Resepsi nun di Pantai Remis

Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sabtu baru-baru, Dayah serta keluarga memenuhi jemputan Pakcik Mail. Banyak kali juga pakcik pesan, mai jangan tak mai. Dari Majlis di Kelantan lagi di suruhnya pergi. Cuma Majlis di sana, Dayah tidak berkesempatan langsung untuk singgah. Mujur juga minggu ini ada kelapangan. Tak baikkan menghanpakan orang.

Dayah pun jarang-jarang dapat penuhi tuntuan majlis-majlis begini. Selalunya awal-awal lagi, Dayah akan memberitahu mungkin atau tidak. Kerana, 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” - at-tabrani (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Sebagai seorang Islam adalah wajib bagi kita memenuhi udangan. Alhamdulillah kali ini dapat juga Dayah penuhi permintaan pakcik sekeluarga. 

Bertolak agak lewat, 11.30pagi dari rumah. Jauh naaaa laaaa. Cheq kena bawa keta seorang, kheta ketat. Lapan orang sekali. Layan. Tapi memang boleh naik lapan orang pun. Semua pi kecuali Abah dan Ali la. Abah sibuk dengan construction work dia. Memang tak la dia boleh pi kan, sat lagi pi sibuk pulak client call, payah. Ali? Budak ni awai lagi dah balik Kelantan. Nasib hang la labu. Padan muka siapa suruh balik awai, dan dan call kata "sampai hati tak ajak aq" ish budak ni. Hari tu suruh balik awai punya bising nak balik awai, Naaaa rasakan ;P
Dayah kepala Dayah ingat dekat giler. Budget 1-2 hour can reach there la. Sekali ambik kau dah sampai Ipoh tak lagi, sampai sg perak dak lagi.. sampai kuala kangsar pun dakk aiiii.. aishhh lama bebenar rasanya dah tekan minyak ni. Segala jenis kenderaan dah di potongnya. Lapaq punya pasai. Sekali nampak signboard Bukit Gantang, perut terus melompat nak makan. Yeahhhh my nasi lemak. Muahahaha. Macam mana nak kurus? hang habaq mai??? Ngeee. 

My favorite place setiap kali balik kg. Sanggup tu tunggu sampai Bukit gantang baru berhenti, gara-gara nasi lemak ikan masin dia yang memang di yakini sedappppp. Dan dan dan, paling menyedihkan sepanjang perjalanan Dayah nampak aktiviti manusia yang rakus. Makin hari makin hilanglah bukit yang dahulu indah dan jadi pasak bumi. Sedihkan. 

Makin lama mungkin pemadangan ini akan lenyap dari Muka Bumi dan esok apa yang tinggal buat anak cucu kita? Bukit buatan? Manusia bijak mencipta tapi tidak pandai mengekalkan keaslian.
Jam 2.30pm sampai juga kami di tempat yang di tuju. Fuhhh. Dalam 3 jam baru sampai. Sampai-sampai haruslah cari pakcik Mail dan makcik dulu. Pengantin serba Unggu. Majlis di Dewan terbuka. Dewan Arena. Ramainya orang. Lapaq oiii, cari makan dulu la. Bedai apa yang patut. Masa makanan di hidang, walaweiii bau Gulai Ikan talang nenas. Lama benar tak pekena. Rindu pulak pada tok. Tok Dah kalau buat gulai ikan talang ni memang terangkat, sebab pakai cili giling. Dan Tok Yam pulak kalau masak Kari Siam dia perghh tak angkat punggung dah, tambah nasi tambah ikan pekasam jawabnya Dayah. Oh rindunya.

Hidangan yang di hidangkan.

Tak lepas baiii.. nak juga ambik gambaq.

Tu dia. Ala-ala princess dah dua orang kembaq ni.

With Pakcik Mail and Makcik. Angah stunning with purple. Pengantin lelaki tak perlu di perkenalkan, ramai yang mengenali beliaukan. Pertemuan di Masjid menyatu dua hati. Alhamdulillah.

Kidnap angah gambar sat, hehehehe.. bukan dari kami sampai jenuh dok tengok depa bergambar. Sentiasa senyum sahaja angah. Sure lenguh pipi.

Depa ni memang. Pantang jumpa kamera mulalah hantu gambar terus.

ehhhh.. Hana Montana yang cute pandang kamera .. yoshh. Sian kat dia, hangat na cheq. Tengah hari rangbang, haruslah teriak si Hana ni. Kipas-kipas dia diam sat. Panas teriak balik.

Chef tiah ni memang, Suka naa ngan anak orang. Semua budak kecik dia nak kebas.

Oh yeah, dapat tangkap Ally Iskandar dan Cik Tunang beliau. Vavava seronok depa nooohh.. mujuq dia pun sampai masa orang semua dah nak balik. hehehe. Bolehlah kami catch him kan.

Angah sedang makan. Cantikkan dia. Cantik sungguh. Nak taw, pukul berapa baru depa makan? 4.00 petang yer tuan-tuan puan-puan. Sure lapaq giler dua mempelai ni. Waktu ni tetamu sudah tinggal less than 5%.

Fuh lama giler baru dapat makan. Kesian pengantin kan. Masa zaman-zaman korang kawin tak la selewat ni kan makan? Apa pun tabik spring kat Fedtri & Angah, cool je depa layan tetamu dan paling penting senyum tak pernah lekang dari bibir mereka berdua. 

Datin la dia kata, 
"Kalau aku kawin tak mau la aq sanding lama-lama ni"
"Buat ringkas2 sudah"

Fuyooo Datin advance adik Dayah ni. SPM pun belum lagi dia boleh pikiaq. Deeiiii.. 

D_Y_H
Fuyooo dah jam 3 pagi ohh. Mahu siapkan kerja. Ok tata.

0 comments: