Motivasikan diri sentiasa supaya hidup tak layu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selama hampir 2 minggu lebih saya tenggelam dengan SOP dan ERM. Cabaran sungguh. Ada detik tidak puas hati membuatnya terutamanya SOP. Rasa ada kekurangan. Susah hendak menentukan sesuatu Policies dan lebih sukar mendokumentasikan proses sedia ada. Sorang cakap lain, sorang lain cakap lain. Berpeluh.

Dan lebih susah menanti panggilan telefon. Jenuh menunggu, rasa saya maklumat tak di sampaikan? Bila hubungi kembali jawapan masih sama,

En.XX keluar ke bank
En.XX tak masuk hari ini.
Nanti saya minta dia telefon semula.

Tungun punya tungu, follow up punya follow up masih sama. Attitude ini yang tak patut ada pada seorang pekerja. Susah benar mahu di hubungi. Ada masanya saya rasa kelam kabut dalam mengurus situasi, Alhamdulillah makin serasi.

Lebih teruja bertemu orang-orang berpengalaman. Wah! Mereka semua hebat. Moga suatu hari nanti saya boleh sebaris dengan mereka. Amin. Bukan senang menjadi NED pada banyak syarikat. Tapi mana ada yang mustahil dalam dunia ini.

Untuk naikkan semangat bekerja beberapa perkara sering saya lakukan:

1) Jadikan setiap kerja menarik. Sikap ingin tahu perlu ada. Kenapa ini begini dan kalau begitu bagaimana?

2) Susunan meja yang teratur. Kalau semak, kepala pun serabut sama. Tapi. Tapi. Tapi. Saya ada kawan yang tidak boleh tempat dia kemas. Dia senang bekerja dengan suasana bersepah. Itu cara beliau. Mungkin anda juga. Tapi saya tidak. Harus bersusun. Dan adik Dayah kata I'm very particular! Kehkehkeh. Bayangkan beli barang kat Hypermart pun mesti susun elok2 barang dalam troli.

3) Datang ke pejabat dengan senyuman.

4) Berkomunikasi dengan cara berhemah. Buang prasangka.

5) Jangan sesekali mempengaruhi orang lain dengan emosi sendiri. Jangan campur urusan peribadi dan kerjaya. Bukan mudah, tapi setakat ini saya masih boleh mengatasinya.

D_Y_H
Baru pulang, minda masih liat melayan kerja. Mahu melihatnya hari Isnin. Dan tip untuk semua. Kita harus positif dalam semua perkara.

0 comments: