Apa khabar Palestin?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hati saya tertanya-tanya, apa khabarnya Palestin, nun jauh di sana tetapi sentiasa dekat di hati. Kekejaman tak berkesudahan. Ada sahaja yang mahu di dengkinya. Ya Allah, berat sungguh dugaan mereka. Sedangkan kita di sini bersenang lenang hidup aman tapi masih merasa diri itu kurang itu dan ini. Sedangkan mereka hari-hari hidup di buru ke bimbangan. Dan tidak kurang yang selalu mengeluh itu tak cukup ini tak cukup. Sedangkan makan dan pakai tidak pernah tidak ada. Baju sentiasa berganti. Makan sentiasa masuk ke mulut.

Apa khabar anak-anak di sana? Dapat mereka kasih ibu? Kasih Ayah? Pergi kah mereka ke sekolah? Atau mereka terdidik dengan peluru dan senjata. Itu pasti. Perjuangan mereka mahu merdeka. Sekatan demi sekatan Israel lakukan. Kejam sungguh mereka.

Bantuan kemanusia Flotilla 2, dilarang memasuki port Greece. Salah apa pula mereka ini? Misi kemanusian yang di bawa. Katanya demi keamanan. Cetek sungguh fikiran kalau keamanan yang di laungkan. Bagaimana keamanan Palestin. Tutup mata dan terus melihat? Begitu ramai musuh Islam di luar sana yang kononnya faham, tapi sebenarnya tidak. Benci sungguh mereka. Sehingga pada suatu hari ada email saya terima mempermainkan issue kematian Osama bin Laden. Ilustrasi yang di katakan sangat pintar. Jauh di lubuk hati, saya yakin orang yang menghantar itu benci kepada Islam.

Tugas kita membetulkan perspektif mereka. Sedar tak sedar, kita cuma lihat dan dengar tapi jarang sekali kita membuka mulut menjawab. Di negara kita sendiri, adakala telinga sakit mendengar tomahan. Bila pendek ilmu, kita mudah terpedaya. Sebab itu penting, kita sebagai umat Islam mencari dan terus mencari ilmu. Kejarlah ilmu kerana kita sebenarnya HAUS AKAN ILMU dan percayalah ILMU TERTINGGI ADALAH MEMAHAMI ILMU ALLAH (iaitu Al-QURAN).

Jika di kaji bait-bait Al-Quran itu, walau kita tidak faham kita tetap tenang. Segusar mana pun kita, tetap TUHAN YANG DI CARI dan terkadang Al-Quran itu yang kita peluk. Tapi kita sering alpa dek kemajuan dunia yang pastinya hancur. Dan ingatlah kawan dan diri saya sendiri, MATI ITU PASTI.

D_Y_H
Andai di beri peluang, ingin sungguh saya jejak ke sana walau sebelah kaki. FREEDOM FOR PALESTIN!!

0 comments: