Kembali ke-17

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Ini cuma ocehan kosong saya. Mahu saya tulis rasa gembira saya setelah lama tidak melaksanakan tanggungjawab yang satu ini]

Alhamdulillah, saya sudah mampu mengurut kembali. Syukur, tiada gusar dalam hati lagi. Tapi masih tidak seperti dahulu. Kalau dahulu almost everyday, after maghrib dok urut mamaabah. Selepas sahaja saya ke Matrikulasi itu tidak saya praktikkan. Sangat sukar untuk memujuk saya mengurut semula. Macam-macam alasan saya bagi, ada ketika sampai saya kata, 
- Jangan nanti berangin satu badan eh.

Kejam tak? Nak mengelak punya pasal. Haish jahatlah. Perasaan takut mana entah telah merasuk diri saya ini. Sampai satu hari, Abah pernah kata.
- Dulu ada anak Abah ni selalu urut kaki Abah ni sambil mengaji.

Huhuhu. Sardis betul. Lama dah Abah cakap tu. Dayah tetap buat dek. Muka selamba. Malah sibuk mahu mencari mesin urut. Tapi di halang, katanya tidak baik untuk kesihatan kerana getaran elektrik yang ada. Turutkan sahaja. Kalau di kira jari hampir 10 tahun, Dayah berdegil dengan andaian gila saya. Huh! 

Berkat itu lebih penting. Dari saya pentingkan tangan yang sakit. MamaAbah bukan makin hari makin muda. Kita semua makin di mamah usia. Kenapa tidak gunakan masa yang di anugerahkan sebaiknya?

Masih ingat suasana dulu, balik sahaja MamaAbah dari kedai (lama), lepas maghrib semua anak-anak berkumpul masuk bilik duduk ramai-ramai atas katil sambil tengok TV. Sambil tu, tangan penuh dengan minyak urutlah Abah dulu lepas tu Mama pula. Dari mana Dayah tahu mengurut? Siapa pun dalam dunia pandai mengurut. Tapi la ni, memang tak pandai dah. Hari pertama cuba mengurut balik rasa tangan tak betul2 menyentuh anggota. 

Perlahan-lahan Dayah akan cuba membuang semua anasir negatif dalam minda saya. Saya akan cuba. Selagi mereka ada, ini bakti kecil yang mampu saya curahkan. Berbanding bakti seluruh usia yang tak mampu saya balas ke atas keduanya.

D_Y_H
Orang lain saya urut main-main boleh. Urut sungguh2 cuma untuk mereka berdua sahaja.

0 comments: