Isabella de amour

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selesai, membaca Isabella, sarat dengan pengisian yang saya sendiri baru ketahui. Terjemahan oleh Sasterawan Negara, Dato' Abdullah Hussain.

Picture credit to Google
Berkisahkan berbandingan agama antara Islam dan Kristian. Pengisian yang harus di ketahui semua. Sikap ingin tahu yang melodak dalam diri Isabella membuatkan dia bangkit mencari dan terus mencari. Alhamdulillah beliau temui jawapan. Nasihat saya, buka minda seluas-luasnya. Tak tahu bertanya, nanti sesat jalan.

Penulis asalnya Maulana Muhammad Saeed Dehlvi, saya bercerita dengan seorang sahabat saya dari India. Katanya penulis ini dari Delhi. Benar? Saya kurang pasti. Mungkin juga iya. Kerana hujung namanya "Dehlvi".

Saya membelinya di pameran buku antarabangsa baru-baru ini. Mula tahu tentang buku ini pun, dari rakan sekerja. Pulang kami dari tugas nun jauh di Terengganu, kami bersembang tentang buku. Dan dia menyebut tentang Isabella yang hilang muka surat terakhirnya. Kenapa eh? Entah, mungkin ada rahsia. Version yang di baca dalam bahasa Inggeris mungkin. Lupa saya bertanya. Dia memuji2 buku ini, kerana itu Dayah pun teruja  untuk membelinya dan mengetahui isi dalamnya.

Benar, ilmu itu lagi kita gali lagi kita tak tahu. Banyak saya belajar dari buku tersebut. Buat yang mengambil subjek Agama Komperatif. Buku ini boleh di buat rujukan. Saya masih ingat di tahun 1 semester kedua. Saya mengambil subjek Agama Komperatif. Pn. Suraya Sintang, iya Pn. ini yang mengajar kami pebandingan agama. Sangat mengujakan kelas tersebut. Walaupun satu semester sahaja, tapi cukup memberi sedikit pengetahuan mengenai agama lain yang berada di dunia. Tajuk final paper saya untuk subjek ini, tentang Kemunculan Imam Mahadi. Masa ini jugalah, baru saya tahu tentang Imam Mahadi dan mencari-cari buku-buku berkaitan. Masa dulu, tahu sahajalah macam rupa KK dan kekurangan buku di sana. Alhamdulillah dapat juga saya, 4.00 subject tersebut.

Berbalik pada buku Isabella, recommended to read. Siapa pun yang boleh membaca. Even now, Dayah mempengaruhi Datin membacanya. Hopefully, she can complete it. Baby kecil lagi, takut dia tak faham apa yang di baca. Hahaha. Ye ke dik?

D_Y_H
Hari ini saya sibuk bergendang di dapur. Muak menghadap kerja-kerja pejabat, mahu rehat minda seketika. No No No to work http://www.emocutez.com  hahaha.. kejap je la.

0 comments: