Tuesday, June 21, 2011

Rahsia Ar-Rad Ayat 31

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah tak puas hati bila Abah suruh baca Surah Ar-Rad Ayat 31 berulang-ulang. Selalu dengar Abah recite surah ini berulang. Sambil duduk pun dia baca. Kata Abah ada kaitannya surah ini dengan Kisah Nabi Musa yang mahu melihat Allah. Dalam Surah Al-A'raf ayat 143 yang bermaksud,

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Dayah sangat-sangat ingin tahu. Makanya saya mencari tafsir, yang bermaksud,

"Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat." 

Dan Dayah juga menjumpai bahawa ayat ini antara doa yang boleh di guna untuk dicintai. Jika mahu di cinta, amalkan ayat ini.
D_Y_H
Moga cinta kepadaNya makin utuh dari hari ke hari dan DIA permudahkan segala urusan sementara di muka bumi ini.

4 comments:

hansuke said...

salam.

suatu ketika dulu, masa dah kenyang makan tengahari, my dad and i selalu je cakap2 agama dan bercerita kat meja makan, dan salah satu citer beliau ialah kisah nabi musa yang nk lihat Allah..:)

thanks for the memories.

Dayah said...

Salam Hansuke,

Cerita ayah selalunya memori indah buat kita semua^^

Moga jadi amalan kita.

nadiah zamre msnaza said...

salam dayah,boleh tak dayah terangkann dengan ringkas mengenai surah nie??dan kenapa ayah dayah amalkan surah ini.saya jadi berminat untuk tahu..terima kasih

Anonymous said...

Assallammualaikum wbt. Kalau ikut Amalan my sis in law, di amalkan bila hilang barang. Insya Allah...