Out from town 2 - Percutian yang singkat dan best: Phuket

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bila ke negara orang, Dayah suka memerhati dan sedikit sebanyak hati pasti membuat perbandingan dengan Malaysia. Thailand antara negara Asia yang popular menjadi pilihan pelancong, tidak terkecuali pelancong dari negara kita. Betul tak? Mungkin hiburan yang banyak di sana. 

Dayah? Selain syurga shopping. hehehe. Mana-mana wanita pun pasti shopping dalam list utama. Hahaha. Ke saya je? Saya pengemar LAUT. Sangat best. Dengan laut saya temui kedamaian. Walau kadang-kadang rasa takut pada dasarnya. Yang dalamnya tidak tahu berapa jauh dan pasti gelap dan kaya dengan sumber. Phuket negeri bertuah sebab di kelilingi lautan dan di anugerahkan dengan pulau-pulau yang pada pemerhatian Dayah masih di jaga. Lautnya masih biru. Walaupun cuaca hujan dan ombak yang sangat mengerunkan saya pada waktu-waktu tertentu. Terbayang air naik pada paras tak sepatutnya?! Dayah berfikir untuk memandu naik ke bukit sahaja. Bandar Patong di kelilingi bukit.Untuk memudahkan perjalanan kami, bermotosikal kami. Sewanya berpatutan pada saya 2,000 baht atau hampir RM20 sehari. 

Sewa motor lebih murah dari naik TUKTUK. Saya terfikir pasti ramai memilih menaiki motor dari TUKTUK. Apa jadi dengan pendapatan pengusaha TUKTUK? Realitinya, banyak TUKTUK yang tersadai menanti penumpang. Even matsalih pun pilih untuk menyewa motor dari menaiki kenderaan awam tidak pun naik sahaja local teksi which is cost you around 350 baht to Phuket town from Patong. Sebagai pelancong bijak, mana pilihan anda? Saya akan pilih motor selain boleh di pakai bila-bila masa, kemana-mana sahaja Tapi buatnya tidak pandai memandu motor? Sewa kereta pun ada. Harganya? Kurang pasti. Kerana Dayah lebih berminat menaiki motor. Rasa kehidupan kampus kembali. Sungguh saya rindu saat menaiki motor. Lepas RINDU.

Ini Bai and Sri. Perjalanan kami ke Bandar Phuket. Ikut sahaja signboard dan hati. Makcik ni, "Kau jalan dulu la Long, aku follow belakang" Yeahh dia memang macam tu.
Sampai di Bandar Phuket terasa berada di bandar kecil Melaka. Bangunannya tidak mencecah langit. Bandar biasa. Kehidupan biasa. Yang saya perhatikan banyak tempat-tempat hiburan. Bangunan lama. Statute. Pusat kecantikan pastinya banyak disini. Kedai urut juga bersepah sana sini. 

Rata-rata peniaga makanan saya perhatikan Wanita.

Ini kedai baju-baju. Murahlah juga. Tapi CASHIER dia sangat SOMBONG. Layan VIDEO sahaja. Harapkan petugas lain yang tak berapa tahu berkomunikasi. Strategi yang salah tokey dia ni. Jangan di biarkan staff yang suka buang masa melayan video di kaunter baik di gunakan kelebihan dia melayan pelanggan.


Perjalanan balik kami berhujan. Terpaksalah singgah ke 7E. Puas Dayah pusing-pusing cari rain coat tak ada. Tanya kaunter, "Execuse me, do you have rain coat?" Laju je dia geleng. Aik. Baru tadi tanya matsalih tepi jalan, mana dia beli rain coat. Katanya 7E. Tak puas hati saya. Bertanya pada cashier seorang lagi, tak faham juga. Saya tunjuk luar, hujan dan kata need rain coat to cover. Terus dia angguk-anguk kata yeah.
Hujan. Terimbaulah waktu belajar, lepas kelas balik dalam hujan. Tak tunggu dah. Lewat kot. Mana nak kejar waktu. Selalu kelas habis elok-elok sebelum maghrib. Dayah memang tak akan tunggu, biar basah asal sampai rumah cepat. 

Sampai ke Patong hujan lebat. Selebat-lebatnya. Bagus betul baju hujan ni. Tak lut air langsung. Dayah dari dulu memang bawa motor laju. Kereta pun. Tertinggallah adik saya yang sopan santun tu di belakang. Puas juga tanya baby, 

"Adik, angah mana?" Tanya dia sebab dia boleh toleh belakang. Pandang saya terhad. Hujan lebat. Jawapan, entah. Kenalah perlahan sikit. Tunggu sampai nampak bayang dia. Karang sesat pulak budak ni. Tak banyak yang boleh saya perhatikan dalam keadaan hujan. Tapi dalam hujan-hujan itu, masih ada juga yang menaiki motor seramai 3 orang (semua dewasa). Bahaya sungguh. Helmet yang saya pakai tidak ada langsung ciri-ciri keselamatan seperti di negara, wajib mendapatkan pengesahan selamat di guna. Dulu, kalau nak beli helmet saya memang cerewet, kena cari yang ada SIRIM. Kalau tidak tak mahulah saya beli. Tentunya helmet di negara kita lebih selesa. Tapi harus di puji, kerajaan setempat di sana merata-rata meletak signboard penggunaan helmet. Cuma mungkin, mereka laju sangat bawa motor tak sempat baca. 

Ingat tak iklan tembikai? Yang pecah akibat pemanduan tanpa helmet? Ingatkan, kalau di siarkan di Thailand mesti dia orang patuhkan? Mungkin. 

D_Y_H
Cukup dulu. Nanti saya sambung dengan pemandang biru laut pula. Yang ingin saya katakan, tak perlu susah hati ke negara orang. Bekalkan diri dengan sedikit info, pasti kita boleh survive. Kalau boleh study bahasa mereka sedikit. Jangan takut untuk mencuba. Ia sesuatu yang mengujakan.

1 comments:

CaDLyNN said...

bestnye~ teringin gak nak pi phuket nnti..