Rehat seketika

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Amaran: Ini cuma omelan seorang Dayah yang "penat", yang baik ambil sebagai panduan dan yang buruk ambil sebagai sempadan. Di alu-alukan ke entri yang lebih berfaedah sekiranya tidak berminat meneruskan bacaan]

Picture credit to thumblr - Islamic Thinking: Pandang ke langit moga cahaya terus terang.
Selalu saya akan terkejar-kejar antara kerja dan juga mentelaah. Buat pertama kalinya, saya membuat keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan. Berat untuk memutuskannya, tetapi saya harus lakukannya. Kekangan masa pasti buat saya kecewa lagi. Dayah kena belajar memperbaiki pengurusan masa dengan lebih baik.

If I'm failed to plan properly, sure the result is getting worst. So, I decided to take rest. Saya sedar saya akan lewat, tetapi saya perlukan ruang untuk bernafas seketika. Kadang-kadang saya terasa diri seperti robot yang di program dan paling saya tak reti untuk kata "NO".

1) Saya tak boleh terus kalah dengan kegagalan.
2) Saya tak boleh terus bersikap sambil lewa.
3) Saya tak boleh terus menerima perlu ada had.
4) Saya tak boleh terus bersikap terima seadanya.
5) Saya tak boleh terus "berdegil".
6) Saya tak boleh terus terus terus tanpa toleh ke belakang, kerana kita perlu belajar dari kesilapan lalu supaya kita kehadapan tanpa mengulang kesilapan yang sama.

Ini semua tentang saya dan saya ingin berlari seluruh rumah apabila saya lulus exam dan tiba-tiba memeluk dan cium adik2 dan mamaabah. Indah sungguh hari itu. Saya mahu ulang ia semula. Saya mahu melompat-lompat dan adik saya kata,

"weiiii robohlah rumah" hahaha. saya cuma senyum dan saya sungguh gembira saat itu.

Dan dahulu sayalah orang paling tidak sabar untuk membuat panggilan telefon apabila hendak masuk dewan exam dan apabila result sudah di tangan. Abah seorang yang suka criticize. Kalau tidak A katanya tidak cukup bagus. That the challenge. Sukar! Tapi tidak apa. Kerana saya tahu seorang yang sederhana sahaja dalam apa jua saya lakukan. Dari dahulu sehingga kini, walau saya cuba mahu lebih-lebih tetap biasa-biasa sahaja.

Dan saya mahu score dengan markah lebih baik. Tidak mahu cuma cukup makan. Kerana itu bukan saya. Dahulu, saya pasti akan murung sendiri kalau markah saya tidak baik. Tapi kini saya rasa puas andai saya lulus. Sungguh berbeza! Subjek Financial Accounting memang kegemaran saya. Sangat-sangat suka. Tapi kini subjek tersebut macam bermusuh dengan saya. Buat consol asyik tak kena!

Arghh. geram. Kerana itu juga saya berkeputusan untuk membuat akaun secara sambilan. Supaya saya tidak lupa macam mana rupa jurnal. Supaya saya boleh pastikan akaun yang saya buat adalah berdasakan accounting standard. Kerana itu, practice make perfect.

Berharap rehat seketika ini, saya boleh menyusun semula strategy yang selalu saya katakan dulu. Melihat semula strategy dahulu dan perbaiki.

D_Y_H
Kesempurnaan tidak mungkin di capai tanpa usaha yang berterusan. Jangan mahu melihat orang berubah andai diri sendiri tidak mahu berubah. Jangan memaksa orang lain mengorak langkah andai kita masih di takuk lama. Jangan pandang kekurangan seseorang itu tapi carilah kelebihannya maka anda akan lebih menerimanya. Jangan tutup hati kerana buruknya dia tapi bukalah mata dan hati menerima kekurangan yang lain dan anda lengkapilah dia.

0 comments: