Oh Abah saya so sweet. Dia buka semua durian masuk dalam bekas simpan dalam peti ais. Mula-mula Dayah ingat durian dah hilang. Mulalah bengang. Siap tanya siapa makan. Sebab dengan kulit2 hilang. Tak heran. Sekali Abah yang baik hati telah pack baik2 dalam peti sejuk. So sweet la my Abah. 

Bubur Dorian Cik D kita^^
Bahan-bahannya;
1) Gula Merah / Melaka ( 1 potong dalam 2-3 inci)
2) Santan
3) Kacang hijau (rendam dulu sampai kembang 2 kali ganda dari size asal)
4) Air masak (dlm 2 cawan or kurang)
5) Durian (dengan biji-biji sekali pun okay je)
6) Sedikit garam
7) Gula (optional, sebab dah ada gula merah)
8) Daun pandan (Dayah tak guna pun sebab tak wujud dlm peti ais.. huhu)

Cara masaknya;
1) Masukan air & kacang hijau (air lebih seinci dari kacang), masak sehingga kacang hijau lembut. Lepas sekali dengan gula melaka yang keras mcm batu tu ;P hehehe (gula tambah kalau mahu letak sila tambah waktu ini) dan daun pandan yang di ikat ya.
2) Dah masak kacang hijau tu, masukkan durian (ikut sukalah nak masuk banyak mana) Gaul rata.
3) Dah mesra bahan, masukkan santan. Gaul rata, masukkan garam. Jangan lama sangat nanti pecah santan.
4) Siap untuk di hidang.

Boleh di makan dengan roti bersama teh o panas. Memang TERBAIKKKKKLAH. 

D_Y_H
Banyak lagi saya kena try and error dalam memasak ni. Week betul knowledge dalam bab masak. Tapi makan memang expert... hahaha.. Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan takut masuk dapur ya, wahai wanita-wanita di luar sana. Masa bukan alasan. Banyak sahaja menu-menu tapi menyelerakan yang kita boleh buat sambil buat report ;P hahahaha

0 comments: