Belajar menjadi Sabar

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Belajar untuk menjadi sabar. Iya memang itu yang perlu saya lakukan kini. Sabar dalam setiap sudut. Sikap kurang sabar saya kadang-kadang sungguh membawa padah. But I can't pretending!

Indeed its make me suffer a lots.Walau apa pun alasan saya kini, Dayah please belajar bersabar! Please belajar hormat orang lain [Dah macam saya tak tahu langsung erti hormat. Ramai kata saya kurang ajaq. Maaflah kurang ilmu. Saya admit saya insan biasa yang selalu nak buat salah sahaja. Buat baik diam-diam, buat jahat terang-terang :((]

Allah bagi akal berfikir, alhamdulillah Dayah masih tahu menghargai dan mensyukur nikmat ini. Kotak fikiran masih tak jemu mencerna segala input. Saya akan belajar lebih untuk bersabar. Belajar menjadi pendengar dari pembangkang. Patut ambil law agaknya dulukan. [Tapi hangpa jangan risau, dengan sesetengah individu sahaja mulut dalam macam bertih jagung. Kalau di lihat sebenar-benarnya saya nampak pendiam dan sombong. Mama la selalu kata "hang sombong" hehehe. Nak buat lagu mana muka tak manis jauh lagi cantik. Cenge selalu, hehehe. Kena tambah madu dalam senyuman ni]

Picture credit to Google
Senyum lagu tu baru kena Dayah ai. Tapi kan tapi kan. Sebenarnya susah gila nak senyum semula pada sesetengah individu yang memang entah... susahlah. Hati tak bersihkan. Mulut kata maaf tapi tidak di hati. Makanya rawatan hati di perlukan. Marilah rawat hati. Benci orang tak ada kebaikan malah buruk lagi ada. Kita tambah duri dalam hati kita sendiri. MasyaAllah, saya betul2 kena bantu diri berubah. Pelan-pelan, sometimes what "orang" buat benar-benar menyakitkan dan merosakkan.Susah kan.

Tapi saya terfikir kalau dia mati? Dan siapa kita untuk tidak maafkan orang? "BERSIH" kan hati yok, tapi bukan pembersihan yang baik kepada buruk ya. Sebelum satu-satu keputusan di ambil, cuba selami semula. Jangan nanti balik nak salah diri semula.

Jangan mudah terpedaya dengan dunia khayalan ciptaan manusia. Dayah mahu hidup aman dan bebas bergerak tanpa sekatan. Dapat terus bekerjaya menaikkan taraf hidup dan menjadi seorang Islam yang solehah, Amin. Mahu jadi lebih SABAR. Susah betul yang satu ini. Mulut kadang-kadang terlebih bicara. Harus guna plaster apa agaknya?

Ilmu perlu Dayah gali lagi. Banyak lagi kekurangan ilmu yang perlu saya tampung. Dan firman Allah, harus kita renung-renungkan bersama [muhasabah diri  wajib bagi kita setiap hari, kerana kita insan Khilafah, sering alpa. Tak ketuk tak ingat, tak jalan]

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'"

Mari kita berpesan-pesan, sebab kita manusia. Harus selalu saling mengingatkan. 
D_Y_H
Aja! Saya mahu belajar jadi lebih SABAR. 
[Tolong jangan cabar kesabaran tipis saya, please....]

0 comments: