Bangunlah jiwa yang mati

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dalam kehidupan sementara ini, pastinya kita tak lepas dari di uji. Walau ringan dan berat mana sekalipun kita harus laluinya. Adakalanya, pasti kita letih menghadapnya. Tapi kita harus terus berusaha menanganinya. 

Sungguh kadang-kadang saya jadi kalah dengan situasi. Kenapa dari dulu mereka mereka tak pernah cuba faham asyik mencari salah?? Lelah mengadap perkara seremeh ini. Belajar menerima manusia lain! Setiap individu tidak mungkin sama. Persamaan mungkin ada tapi bukan 100%.

Saya tak mahu terus tenggelam dalam situasi "sukar". Cukup-cukuplah menghina orang, menunding jari, mencari silap orang. Manusia memang tak pernah puas. Belajar terima kekurangan dan kelebihan mereka. Saya juga mahu belajar terima seadanya. Walau kadang-kadang kita manusia yang sentiasa khilaf. Tapi belajarlah. Terimalah. 
Orang boleh jadi gila kerana mahu ikut kehendak gila kalian. Mana ada manusia yang sempurna? Tapi tidak mustahil untuk kita hampiri kesempurnaan. 

"Ya Allah, berilah hati-hati kami ketenangan dan kemaafan. Kami tidak sempurna, berilah petunjuk agar kami tidak selalu khilaf"

Andai saya bisa menjadi Sumayah yang sangat tabah dengan dugaan. Tapi saya tidak mampu menjadi setabah dia, kadang-kadang sikap alpa buat diri hilang punca dan amarah pasti menguasai. Sungguh dia sungguh tabah dan wajar di jadikan contoh. 

Bila hidup tidak berlandaskan agama, hidup pasti huru hara. Pesan ini saya selalu titipkan dalam diri. Jangan kalah, Allah sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya tanpa sedikit pun lelah.

Picture credit to IslamicThinking.thumlr: Moga laluan hari-hari esok seceria dan seindah melalui jalan berbunga ini. Manisnya hidup. 
D_Y_H
Rindu saat dihargai dan semangat dititip. Kini hilang dek masa dan kekhilafan diri. Berubah itu jalan penyelesaian. Menghormati dan terus belajar menerima kekurangan. Keras sungguh hati ini, bagaimana mahu melembutkan hati? Dek kerana timbunan hinaan akhirnya penghujungnya sungguh menyakitkan tapi kebangkitan itu perlu. Tanpa penghinaan itu tidak mungkin kami seperti hari ini. Dan tidak ada siapa pun di muka bumi ini yang tidak pernah di hina.

0 comments: