I love you Abah^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Happy Father's Day!
Wishing to Abah? No. Didn't say anything to him.
Cuma berbincang pasal keje sahaja dengan Abah.
Nak beli hadiah? Tak beli apa pun.
Sebab dah belikan beberapa minggu lepas.

Kalau beli sure Abah pakai baju tu ulang2. Hahaha. Abah siapalah ni. My Abah memang terkenal dengan sikap kedekut! Cakap ikut sedap mulut dia je. Siapa tak tahan, nasib! boleh angkat kaki. Direct Okay. Dia nak marah dia marah je.

Pekerja dia tahulah macam mana bos dia ni. But but but, I really admire him. Don't tell me you don't admire your dad? Ya mungkin ada, tapi mungkin tidak ramai. Kegigihan dia mencari rezeki dan membina syarikat beliau memang tidak boleh saya nafikan sedikit pun. Ilmu dia, tok sah cakap. Bab matematik paling saya salute! Tapi kedekut ok! Dulu masa kecik2, Abah tak akan ajar. Dia akan suruh Dayah selesaikan sendiri. Sampai saya give up, baru dia akan tolong. Dia cuma perhati sahaja.

Approach Abah sangat berbeza. Dia memang didik anak-anaknya dengan cara independent. Tapi mama pula sedikit manjakan anak-anak. See berbezanya dua watak ibuayah yang Dayah ada. Garang Abah? Huh! Tok sah cakap. Garang oh! Pernah merasa kena pukul, itu lah siapa suruh degil sangatkan.

But now? Abah is still being himself. Dia tak cepat melatah dan bukan senang nak bodek, tak makan langsung. Payah oh. Unless he really wiling to give you la. But, kena give him back. Win Win situation. Otak business Abah saya ni.

Dan setiap kali jumpa, mak-mak sedara belah Abah or any tok-tok sedara belah Abah, selalu Dayah dengar cerita Abah before he joined army. Amazed me! I so want to be like him. Dengan bermula berbasikal ke motorsikal dia mula berniaga, aktiviti berniaga beliau bermula selepas habis sekolah. Now, alhamdulillah banyak jugalah kereta Abah ada. Tapi jangan di tanya mana kereta mewah beliau. Dia tak suka bermewah. Kereta semua dia pakai for business. Bijak tak bijak, lori dia pun modify sendiri jadi dapur bergerak. No other helps. He did it himself, yah of coz la, dia arah staff dia buat itu dan ini.

Hidup beliau cukup dengan baju bundle. Kasut RM10 ringgit pun dia tak pernah kisah nak pakai. Kalau kita belikan sesuatu dia akan pakai sampai benar-benar lusuh dan tak boleh pakai. Dan saya teringat zaman Abah masih dalam Army. Beg sekolah yang koyak dia akan jahitkan. No new beg. That my Abah.

Kalau cerita pasal Abah memang tak habis. Dayah memang admire him forever. Walau Abah sangat fussy! Bab makanlah, maybe because beliau di kelilingi orang-orang pandai masak. Sudah acap kali dia komplen,

"hang masak tak sedap!" ohh sakit hati!
"Mak hang masak, macam ni (jari tunjuk bagus)" oh yeahhh, dia suka cakap macam tu belakang mama. Hahaha. Abah. Abah. Bila depan, dia katalah mama hang masak tak sedap pun. Kahkahkah. Suka benar cari pasai. That my Abah. Cakap banyak bukan dialah. Nak tunjuk mesra lebih2 bukan dia. Orang mesti kata, Abah hang sombong. Lantak pi. That my Abah.

That My Abah with his only son! Anak Abah ni.

Doa saya, moga Abah terus di kurniakan Illahi kesihatan dan kecerdasan minda untuk terus bekerjaya dan mendidik anak-anaknya dengan cara beliau yang tersendiri. Walau kadang-kadang geram dengan his approach. But its work! Harap Abah tak serik didik anak-anak degil beliau, ngeee. Harap Abah terus ciayok! Success always Abah. I do admire you! Walau Abah tak mengaji tinggi sangat, tapi ilmu Abah kongsi tak ada kat sekolah. Cikgu pun tak ajaq! That my Abah. Mujur Abah tak jadi cikgu dulu. Kalau tak sure Abah ajar anak murid dia kan? Tapi now walau dia tak dapat nak teruskan belajar jadi cikgu, tapi Abah jadi cikgu buat semua pekerja dia. All ilmu di turunkan PERCUMA! Good Abah. I adore you, more and more. Kalaulah Abah baca ni, =.= malu ohh! hahaha berangan.

Abah dahlah benci internet ni. Kata beliau, banyak buruk dari baiknya. Oh, he is soooo oldies ;P ohhh tekak Abah pun Melayu ;P masak orang puteh mula dia kata, hang pa ni tekak orang puteh. What? Ish Abah ni. Kita kena try semua. Tapi masak Arab tak apa dia suka.

ohh that my Abah again! Abah memang suka sembelih lembu. Setiap korban, Abah orang kuat kami. Dia beli dia sendiri yang sembelih. Abah saya hebatkan! Sangat! Memang dari dahulu lagi dia gemar sangat bab menyembelih. Dari zaman Army lagi. Ada tak lelaki yang berani macam Abah? My Abang Ali, brave like him also. Dia pun boleh lapah lembu sorang. Kagum betul saya dengan mereka berdua ni.

And also to all Abah, Baba, Walid, Ayah, Daddy, Papa, Dad, and Father, HAPPY FATHER"S DAY. All of you is GREAT!

and last .. my wish and always (C&P) from tumblr.


D_Y_H
Abah terus berusaha ya, ciayokkk along taw Abah tak pernah putus asa. I'll always be at your side. I'll keep my promise, InsyaAllah. Dah lama Abah tunggukan.

0 comments: