Out from town 3 - Percutian yang singkat dan best: Phuket

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari kedua kami di isi dengan Island Hoping. Kalau bercuti tidak sah kalau tidak ke Pulau. Lagi-lagi, Dayah selalu melihat gambaran laut di Thailand yang sangat biru airnya dan tidak tercemar. Memang sesuatu yang saya sangat nanti-nanti. Berkomunikasi dengan Alam juga terapi minda yang bagus pada saya. Melalui Alam saya temui kedamaian. Kurniaan Ilahi yang tidak ternilai. Allah yang maha mencipta segalaNya. 

Seawal 530 pagi lagi kami sudah bersiap-siap dan sarapan pagi. Tapau dari kedai favorite kami. Di kedai-kedai convenient seperti 7E atau Family Mart sangatlah sukar mendapatkan makanan halal. Kerana itu kami memilih untuk membungkus di malam harinya. Selain kami kena menghantar semula motor yang di sewa, sambil menanti di ambil untuk ke jeti. 

Menaiki ferry ke setiap pulau. Di janjikan 3 pulau, walau bagaimanapun hanya dua pulau sahaja dapat kami kunjungi dek kerana cuaca yang tidak menentu. Hujan. Pulau Pertama yang kami singgah Maya Island. Takjub Dayah dengan kebiruan air lautnya. Tapikan. Saya lebih suka Manukan, Sapi Island di Sabah atau pun Pulau Redang, Terengganu. Hidupan coralnya lebih perbagai. Di sini balik-balik ikan warna itu sahaja yang Dayah nampak, kenapa eh? Malu yer ikan-ikan lain mahu muncul. Di Sabah mahupun di Terengganu, saya temui tapak sulaiman tapi tidak di sini. Ikan todak kecil pun boleh di lihat tapi tidak di sini. Kenapa ek?


Jarak pandangan agak jauh. Pulau ini cantik dengan laut membiru.
Kami naik ferry ya, bukan bot di bawah. Itu cuma transit bot. Pengalaman pertama menaiki bot kayu, selalunya saya naik bot yang di buat dari Fiberglass. Best sungguh. Kagum dengan orang yang mengetam kayu sehingga jadi bot sebesar itu.

Baru sampai ke darat.

Langit nampak gelap kan?
Ada nampak ikan-ikan? Itulah ikan sejenis yang saya nampak sepanjang di Pulau Maya. Ikan lain mungkin takut dan lari.. hehehe...

Birukan. Baby sangat excited.
Destinasi kedua kami adalah Phi Phi Island. Ada aktiviti Monkey feeding. Dayah dah malas nak turun. Kerana nak habiskan masa melepak mengadap laut. Dayah bawa buku untuk di bawa, sunbath gitu. Hehehe. Ala-ala naik cruise.

Berhampiran lokasi Ferry di berhenti.

Ikan-ikan ini berebut, Dayah bagi dia orang makan roti empat segi. Beli 3 peket 50Baht. Mahai.

Inilah ikan yang saya nampak sepanjang Island hoping. Ikan jenis lain kurang kelihatan. Mungkin spesis ini yang gemar muncul, hat lain. Mungkin pemalu.

Sedalam mungkin 20 meter. Syoknya dia.

Mereka baru pulang dari Monkey feeding. Kemana? Ntahlah. Mungkin berhampiran.

Birukan. Sangat suka.

Suasana ini mungkin kita boleh lihat di Langkawi. Hampir sama.
Sampai di Phi Phi Island. Saya tidak turun. Mengeringkan baju lebih baik. Pelikkan? Hehehe. Saja tidak mahu membazir. Kerana mata saya dah nampak kedai-kedai menjual barang. Baik saya reserve untuk shopping di Patong sahaja. Dan masa inilah saya boleh gunakan sunbath lagi. Mujur juga saya tidak turun, tidak sampai 30 minit hujan turun dengan lebat sekali. Mujur baju saya sudah kering. Kalau tidak mahu mengigil. Selepas 1 jam, ferry bergerak pulang. Perjalanan mengambil masa hampir / kurang 2 jam. Agak jauh. Sedangkan boleh sahaja cepat, itu pun kalau kami menaiki speed boat. So moral of story, next time silalah ambil speed boat. Penat.

D_Y_H
Mungkin tahun depan ke laut lagi. Baru merancang. Harapnya dapat membeli tiket murah lagi.

1 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)