Kelmarin yang mendebarkan dan semalam yang mencemaskan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Untuk bacaan kaum wanita. Ada unsur-unsur kurang menyenangkan]

Semalam seharian saya mencuba menggunakan BLOGGER. Tapi dalam maintenance. Sabar sahajalah. Mujur semalam saya bercuti. Penuhi masa dengan aktiviti perjanjian. Dan juga terkejut dengan bil yang tiba-tiba perlu di bayar. Tapi di hujung penemuan saya bersyukur, ke hadrat Illahi. Dari saya terus bertanya, biarlah mengalir pergi hasil titik peluh itu. (berbelit-belitkan ;P)

Kelmarin dahulu saya sungguh berdebar menanti hari esoknya. Saya berfikir tanpa boleh bertenang sedikit pun. Sekejap menghadap langit sekejap menghadap kerusi. Pandangan saya kosong. Sama seperti sebulum aya di panggil, hatta tangisan si kecil sudah mencuit hati saya. Sensitif sungguh saya saat itu. 

Tapi benarlah kata orang, wajah si kecil sungguh suci dan mereka juga sangat jujur. Tangisan si kecil itu sungguh sayu, seolah memberitahu saya.

"Aku amat sakit, Tuhan tolong kasihani Ibuku. Kasihan beliau masih setia menenangkanku"

Ke sana ke mari si Ibu mengendong si kecil. Sehingga suaranya hilang di balik pintu. Dan giliran saya pula yang tiba. Seperti biasa senyuman Dr. Ras sentiasa melegakan hati saya. Sapaannya menyenangkan hati. Terus ultrasound di buat. Saya tak nampak apa.

"Macam ada ni" terus rentak jantung saya bergerak lebih pantas. Lebih pantas.
"Kita buat CT Scan la ya" Dr. Ras memberi cadangan. Saya tahu sukar di lihat dengan jelas melalui ultra sound.

"Berapa agaknya saiznya Dr" Saya berminat untuk ketahuinya. Dalam hati tidak cukup kuat hadapinya lagi. Dengan senyuman Dr. Ras menjawab,
"Dalam 4-5cm" Ya Allah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya saat itu. Saya duduk kembali di sisi meja beliau. Sambil beliau menulis "imaging record form" barang kali.

"Dayah turun ke Imaging Department, selesai nanti naik semula ya" dengan hati yang gundah saya turun ke bawah. Masuk sahaja ke Imaging Deparment, mata sesak dengan ramai manusia. Selesai registration, saya duduk pada satu sudut. Asing dari orang lain. Menghadap bilik CT scan. Tidak ada siapa menggunakannya. Agak lama menanti, datang seorang Pembantu Perubatan ("PP").

"Dayah minum air ni ya, sebab kita nak scan abdomen badan" saya angguk.
"tapi minum perlahan-lahan. Habiskan kedua-duanya" tercengang saya seketika. Mak aaaihh kembung perut. Bukan gelas kecil. Tapi gelas besar.  Sekali teguk, apasal pelik benar rasa air ni. Tak semena-semena kenangan lalu, laju berlayar di mata. Habis air dua gelas, laju kaki saya melangkah. Tak tahan.

Lama saya menanti, dalam hati saya terus kuatkan hati. Hampir zero jiwa saya saat itu. Terbayang yang bukan-bukan. Desakan demi desakan luar kadang-kadang menganggu jiwa saya. Sering kali juga, saya tewas dengan emosi. Bila berkeadaan sedemikian, saya harus positif dan saya pasti bangkit semula. Leka dengan perasaan sendiri, nama saya di panggil lagi. Tukar baju, pakai baju hospital. Saya minta kebenaran pakai anak tudung. Prosuder biasa tidak di benarkan berpakaian lain selain baju hospital dan seluar dalam. Lepas baring, PP tu datang kata,

"Doktor nak cucuk jarum ya" 
"hah? kenapa?" Dulu tak pernah pun? Macam serious. Sampai nak cucuk-cucuk segala. Tak lama kemudian datang seorang Doktor. Eh, doktor yang dulu scan tutup lampu. Saya ingat dia lagi. Dia malu saya sejuta kali malu. Kali ini di ketuk-ketuk tangan saya. Ayo, sakit oh. Tahan je la. Dah jumpa dia pesan, jangan tarik tangan bila jarum masuk. Kepala mengangguk. Macam kena gigit semut je. Kemudian dia inject Cristal water. Tak tahu apakah cecair tersebut. Dan PP arah saya bersedia, masa untuk memasuki gegelung. Sampai di penghujung, ada wayar halus yang di cucuk ke dalam salur jarum tadi. Kata PP,

"ada rasa apa-apa tak?" saya tak rasa apa-apa.
"dia akan rasa perit sikit, tahan ya" Sebaik dia kata begitu, saya rasa something mengalir dalam salur darah saya. Rasa nak muntah dan I feel something came out. Takut dia mengalir banyak. Tindak balas cecair tersebut. Rasa panas. Selepas beberapa minit, CT-Scan mula beroperasi. Tidak di benarkan bergerak. Saya akur. Tapi mata saya tidak lekang dari curi-curi melihat skrin. Saya sangat ingin mengetahuinya. Tapi saya tak faham apa pun. Cuma mata sibuk melihat benarkah?

Selesai CT-Scan, ingatkan selesai. Tetapi saya di minta di Ultrasound lagi. Menambahkan kalut dalam hati. Kali ini, Doktor tidak tutup lampu. Di hanya senyum dan kata, saya tekan sikit ya. Tidak fikir apa dah. Hati sangat tertanya-tanya. Sebelum Doktor memulakan scanning, saya mahukan kepastian.

"Ada cyst ke Doktor?" Tidak boleh saya tahan rasa hati.
"Ada tu ada, tak apa kita scan lagi ya" Di lalukan scanner tersebut dan di tekan-tekan pada sesetengah tempat. Ouchh sakit doc! Cuma tersekat di kerongkong sahajalah. Selesai dia menanda-nanda di monitor, "ultrasound image" di print. Dia suruh saya tunggu. Saya redha saat ini. Lama saya menunggu, nama saya di laung. Mereka arahkan saya berjumpa Dr. Ras. Saat ini saya tahu, Dr. akan maklumkan resultnya. Saya perlu positif. Setiap langkah terasa amat berat. Terlalu berat. Bagai menggalas batu 2 tan!

Sampai di muka pintu no. 16. Saya diam sejenak. Pintu di ketuk, Dr. Ras awal-awal lagi tersenyum. Hati saya kembali tenang seketika. Sungguh senyuman Dr. banyak membantu saya. Hati gundah bertukar tenang seketika. Serious mana tidak saya ketahui. Harapnya tidak seteruk mana. Kerana tergiang soalan Dr. Firdauz tadi,

"Period sakit tak?" saya gelengkan sahaja. Sungguh saya tak rasa apa. Bulan ini memang saya rasa kembali normal. Tidak ada langsung rasa period pain. Segalanya back to normal seperti tahun 2009 dan sebelumnya. Syukur.

Tak lama selepas itu, nombor saya naik lagi. Usai pintu bilik saya pulas, Dr. Ras senyum lagi. Sungguh, senyuman itu menyuntik rasa tenang dalam hati. Belum sempat saya melabuh duduk.
"I've good news"
"Alhamdulillah, bukan Dermoid Cyst" saat itu saya boleh tersenyum. Syukur ke hadrat illahi.
"Cyst yang kita nampak itu hasil interaksi menses. Bukan Dermoid cyst" Mungkin juga. After 6 month saya akan temui Dr. Ras lagi. Syukur, after menses hope will be back to normal. Kalau ikutkan result Dr. Firdauz tadi saiznya 3.4cm, itu yang saya nampak pada ultrasound image yang di print. Cukup melegakan.

Walaupun cyst sudah 100% take out, tapi chances untuk growing itu ada. Kerana itu, follow up dengan Dr. itu penting. Dan yang penting Cyst ini growing without signal. Tahu-tahu sahaja sudah membesar dan pembedahan segera di perlukan.

Berharap esok berjalan lebih baik

D_Y_H
Kerja yang makin menimbun. Hujung minggu yang sungguh letih dan berteman tisu. Hampir kering hidung di buatnya. Baiklah segera.

4 comments:

mamaijat said...

...hadui...ngeri mengingatkan apa yang dah adik lalui..telah pun akak lalui..HSNZ..tganu..menjadi saksi semuanya...
...dan akhirnya doc ms tinnie mengesahkan ada ketumbuhan sebesar 3 ++ cm di payudara kiri akak...
...dan bermulalah dari detik itu akak sebagai pesakit KANSER PAYUDARA...
macam2 perasaan..takut,sedih,hina..
& serba kekurangan..
namun x pernah pun tanya Allah,why me??..kerana akak redha..inilah ujiannya...
.....Alhamdulillah..2008 dah 3 tahun berlalu..here i am..masih berupaya bernafas..yang penting..kita jangan mengalah..be +ve always...

Dayah said...

Salam Mamaijat,

Banyak bersabar kak.
Yap, kita kena positif.
Setiap kali kalah dengan perasaan saya bangun jadi positif.

Sihat selalu kak^^, amin.

noorma said...

dayah..oh..sungguh terkejut bila membacanya..huhuhuh...cyst...kan....tak pernah2 habis bila mengingatkan cyst....kma pom....masa ngandung ni cyst membesar jugak..walau sblm ni doc ckp dia akan mengecut kalau mengandung sebab period dah tak dtg...hm,, sabar je lah..asal selamat semuanya ya.....

Dayah said...

Salam Kak Ma,

Huhuhu.. saya pun Kak.
Terkujat sampai dah tertahan rasa hatilah. Dalam dok kuat! Kuat! kuat! tu merah juga mata saya akhirnya.

Tuhan sahaja yang tahu rasa hati saat itu. Dah 2 kali cek masa yang tak berapa nak sesuai.

Hope in coming november ini, bukan dlm tempoh menses at least lebih clear result dia kak.

Kak Ma take care taw.
Mesti Kak Ma makin choooomel kan ;P