Wake up!

Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bangun pagi pukul berapa? Lambat atau cepat?

Siapa kejutkan? Bangun sendiri? Ke kena simbah ngan air segayung... heee? Di kejutkan dengan ketukan pintu (sampai nak roboh dah pintu tu.. hehehe)?  Mak jerit, bangun. bangun. bangun?

Oh ini bukan isu yang mahu Dayah tulis! Isu sebenarnya, BERAPA KALI ANDA SEDAR!!

Berapa kali?
Hari-hari sedar diri?
Sebulan sekali?
Setahun sekali?
Kena tegur baru sedar, lepas tu lupa balik? 

Dayah? Entah berapa kali sedar dan tidur dan sedar semula dan tidur semula. Selagi tak betul-betul terjadi, selagi itu tidak sedar-sedar diri. Contohnya; Dah berapa tahun saya gagal menurunkan berat badan? [SIGHHHHHH] http://www.emocutez.com yang ini sungguh mendukacitakan. Turun sat, berhenti sat. Tarik nafas ... tarik nafas dan terus tinggalkan. Salah siapa? SENDIRI definitely! 

Sedar bukan tak sedar. Bangun bukan tak bangun. Tapi, apa? Iya USAHA yang tidak berterusan dan SEMANGAT je lebih. Huh! Mengalah cepatkan. Timbang-timbang. Turun dan naik dan turun lagi dan naik lagi. Okay enough! I really need to do something about my weight. Tadi baru Abah call,

Jangan makan ayam!
Badan tu dah gemuk!
Semalam 100kg!
Esok-esok ntah 160kg! 
vavavava.. Abah memang kasi Dayah cuak kebebeh. Hati saya tak pernah sedetik pun tenang berbadan begini. Jangan suruh saya makan ubat! Apa pun jua makanan kesihatan ia tidak mungkin membantu. Berapa banyak ubat telah saya telan!!! Cukup. Cukup. Cukuplah saya menyeksa diri. Kaedah terbaik cuma senaman. Paling di yakini. Dan penjagaan makanan. Yerp. Tapi ini yang teramat sukar saya lakukan. Semua makanan nampak begitu menarik di mata saya. Campaklah saya di mana pun, saya tahu mana mahu mencari. SIGHHHHHHH http://www.emocutez.com. Susahkan. Yang satu ini sangat sukar untuk saya displinkan.

Ayam? Dah lah dengki, setiap kali makan mesti naik bintik merah. Kenapa ntah. Tapi makan ayam kampung baik je. Adakah ini bermakna petunjuk. Iya Dayah wake up la! Penat taw, dah la berat. Kaki itu penat nak bawa awk ke hulu ke hilir. Nasib dia tak punya suara berbicara. Kalau tidak pasti, insaf. CUKUP! Datin pun dah puas bebel, sampai kadang-kadang terguris hati saya. Tapi tetap DEGIL. Huishh. Wake up Dayah wake up! Datin jommmmm teman I jogginghttp://www.emocutez.com

Dan dan dan saya penat. Lawan. Penat dengar bebelan. Penat kena marah. Penat kena keji, yang ini langsung saya tak kisah dah lali. Katalah gemuk macam mana pun memang dah lut. Itulah orang kata DEGIL. Yang betul-betul menjadi kerisauan adalah kesihatan. Nak buat gym dalam rumah, boleh?? Bila-bila masa boleh buat. Tak payah susah drive jauh. Tak payah susah-susah fikir parking. Tak payah susah susah fikir aurat. Herm, ada bagi setahun lagi gym. Jangann membazir Dayah! Jangan! Jangan! Jangan! 

Perlu tak saya fikir duduk jauh dari Malaysia yang kaya makanan ni? Hahahaha, idea gila. Tapi mana tahu? Oh cukup gila saya rasakan. Bagaimana dengan semua di sini. Mesti kamu kamu kamu rindu saya kan? Hahaha perasan. Yerlah abang mesti missed my ayam. Baby? mesti missed me, babykan my best adik ;P. Datin and mama? mesti missed nak gaduh kan. Fatin? mesti missed my bebelan kan? Angah and Sri? mesti missed me sbb tak ada orang teman travel kan? Tiah? OMG you mesti hilang kawan bergendang kat dapur kan?  Abah? sure missed orang yang suka tambah stock buah dalam peti ais kan? 

Hahaha.. apa yang saya karutkan! Yang penting setiap saat saya rindukan semua. Walaupun Dayah sangat degil dan suka pamerkan reaksi sebaliknya. Saya perlu agresif dalam usaha mengurangkan berat badan kan? Ke main-main, oh cannot!!!!! I may look smaller than before tapi anda semua tertipu my weight is increase!!! Gila! Lepas timbang rasa nak campak timbang ke bawah pun ada. Apa tak, hari-hari pun dia nak timbang, rosak scale agaknya, hahahaha. 

So? Baik. Baik. Baik. Saya kena terus berusaha. Kawan-kawan doakan saya berjaya ya. Kadang-kadang patah juga semangat bila timbang tu naik. Perlu tak saya tak timbang? Cannot! Timbang sebelah mata je kot!  Herm.. USAHA USAHA USAHA

D_Y_H
Ciayokkkkkkkkkkkkkkkk

3 comments:

cweety kadbury said...

jom diet sme2 jom...
kte g jog tp2 ptg...meh..meh..huhuu

hansuke said...

when there's a will, there's a way..:)

all the best.

Dayah said...

Salam Cweety & hansuke,

Tq, insyaAllah i'll.