What's your excuse?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture credit to IslamicThinking.thumblr: Di mana pun kita, solat harus di jaga.
No excuse.
Gambar ini cukup meninggalkan kesan. Walau di mana sahaja, tiada alasan untuk kita tidak sujud kepadaNya.

Dan ini hadith yang baru saya baca, 

Dari Abu Dzar r.a bertanya:”Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini?” Jawab Rasulullah s.a.w :’Masjidil Haram!” Aku bertanya lagi:”Sesudah itu masjid apa?” Jawab baginda:”Masjidil Aqsa!” Aku bertanya lagi:”Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan?” Jawab baginda:”Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud).”
 
(Muslim) 
 
Dayah juga sedang berusaha menghabiskan sebuah novel yang agak berat pada saya. Bukunya agak nipis, tetapi untuk mencerna bahasanya berat bagi saya. Habis nanti saya kongsikan ya. Setiap muslim harus kutip ilmu di dalamnya.
 
D_Y_H
Moga bertambah amal kita dari hari ke hari. Entah bila penamat hari kita? Sebelum pergi, kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin.

1 comments:

hansuke said...

salam.

sangat setuju..:)