Out from town 1 - Percutian yang singkat dan best: Phuket

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Boleh bilang jari saya bercuti sepanjang tempoh bekerja. Dek kerana tiket sudah di beli setahun yang lalu. Saya lalu kan diri untuk pergi, walaupun susahnya hati. Memikir bos yang bakal cuti, next ACM yang dekat, last stage sop dan 2 file yang belum habis review. Sampai pukul 3 pagi saya selesaikan mana yang patut. Terkilan tak mampu nak habiskan 2 file. Sungguh tak boleh hadap. Tepu otak segala.

Tepat jam 530 pagi terus ke airport. Sampai terus masuk menunggu. Paling tak best, dengan duit pun tak tukar lagi. Dan inter-bank langsung tak boleh. Haish. Seri & Bai, berlari cari ATM yang mahu bekerjasama. While Dayah check docs at counter. DONE! 630 am checking immigration and body screening. Duit dapat tapi tak tukar lagi???! Dalam hati, tak apalah CIMB kan ada.

Landed tepat 745am waktu tempatan. 1 hour late from our time. Laju kami mencari teksi. Mata saya ligat melihat Money changes. Ada, tapi Bai tahan Dayah. Ishh, budak ni. Sekali, jumpa Latif, dia bagi offer 1,500 baht per head for Island hoping. Memang favorite kami pun. Tak sah kalau tak pergi laut. Oh ya, destinasi kami adalah Phuket. Dayah memang tak buat apa-apa research langsung. Even packing barang pun 30 minute before ke airport. Hahaha. Busy kalah menteri kan. Hehehe.

Naik teksi, nak sembang ngan brother teksi tu. Sekali sepatah haram pun dia tak faham, haiilahhh Labu. Diam je la. Mata melilau tengok tempat orang. Sembang-sembang dengan adik-adik mana hala tuju kami? Persoalan sungguh. Main redah. Kata putus, pergi hotel dulu. Tak boleh check-in lagi Terlalu awal. FINE. Tapi toke tempat menginap kami sangat TIPTOP. RECOMMENDED to GO. INDEED bagus. Mesra sangat. Kami nak mai lagi. Nak duduk sini lagi. Kami tinggal di RUEN BUATHONG BOUTIQUE GUEST HOUSE

Bagi budget hotel, ini sangat-sangat berbaloi-baloi. 5 STAR saya bagi. Selain kemudahan yang lengkap. TV semua channel ada. Siap ada peti sejuk, mini bar, bilik semua ada water heater. Siap FREE WIFI. Di tambah dengan layan terbaik dari TUAN RUMAH. Buat yang mahu ke sana saya sangat-sangat menyokong memilihnya. Tuan rumah siap offer, kalau kami suka bilik yang kami duduk next time boleh request. Wahhh.

Lepas tinggalkan bagasi, kami bergegas mencari makan. Kawan saya kata senang cari, tapi saya tak rasa pun! Naik TUKTUK sekali kena KETUK. Seketut je pun jalan opsss geram punya pasai, orang kedah suka guna bahasa ni. Kena charge 200 baht. RM20. Mahaiiii na.

Tapi ini bukan TUKTUK yang KETUK kami tu la. Macam di India juga, tapi namanya saya kurang pasti.

Tuan Rumah tulah tukang tahan. Katanya 150 baht je. Tapi si pemandu TUKTUK tetap berdegil, dek kerana malas nak fikir. Iyer iyer je la. Dia bawa kami berhenti depan Masjid. Bagus Tuan Rumah tu. Dia tahu that the only area yang HALAL to find food.

Inilah kedainya. Sangat-sangat di cadang.

Kedai ini terletak betul-betul berhadapan dengan Masjid Nurul Huda. Masjid terbesar di Patong yang Dayah nampak. Saya sangat suka semua food dia. Nasi dia memang best. Fried chicken dia sangat terbaik.

Dan cuaca tidak berapa baik. Hujan. Hujan. dan Hujan. Angin tepi laut. Fuh. Sangat2. Hebat. Ombak nampak sangat ganas.


Tapi nampak tak uncle tu? Relax giler dia duduk tepi laut yang sangat-sangat ombak dia, masyaAllah. Seriau. Walau hujan kami tetap meneruskan perjalanan, tanpa pedulikan cuaca. Belasah je. Mujur balik tak demam. Syukur, Alhamdulillah.

D_Y_H
Nanti Dayah sambung lagi ya.

0 comments: