Rindunyaaaa

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture credit to TheIdealMuslimah.tumblr. : Setiap orang punya cita-cita. Usah toleh ke belakang andai anda inginkan ia jadi nyata. Berjalan dan terus berusaha.

Sungguh Dayah rindu saat sibuk dahulu. Membonceng motorsikal ke sana ke mari. Kini semua tidak sama lagi. Yang ada cuma Dayah yang sangat busy dengan kerjayanya. Apa yang saya cari? Walau dahulu saya sibuk ke hulu dan hilir tapi saya enjoy. Sekarang? Mungkin kerana motor? Iya mungkin. Kereta tak best ke? Laut mungkin? Mungkin dahulu laut tempat saya meluah rasa. Kini? Jauh sangat.

Apa yang saya mahu? Dapatkah sudah? 

1 cuma saya dapat kini. Lain belum! BELUM! Oh saya tidak sama sekali putus asa. Paling penting saat ini, saya rindu untuk kembali membelek buku. Yes, I will take December sitting. InsyaAllah, will do as best as I can. Mudah-mudahan saya lulus. Penat lalui kegagalan? Iya. Tapi ia tidak bermakna ia harus berhenti di situ. Saya mulakan dan wajib saya habiskan.  

Dan paling penting ada janji perlu saya tunaikan. Dan impian yang terpaksa saya korbankan. Allah ada rancanganNya saya pasti. 

Dan quote dari Filem Syurga Cinta, 

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

Moga pelangi itu muncul lagi. 
D_Y_H
Saya penat berlari, mahu berjalan kini. Bila tenaga saya kembali saya akan berlari kembali.

0 comments: