Slider

Tuesday, May 31, 2011

I wish ......

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture credit to Google

I hope so.
Praying that I can complete whatever file I suppose to complete.
Terlalu banyak.
Till rasa tak boleh nak breath.
Fuh.
Esok start cuti, hati langsung tak tenang.  Macam nak cancel cuti pun ada.
Next week boss cuti. Ayoo. Serabut fikir nak meet dateline. Less than 24 hours, I need to plan perhaps need to minus 4 hours. Yo! Hopefully meeting will finish early. I'm praying. Without any emo2, hahaha.

and most important, I don't want to bring any work! Remember ya Dayah, please don't!

D_Y_H
Ok, caw. Tak terbahagi dah masa dengan longokan kerja. Lagi berlonggok2. Haishh.

Monday, May 30, 2011

Share: The Muslim's 15 rules for life

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah berjalan-jalan di alam maya dan terjumpa satu artikel menarik dari tumblr: Lihatlah langit dan senyumlah ^__^ Comel sungguh tumblr dia.

The Muslim's 15 rules for life. A simple thing to do. Let's check it out.

D_Y_H
Can't wait to holiday. Walau sekejap harap-harap meaningful. Counting day.

Sunday, May 29, 2011

Isabella de amour

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selesai, membaca Isabella, sarat dengan pengisian yang saya sendiri baru ketahui. Terjemahan oleh Sasterawan Negara, Dato' Abdullah Hussain.

Picture credit to Google
Berkisahkan berbandingan agama antara Islam dan Kristian. Pengisian yang harus di ketahui semua. Sikap ingin tahu yang melodak dalam diri Isabella membuatkan dia bangkit mencari dan terus mencari. Alhamdulillah beliau temui jawapan. Nasihat saya, buka minda seluas-luasnya. Tak tahu bertanya, nanti sesat jalan.

Penulis asalnya Maulana Muhammad Saeed Dehlvi, saya bercerita dengan seorang sahabat saya dari India. Katanya penulis ini dari Delhi. Benar? Saya kurang pasti. Mungkin juga iya. Kerana hujung namanya "Dehlvi".

Saya membelinya di pameran buku antarabangsa baru-baru ini. Mula tahu tentang buku ini pun, dari rakan sekerja. Pulang kami dari tugas nun jauh di Terengganu, kami bersembang tentang buku. Dan dia menyebut tentang Isabella yang hilang muka surat terakhirnya. Kenapa eh? Entah, mungkin ada rahsia. Version yang di baca dalam bahasa Inggeris mungkin. Lupa saya bertanya. Dia memuji2 buku ini, kerana itu Dayah pun teruja  untuk membelinya dan mengetahui isi dalamnya.

Benar, ilmu itu lagi kita gali lagi kita tak tahu. Banyak saya belajar dari buku tersebut. Buat yang mengambil subjek Agama Komperatif. Buku ini boleh di buat rujukan. Saya masih ingat di tahun 1 semester kedua. Saya mengambil subjek Agama Komperatif. Pn. Suraya Sintang, iya Pn. ini yang mengajar kami pebandingan agama. Sangat mengujakan kelas tersebut. Walaupun satu semester sahaja, tapi cukup memberi sedikit pengetahuan mengenai agama lain yang berada di dunia. Tajuk final paper saya untuk subjek ini, tentang Kemunculan Imam Mahadi. Masa ini jugalah, baru saya tahu tentang Imam Mahadi dan mencari-cari buku-buku berkaitan. Masa dulu, tahu sahajalah macam rupa KK dan kekurangan buku di sana. Alhamdulillah dapat juga saya, 4.00 subject tersebut.

Berbalik pada buku Isabella, recommended to read. Siapa pun yang boleh membaca. Even now, Dayah mempengaruhi Datin membacanya. Hopefully, she can complete it. Baby kecil lagi, takut dia tak faham apa yang di baca. Hahaha. Ye ke dik?

D_Y_H
Hari ini saya sibuk bergendang di dapur. Muak menghadap kerja-kerja pejabat, mahu rehat minda seketika. No No No to work http://www.emocutez.com  hahaha.. kejap je la.

Wednesday, May 25, 2011

Bangunlah jiwa yang mati

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dalam kehidupan sementara ini, pastinya kita tak lepas dari di uji. Walau ringan dan berat mana sekalipun kita harus laluinya. Adakalanya, pasti kita letih menghadapnya. Tapi kita harus terus berusaha menanganinya. 

Sungguh kadang-kadang saya jadi kalah dengan situasi. Kenapa dari dulu mereka mereka tak pernah cuba faham asyik mencari salah?? Lelah mengadap perkara seremeh ini. Belajar menerima manusia lain! Setiap individu tidak mungkin sama. Persamaan mungkin ada tapi bukan 100%.

Saya tak mahu terus tenggelam dalam situasi "sukar". Cukup-cukuplah menghina orang, menunding jari, mencari silap orang. Manusia memang tak pernah puas. Belajar terima kekurangan dan kelebihan mereka. Saya juga mahu belajar terima seadanya. Walau kadang-kadang kita manusia yang sentiasa khilaf. Tapi belajarlah. Terimalah. 
Orang boleh jadi gila kerana mahu ikut kehendak gila kalian. Mana ada manusia yang sempurna? Tapi tidak mustahil untuk kita hampiri kesempurnaan. 

"Ya Allah, berilah hati-hati kami ketenangan dan kemaafan. Kami tidak sempurna, berilah petunjuk agar kami tidak selalu khilaf"

Andai saya bisa menjadi Sumayah yang sangat tabah dengan dugaan. Tapi saya tidak mampu menjadi setabah dia, kadang-kadang sikap alpa buat diri hilang punca dan amarah pasti menguasai. Sungguh dia sungguh tabah dan wajar di jadikan contoh. 

Bila hidup tidak berlandaskan agama, hidup pasti huru hara. Pesan ini saya selalu titipkan dalam diri. Jangan kalah, Allah sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya tanpa sedikit pun lelah.

Picture credit to IslamicThinking.thumlr: Moga laluan hari-hari esok seceria dan seindah melalui jalan berbunga ini. Manisnya hidup. 
D_Y_H
Rindu saat dihargai dan semangat dititip. Kini hilang dek masa dan kekhilafan diri. Berubah itu jalan penyelesaian. Menghormati dan terus belajar menerima kekurangan. Keras sungguh hati ini, bagaimana mahu melembutkan hati? Dek kerana timbunan hinaan akhirnya penghujungnya sungguh menyakitkan tapi kebangkitan itu perlu. Tanpa penghinaan itu tidak mungkin kami seperti hari ini. Dan tidak ada siapa pun di muka bumi ini yang tidak pernah di hina.

Saturday, May 21, 2011

D Journey EP6 - Dee Resolution!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture credit IslamicThinking: We Never Alone, Allah with you always.
Going to end!
But but but but. NO CHANGES! Arghhhhhh

Dee menjerit sendirian. Apa lagi yang mampu. Semuanya tidak berjaya langsung. Dia gagal. GAGAL. Dee terpaksa menerima kekalahan ini sekali lagi. Burung-burung yang aman di ranting pokok turut sama terkejut. Manusia ini kenapa? Menganggu ketenteraman alam. Burung-burung bertempiaran terbang mencari tempat yang lebih aman. Ah! Manusia ini buat kacau!

Kusut fikirannya. Dee tidak tahu apa lagi yang mahu di lakukan. Perlu apa lagi untuk lakukan? Persoalan itu seringa mengamit hatinya. Dan pastinya dia akan bertukar murung selepas itu. Dia tidak mahu kalah, tapi dia acap kali kalah. Mengalah kerana perbuatan dirinya sendiri. Itu kenyataan yang berat tetapi harus di telan pahit tekaknya.

Dee bertekat mahu membuat resolusi baru. Biar dia mamah waktu, tapi dia harus punya resolusi. Entah kali berapa resolusi ini harus di perbaharui? Dee, terdiam memikirkannya. Dia harus berbuat sesuatu tidak mungkin selamanya dia begini. Makanya terhasilah, RESOLUSI DEE

1- DEE MAHU TENANG
2- DEE MAHU SIHAT
3- DEE MAHU KAYA
4- DEE MAHU BERBAKTI
5- DEE MAHU BAHAGIA

Itu semua bukan mudah, tapi tanpa RESOLUSI yang 5 itu dia memang tidak perlu terus dalam perjalanan yang entah bila akan berakhir. Dee perlu memberitahu semua ini ke pengetahuan Daa dan Duu. Biar mereka sama seiring melaksanakannya. RESOLUSI SIHAT harus cepat-cepat dan lebih tangkas di laksanakan. Dan dia sedar 3D makin culas melaksanakan tugasan masing-masing.

TENANG dalam melaksanakan semua tugasanya sebagai khalifah dan berharap makin hari makin taqwa. SIHAT dalam setiap sudut kesihatan dan paling penting capai GOAL biarpun terlalu jerih melaksanakannya. KAYA, iya siapa tidak mahu hidup cemerlang, terbilang? Ada misi dalam kotak fikiran yang harus DEE laksanakan agar resolusi BERBAKTI dapat di laksanakan dengan lebih mudah. BAKTI bukan sahaja perlu di curah pada cinta hati iaitu keluarga tapi pada masyarakat pada umat Muhamad. Mudah-mudahan impian dakwah itu mampu Dee laksanakan kerana dia berharap BAHAGIA dia akhirnya. Amin.


D_Y_H
Karya ini sukar saya tulis. Terasa janggal sekali. Kali ini cuma watak DEE bermonolog dengan dirinya sendiri tanpa wujudnya DAA dan DUU. Jumpa di lain episod.

Wednesday, May 18, 2011

What's your excuse?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture credit to IslamicThinking.thumblr: Di mana pun kita, solat harus di jaga.
No excuse.
Gambar ini cukup meninggalkan kesan. Walau di mana sahaja, tiada alasan untuk kita tidak sujud kepadaNya.

Dan ini hadith yang baru saya baca, 

Dari Abu Dzar r.a bertanya:”Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini?” Jawab Rasulullah s.a.w :’Masjidil Haram!” Aku bertanya lagi:”Sesudah itu masjid apa?” Jawab baginda:”Masjidil Aqsa!” Aku bertanya lagi:”Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan?” Jawab baginda:”Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud).”
 
(Muslim) 
 
Dayah juga sedang berusaha menghabiskan sebuah novel yang agak berat pada saya. Bukunya agak nipis, tetapi untuk mencerna bahasanya berat bagi saya. Habis nanti saya kongsikan ya. Setiap muslim harus kutip ilmu di dalamnya.
 
D_Y_H
Moga bertambah amal kita dari hari ke hari. Entah bila penamat hari kita? Sebelum pergi, kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin.

Tuesday, May 17, 2011

Mangkit teruzzz blur? & and dan SELAMAT HARI GURU TEACHER!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Yes I'm blur. Mangkit tidoq tak tahu hari ini hari apa. Dalam kepala, saya dok fikiaq hari ini mesti RABU dah kan! Tepuk dahi.

Kalau RABU, maknanya saya makin menekan diri. Makanya saya hanya tidur tanpa lakukan apa pun. Feel, manusia paling membuang masa. Haishh.

Bangun-bangun juga perut saya lapar sangat. Mahu makan! Walk down. Everyone in lala land. Dan saya masih blur. Tidak tahu hari apa. Tidak tahu pukul berapa. Rasa kosong. I just remember, Datin said

"Jom Jogging!" I think today is Wednesday! OMG, I need to go to WORK! OMG! Poornya. Kerja masih banyak. Arghhhh, malas fikir. Makan. Makan. Makan. 

Panaskan apa yang patut. Eh, ada lagi. Alhamdulillah. Makan selesai. Nampak ubat. Tepuk dahi. Oh tak makan ubat lagi. I hate makan ubat! But I have too. Feeling much better after med. 

Menapak semula ke bilik. Thinking of what to wear and open TV. Ohhhhhhhh mai .... its never too late! Yahooooo.... baru bermula hari baru. Its TUESDAY! Yeah. I still have time. Alhamdulillah. Terus buka laptop baby. But I feel sleepy and dizzy. Adakah sebab ubat? Ah! Lantak. 

Oh no! Mata saya sungguh tak lalu untuk terus terbuka. Saya lupa, 

SELAMAT HARI GURU! Buat semua guru2 dan pensyarah2 di Malaysia. Buat semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik saya. I'm PROUD be your STUDENT. Without you I'm NOTHING. Thank you for everything.

D_Y_H
Saya mahu tidur semula. Masih belum sihat.

Sunday, May 15, 2011

Kelmarin yang mendebarkan dan semalam yang mencemaskan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Untuk bacaan kaum wanita. Ada unsur-unsur kurang menyenangkan]

Semalam seharian saya mencuba menggunakan BLOGGER. Tapi dalam maintenance. Sabar sahajalah. Mujur semalam saya bercuti. Penuhi masa dengan aktiviti perjanjian. Dan juga terkejut dengan bil yang tiba-tiba perlu di bayar. Tapi di hujung penemuan saya bersyukur, ke hadrat Illahi. Dari saya terus bertanya, biarlah mengalir pergi hasil titik peluh itu. (berbelit-belitkan ;P)

Kelmarin dahulu saya sungguh berdebar menanti hari esoknya. Saya berfikir tanpa boleh bertenang sedikit pun. Sekejap menghadap langit sekejap menghadap kerusi. Pandangan saya kosong. Sama seperti sebulum aya di panggil, hatta tangisan si kecil sudah mencuit hati saya. Sensitif sungguh saya saat itu. 

Tapi benarlah kata orang, wajah si kecil sungguh suci dan mereka juga sangat jujur. Tangisan si kecil itu sungguh sayu, seolah memberitahu saya.

"Aku amat sakit, Tuhan tolong kasihani Ibuku. Kasihan beliau masih setia menenangkanku"

Ke sana ke mari si Ibu mengendong si kecil. Sehingga suaranya hilang di balik pintu. Dan giliran saya pula yang tiba. Seperti biasa senyuman Dr. Ras sentiasa melegakan hati saya. Sapaannya menyenangkan hati. Terus ultrasound di buat. Saya tak nampak apa.

"Macam ada ni" terus rentak jantung saya bergerak lebih pantas. Lebih pantas.
"Kita buat CT Scan la ya" Dr. Ras memberi cadangan. Saya tahu sukar di lihat dengan jelas melalui ultra sound.

"Berapa agaknya saiznya Dr" Saya berminat untuk ketahuinya. Dalam hati tidak cukup kuat hadapinya lagi. Dengan senyuman Dr. Ras menjawab,
"Dalam 4-5cm" Ya Allah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya saat itu. Saya duduk kembali di sisi meja beliau. Sambil beliau menulis "imaging record form" barang kali.

"Dayah turun ke Imaging Department, selesai nanti naik semula ya" dengan hati yang gundah saya turun ke bawah. Masuk sahaja ke Imaging Deparment, mata sesak dengan ramai manusia. Selesai registration, saya duduk pada satu sudut. Asing dari orang lain. Menghadap bilik CT scan. Tidak ada siapa menggunakannya. Agak lama menanti, datang seorang Pembantu Perubatan ("PP").

"Dayah minum air ni ya, sebab kita nak scan abdomen badan" saya angguk.
"tapi minum perlahan-lahan. Habiskan kedua-duanya" tercengang saya seketika. Mak aaaihh kembung perut. Bukan gelas kecil. Tapi gelas besar.  Sekali teguk, apasal pelik benar rasa air ni. Tak semena-semena kenangan lalu, laju berlayar di mata. Habis air dua gelas, laju kaki saya melangkah. Tak tahan.

Lama saya menanti, dalam hati saya terus kuatkan hati. Hampir zero jiwa saya saat itu. Terbayang yang bukan-bukan. Desakan demi desakan luar kadang-kadang menganggu jiwa saya. Sering kali juga, saya tewas dengan emosi. Bila berkeadaan sedemikian, saya harus positif dan saya pasti bangkit semula. Leka dengan perasaan sendiri, nama saya di panggil lagi. Tukar baju, pakai baju hospital. Saya minta kebenaran pakai anak tudung. Prosuder biasa tidak di benarkan berpakaian lain selain baju hospital dan seluar dalam. Lepas baring, PP tu datang kata,

"Doktor nak cucuk jarum ya" 
"hah? kenapa?" Dulu tak pernah pun? Macam serious. Sampai nak cucuk-cucuk segala. Tak lama kemudian datang seorang Doktor. Eh, doktor yang dulu scan tutup lampu. Saya ingat dia lagi. Dia malu saya sejuta kali malu. Kali ini di ketuk-ketuk tangan saya. Ayo, sakit oh. Tahan je la. Dah jumpa dia pesan, jangan tarik tangan bila jarum masuk. Kepala mengangguk. Macam kena gigit semut je. Kemudian dia inject Cristal water. Tak tahu apakah cecair tersebut. Dan PP arah saya bersedia, masa untuk memasuki gegelung. Sampai di penghujung, ada wayar halus yang di cucuk ke dalam salur jarum tadi. Kata PP,

"ada rasa apa-apa tak?" saya tak rasa apa-apa.
"dia akan rasa perit sikit, tahan ya" Sebaik dia kata begitu, saya rasa something mengalir dalam salur darah saya. Rasa nak muntah dan I feel something came out. Takut dia mengalir banyak. Tindak balas cecair tersebut. Rasa panas. Selepas beberapa minit, CT-Scan mula beroperasi. Tidak di benarkan bergerak. Saya akur. Tapi mata saya tidak lekang dari curi-curi melihat skrin. Saya sangat ingin mengetahuinya. Tapi saya tak faham apa pun. Cuma mata sibuk melihat benarkah?

Selesai CT-Scan, ingatkan selesai. Tetapi saya di minta di Ultrasound lagi. Menambahkan kalut dalam hati. Kali ini, Doktor tidak tutup lampu. Di hanya senyum dan kata, saya tekan sikit ya. Tidak fikir apa dah. Hati sangat tertanya-tanya. Sebelum Doktor memulakan scanning, saya mahukan kepastian.

"Ada cyst ke Doktor?" Tidak boleh saya tahan rasa hati.
"Ada tu ada, tak apa kita scan lagi ya" Di lalukan scanner tersebut dan di tekan-tekan pada sesetengah tempat. Ouchh sakit doc! Cuma tersekat di kerongkong sahajalah. Selesai dia menanda-nanda di monitor, "ultrasound image" di print. Dia suruh saya tunggu. Saya redha saat ini. Lama saya menunggu, nama saya di laung. Mereka arahkan saya berjumpa Dr. Ras. Saat ini saya tahu, Dr. akan maklumkan resultnya. Saya perlu positif. Setiap langkah terasa amat berat. Terlalu berat. Bagai menggalas batu 2 tan!

Sampai di muka pintu no. 16. Saya diam sejenak. Pintu di ketuk, Dr. Ras awal-awal lagi tersenyum. Hati saya kembali tenang seketika. Sungguh senyuman Dr. banyak membantu saya. Hati gundah bertukar tenang seketika. Serious mana tidak saya ketahui. Harapnya tidak seteruk mana. Kerana tergiang soalan Dr. Firdauz tadi,

"Period sakit tak?" saya gelengkan sahaja. Sungguh saya tak rasa apa. Bulan ini memang saya rasa kembali normal. Tidak ada langsung rasa period pain. Segalanya back to normal seperti tahun 2009 dan sebelumnya. Syukur.

Tak lama selepas itu, nombor saya naik lagi. Usai pintu bilik saya pulas, Dr. Ras senyum lagi. Sungguh, senyuman itu menyuntik rasa tenang dalam hati. Belum sempat saya melabuh duduk.
"I've good news"
"Alhamdulillah, bukan Dermoid Cyst" saat itu saya boleh tersenyum. Syukur ke hadrat illahi.
"Cyst yang kita nampak itu hasil interaksi menses. Bukan Dermoid cyst" Mungkin juga. After 6 month saya akan temui Dr. Ras lagi. Syukur, after menses hope will be back to normal. Kalau ikutkan result Dr. Firdauz tadi saiznya 3.4cm, itu yang saya nampak pada ultrasound image yang di print. Cukup melegakan.

Walaupun cyst sudah 100% take out, tapi chances untuk growing itu ada. Kerana itu, follow up dengan Dr. itu penting. Dan yang penting Cyst ini growing without signal. Tahu-tahu sahaja sudah membesar dan pembedahan segera di perlukan.

Berharap esok berjalan lebih baik

D_Y_H
Kerja yang makin menimbun. Hujung minggu yang sungguh letih dan berteman tisu. Hampir kering hidung di buatnya. Baiklah segera.

Thursday, May 5, 2011

Share: Surat kepada pencuri (C&P)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hello semua^^.
Morning yang bright (hahaha rojakkan? ;p)

Dayah cross satu web ni dan terjumpa satu tulisan menarik untuk di kongsi bersama. Berkisar cerita tentang si pencuri? Pencuri apa? Moh kita baca;
Dear pencuri,

Saya benci awak!
Saya tak suka!
Kenapa curi barang saya!
Sampai hidup saya tak tentu!

Awak ambil barang yang terlalu berharga dalam hidup.
Sampai saya tak boleh hidup dengan aman
Awak menyusahkan saya
Kenapa hidup mencuri
Kan lebih baik awak tak mencuri


Cari  keje berfaedah sikit tak boleh?
Susah sangat ke?
Kalau yer pun nak mencuri..
Jangan pada saya!!
Pergilah cari orang lain.

Kenapa saya!
Sengsara saya kerana awak pencuri!
Pulangkan kembali!
Pulangkan!

Awak mencuri barang berharga saya!
Tahu tak BARANG BERHARGA saya!
Macam mana saya nak dapatkan balik?
Macam mana saya nak kembalikan ia seperti selalu?

Tolonglah, kalau saya tahu dari awal
Saya rela pakai security alarm paling mahal dalam dunia.
Kunci setiap sudut
Tapi awak bijak.
Macam-macam cara awak pakai.
Dan akhirnya tumpas segala security alarm yang saya installed!
Benci awak!
Benci!
Walau macam mana saya cuba untuk dapatkan kembali
Ia tak mungkin seperti sedia kala
Ada bekas!
Awak jahat pencuri!

Saya benci awak! Saya benci!

Moga awak bahagia! Saya cari cara recover dari penculikan ini! 

Haa.. pencuri apa?
Pencuri Hatilah kawan-kawan. Buat yang suka mencuri hati itu, bertaubatlah. Tak payah nak tonggak langgit. Kalau ia katakan benar. Kalau tidak nafikan segera. Usah buang masa.

Picture credit to Islamic Thinking (thumblr) : Cinta pada manusia tidak kekal abadi, carilah cinta abadi yang lebih tenang dan tidak menyakitkan. Let's tambah cinta padaNya.
D_Y_H
Cau.. time for packing.. kerja da.. esok saya akan ke Miri. Apa yang menarik?

Wednesday, May 4, 2011

Rehat seketika

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Amaran: Ini cuma omelan seorang Dayah yang "penat", yang baik ambil sebagai panduan dan yang buruk ambil sebagai sempadan. Di alu-alukan ke entri yang lebih berfaedah sekiranya tidak berminat meneruskan bacaan]

Picture credit to thumblr - Islamic Thinking: Pandang ke langit moga cahaya terus terang.
Selalu saya akan terkejar-kejar antara kerja dan juga mentelaah. Buat pertama kalinya, saya membuat keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan. Berat untuk memutuskannya, tetapi saya harus lakukannya. Kekangan masa pasti buat saya kecewa lagi. Dayah kena belajar memperbaiki pengurusan masa dengan lebih baik.

If I'm failed to plan properly, sure the result is getting worst. So, I decided to take rest. Saya sedar saya akan lewat, tetapi saya perlukan ruang untuk bernafas seketika. Kadang-kadang saya terasa diri seperti robot yang di program dan paling saya tak reti untuk kata "NO".

1) Saya tak boleh terus kalah dengan kegagalan.
2) Saya tak boleh terus bersikap sambil lewa.
3) Saya tak boleh terus menerima perlu ada had.
4) Saya tak boleh terus bersikap terima seadanya.
5) Saya tak boleh terus "berdegil".
6) Saya tak boleh terus terus terus tanpa toleh ke belakang, kerana kita perlu belajar dari kesilapan lalu supaya kita kehadapan tanpa mengulang kesilapan yang sama.

Ini semua tentang saya dan saya ingin berlari seluruh rumah apabila saya lulus exam dan tiba-tiba memeluk dan cium adik2 dan mamaabah. Indah sungguh hari itu. Saya mahu ulang ia semula. Saya mahu melompat-lompat dan adik saya kata,

"weiiii robohlah rumah" hahaha. saya cuma senyum dan saya sungguh gembira saat itu.

Dan dahulu sayalah orang paling tidak sabar untuk membuat panggilan telefon apabila hendak masuk dewan exam dan apabila result sudah di tangan. Abah seorang yang suka criticize. Kalau tidak A katanya tidak cukup bagus. That the challenge. Sukar! Tapi tidak apa. Kerana saya tahu seorang yang sederhana sahaja dalam apa jua saya lakukan. Dari dahulu sehingga kini, walau saya cuba mahu lebih-lebih tetap biasa-biasa sahaja.

Dan saya mahu score dengan markah lebih baik. Tidak mahu cuma cukup makan. Kerana itu bukan saya. Dahulu, saya pasti akan murung sendiri kalau markah saya tidak baik. Tapi kini saya rasa puas andai saya lulus. Sungguh berbeza! Subjek Financial Accounting memang kegemaran saya. Sangat-sangat suka. Tapi kini subjek tersebut macam bermusuh dengan saya. Buat consol asyik tak kena!

Arghh. geram. Kerana itu juga saya berkeputusan untuk membuat akaun secara sambilan. Supaya saya tidak lupa macam mana rupa jurnal. Supaya saya boleh pastikan akaun yang saya buat adalah berdasakan accounting standard. Kerana itu, practice make perfect.

Berharap rehat seketika ini, saya boleh menyusun semula strategy yang selalu saya katakan dulu. Melihat semula strategy dahulu dan perbaiki.

D_Y_H
Kesempurnaan tidak mungkin di capai tanpa usaha yang berterusan. Jangan mahu melihat orang berubah andai diri sendiri tidak mahu berubah. Jangan memaksa orang lain mengorak langkah andai kita masih di takuk lama. Jangan pandang kekurangan seseorang itu tapi carilah kelebihannya maka anda akan lebih menerimanya. Jangan tutup hati kerana buruknya dia tapi bukalah mata dan hati menerima kekurangan yang lain dan anda lengkapilah dia.

Don't worried

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture credit to Islamic Thought's
Don't worried and don't just stay without doing anything. 

Make a move. Start thinking and star working and Pray to Allah. 

and I always remind myself that, Allah tidak menguji hambaNya di luar kemampuan, kerana dia pencipta. Dia lebih mengetahui dan Dia tahu hambaNya itu mampu menghadapinya.  Dan ini Hadith yang saya sempat baca pagi ini, sama-sama kita renungkan:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
 
Riwayat al-Hakim
 
D_Y_H
Have a good day everyone^^

Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden telah pergi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Riuh dalam rata-rata news "Bin Laden is dead" 
Jauh di sudut hati saya mengatakan bahawa dia masih hidup. Saya tak tahu kenapa saya berkata sedemikian.

Di US ramai orang sibuk meraikan kematian beliau. Tapi saya masih rasa dia masih ada. Kenapa ya? Dia dilabel sebagai pengganas dunia. Kerana di sabit menyebabkan kejadian 11-Sept. Tahu? WTC of America kena attacked.

Adakah beliau benar-benar telah pergi? 
Jika benar, maka seorang lagi pejuang berani mati Islam telah pergi. Moga beliau aman di sana. Al-Fatihah. 

D_Y_H
Hati saya mungkin salah.

I'm so stress - ehh tiba-tiba! ;P

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dari semalam saya mula berfikir dan saya mahu muntah. Sungguh rasa nak muntah bila teringat semua outstanding work. Parah sungguh. Saya avoid rasa mahu muntah dengan tinggalkan kerja. Saya longgokkan segala macam buku dan saya masih mahu muntah. Mungkin ia cara yang salah. Kemudian saya kemas semula buku-buku tersebut. Susun semula meja. Tenang seketika. Susun dan letak TV di tempat lebih tinggi. 

Saya rasa kini saya perlu tukar sarung cadar. Warna apa yang sesuai? Saya rasa green. Erm tak kot. See, warna apa bibik bawa turun karang. Done some clean up. I need new cabinet! Seriously! Nak cat bilik dengan warna putih belum di laksanakan. Nak suruh abah suruh wak catkan bilik dah berlangsung tahun. Haishh macam kena buat sendiri. Kalau boleh semua putih. Katil dan almari. 

Oh, bibik baru masuk. Dia bawa warna Biru. Erkkk.. bolehlah. Oh Biru tu comforter. I want new environment. Arghhhh! Mahu menjerit! Mahu melalak. Ok Ok. Mari tarik nafas, mari dengar lagu, 


"Pulanglah sebelumku ran away ... aku menanti kamu everyday.. aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday ... Aku tak ingin tak perlu... Aku dah binggung " Dayah suka lagu ni. Rojak sungguh, tapi kombinasi yang menarik.

I'm counting my day. D day! Bila? Bila? Hehehe. We wait and see. Makin stress makin cepat mulut ini mengunyah.. haishhh. Ini pun terasa nak cook something. wawawa. Susah betul jadi orang ada idea campak-campak ni. Huhuhu. Almost done 1 file. Dah petang, harus ke pasar. Harus membeli sesuatu untuk esok. Sebelum itu mahu siapkan 1 lagi file. Ok tata. 

P/s: Cooking adalah terapi stress saya. Saya enjoy cooking even rasanya hampagas! But untuk duduk lama di dapur saya tak suka. Saya cerewet. Very particular. Asal Minyak nak lap. Asal Minyak nak lap. Haish lecehla Dayah ni.  Ada siapa2 jadikan cooking as therapy?

Dan percaya tak? Jika kita stress berat kita makin naik? Percayalah! Makanya kurangkan stress jika anda mahu mengurangkan berat badan ;P

D_Y_H
Baik makan gula2 kurang rasa stress & mahu muntah. Dan dan dan... Dayah telah memotong rambut Datin tadi.. hahaha.. comelkan Datin ;P .. dengan rela Okay. Dia yang menyerah diri. Hehehe. Cun rambut you.

Uish banyaknya!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

1-May hari terakhir for KLIBF'11 and I manage to go. Alhamdulillah. Memang nak pergi sangat. Why? Hehehe. coz nak meet my favorite writer.. ehehe... siapa lg kalau bukan Kak Yati. Tapi malangnya, she went to eat da. Tak sempat nak jumpa. Haishh.. tak apa-tak apa. Saya dah grab new book beliau. YES! Igt tak ada new book. Teruja nak baca "SEJAM RM2.50" but but but.. kena tunggu masa percuma. Dan hutang membaca saya sungguh banyak. 


http://www.emocutez.com hehehe.. bila agak-agak Dayah boleh habiskan?? Jeng Jeng Jeng..

Mari kita berusaha habiskan. Chayokk Dayah! hehehe. Buku-buku tu bukan semuanya beli di KLIBF. English book beli di Book-access. Memang terbaik harganya. MURAH GILA! Siapa-siapa minat buku, silalah berkunjung ke book-access bertempat di Amcorp Mall. 

Nak taw siapa saya temui? Tak sempat nak jumpa Kak Yati, Dayah ketemu penulis yang saya gemar juga. Tapi beliau jarang-jarang menulis. Siapa pernah membaca OMBAK RINDU? Pasti tahu siapa yang saya maksudkan. 
Ambik hang... muka cheq besaq talam.. kekekeeke dan tak taw kenapa saya pakai cermin mata mcm nenek nenek..  ha ha ha
See Cik Aten lg tamak... 3 novelis sekali dia sapu ;P
and Baby bukan dgn novelis hehehehe
Mereka yang puas... banyak shopping kak ;P
Selesai membeli, menapaklah kami ke LRT. Percaya tak Dayah naik public transport. Hehehe. Begitu lama saya tak menggunakan public transport. Ternyata keputusan yang betul. Parking semua full dan sangat jammed. +++ saya boleh tabuq lemak tengah jalan, ha ha ha. It is good. Saya nak buat lagi nanti. I've to do something with my weight seriously! I'm tired looking at myself yang macam anak gajah, ha ha ha http://www.emocutez.com 

Mahu ke gym setiap hari, masa terlalu terbatas. Jalan terbaik adalah berjalan kaki. Parkinglah jauh2 lepas ni, unless membawa file yang banyak. Ohh tak sanggup! Boleh tukar mood you. Tengah berkira-kira dalam hati, bila agaknya saya boleh habiskan?? Sure makin piling. Sebab hobi saya membeli buku. ha ha ha dan saya tak suka orang ambil buku yang belum saya baca. Memang pantang. Sure hilang mood. Buruk perangaikan. He he he.

P/s: Membaca tambatan ilmu. Selamat membaca! Mula2 bosan, lama2 suka. 
Tips: Cari bahan bacaan yang anda suka dahulu. Lama-lama, semua jenis buku pun anda akan suka.

D_Y_H
Okay, now time for doing work .. tata.. ada masa saya ngomel lagi^^ jangan serik datang kembali ya..

Sunday, May 1, 2011

Thank you follower^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sudah 100!
Nak menari-nari boleh? http://www.emocutez.com
Hahahaha... opss terlebih sudah.

Dan paling tak sangka-sangka, orangnya cukup saya kenali. 
Haishhh, tepat sungguh tekaan awak ya. Awak bukan pak nujum belalangkan http://www.emocutez.com hahaha..

Saya masih ingat. 
Waktu tu kami outstation ke Kemaman. 

"Saya mesti jadi follower Dayah ke -100!" Yakin je mamat ni. Sekali hari ni buka "DASHBOARD". YES YES YES.. dah 100. Buka page, sekali OMG! Saya gelak sendiri. Macam tau-tau je ek. Pagi tadi saya follow dia. Sekarang dia follow saya. Baiklah baiklah. Saya tunaikan 'niat' saya tu.

Saya berniat akan memberi sesuatu kepada follower ke-100 saya. Ada yang rasa terkilan tak? hehehe. Terlambat sudah. So Mr. Hansuke, sila tuntut hadiah dengan saya yer. Apa dia?
Saya akan letak your Link dalam blog ni... tu je ek.. hahahaha.. sekarang mesti dia menyesalkan... hahaha http://www.emocutez.com

Hehehe.. to all my follower, THANK YOU for your continues support. Really appreciate that. Sob sob sob. Terharu ni. InsyaAllah, saya akan terus menulis. 

D_Y_H
Saya mahu lebih kuat tempuhi hidup, saya mahu lebih semangat menempuh segala arus. Saya tahu saya "degil" dan menyusahkan hati ramai orang. Sorry.

Happy Labor Day!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai everyone!
Hope all doing good .

Dayah just come back from window shopping. Just teman my sis buying shampoo. While waiting her, I go around the shopping mall myself. Buang some lemak.. hehehe. Walking can help you too! Its TRUE. Try it!

and before balik, we STOP dkt Flea Market Mines. Selalu lalu sahaja, tak pernah pergi pun. But this time, Sri jadi Pilot. So dia Stop over. Not bad. BESAR! and sempat burn some fat too. Sri & Angah sempat buy some clothes, sandal, and angah grab her cover ipod. Selepas tak puas hati, Mines tak ada cover idaman hati. We go setiap lorong, tak missed satu pun. Hahaha. Semangat giler. Angah complaint! hahaha.. Dayah tak kesah janji, nak juga pusing semua. Baru namanya Window Shopping.. hehehe.

Apa saya beli? Di Mines, yes ada. Sepatu baru. Bilangan kasut saya boleh bilang. Yang masih boleh di pakai. Jadi Dayah belilah 1 sandal. Comel dengan small buttons. Dan yang penting ringan. Ini hadiah buat diri saya sempena HARI PEKERJA. Hehehe.

So guys, HAPPY LABOR DAY
and the best thing, tommorrow also HOLIDAY! Yeahhhh. Bestkan.

Have fun^^

D_Y_H
Hope to go to Pameran Buku. See how la, seems like everyone is busy. Herm.. kena terjah sorang2 la nampaknya.