D Journey EP6 - Dee Resolution!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture credit IslamicThinking: We Never Alone, Allah with you always.
Going to end!
But but but but. NO CHANGES! Arghhhhhh

Dee menjerit sendirian. Apa lagi yang mampu. Semuanya tidak berjaya langsung. Dia gagal. GAGAL. Dee terpaksa menerima kekalahan ini sekali lagi. Burung-burung yang aman di ranting pokok turut sama terkejut. Manusia ini kenapa? Menganggu ketenteraman alam. Burung-burung bertempiaran terbang mencari tempat yang lebih aman. Ah! Manusia ini buat kacau!

Kusut fikirannya. Dee tidak tahu apa lagi yang mahu di lakukan. Perlu apa lagi untuk lakukan? Persoalan itu seringa mengamit hatinya. Dan pastinya dia akan bertukar murung selepas itu. Dia tidak mahu kalah, tapi dia acap kali kalah. Mengalah kerana perbuatan dirinya sendiri. Itu kenyataan yang berat tetapi harus di telan pahit tekaknya.

Dee bertekat mahu membuat resolusi baru. Biar dia mamah waktu, tapi dia harus punya resolusi. Entah kali berapa resolusi ini harus di perbaharui? Dee, terdiam memikirkannya. Dia harus berbuat sesuatu tidak mungkin selamanya dia begini. Makanya terhasilah, RESOLUSI DEE

1- DEE MAHU TENANG
2- DEE MAHU SIHAT
3- DEE MAHU KAYA
4- DEE MAHU BERBAKTI
5- DEE MAHU BAHAGIA

Itu semua bukan mudah, tapi tanpa RESOLUSI yang 5 itu dia memang tidak perlu terus dalam perjalanan yang entah bila akan berakhir. Dee perlu memberitahu semua ini ke pengetahuan Daa dan Duu. Biar mereka sama seiring melaksanakannya. RESOLUSI SIHAT harus cepat-cepat dan lebih tangkas di laksanakan. Dan dia sedar 3D makin culas melaksanakan tugasan masing-masing.

TENANG dalam melaksanakan semua tugasanya sebagai khalifah dan berharap makin hari makin taqwa. SIHAT dalam setiap sudut kesihatan dan paling penting capai GOAL biarpun terlalu jerih melaksanakannya. KAYA, iya siapa tidak mahu hidup cemerlang, terbilang? Ada misi dalam kotak fikiran yang harus DEE laksanakan agar resolusi BERBAKTI dapat di laksanakan dengan lebih mudah. BAKTI bukan sahaja perlu di curah pada cinta hati iaitu keluarga tapi pada masyarakat pada umat Muhamad. Mudah-mudahan impian dakwah itu mampu Dee laksanakan kerana dia berharap BAHAGIA dia akhirnya. Amin.


D_Y_H
Karya ini sukar saya tulis. Terasa janggal sekali. Kali ini cuma watak DEE bermonolog dengan dirinya sendiri tanpa wujudnya DAA dan DUU. Jumpa di lain episod.

0 comments: