Si tukang air yang sangat berjimat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah di Labuan.
Bukan bercuti, bertandang ke mari kerana tuntutan kerja.
Semalam kami aci redah cari "Anjung Ketam".

Dayah menjadi tukang bertanya.
Dari brother guard sampai adik kedai makan.
Last2 "Anjung Bakar" yang kami temui?? Erkk.. serupa tapi tak sama.

Anjung Ketam tu tak jauh dalam 200 +/- meter dari Anjung Bakar. Entah kenapa tidak perasan, terlepas. Mujurlah makanan boleh tahan. Simple and tasty. Tapi mahal! Not reasonable pada saya. Lepas tu, kawan-kawan saya ni order air Milo & Tea ais.

PUCAT giler!
Milo kedekut!
TEA pun kedekut?

Gali pun gali. Milo itu adalah ovaltine. Ayoo, pakcik. Lain kali dalam menu kena tukar ovaltine ais. Kesian pelanggan tertipu. Excited mau minum air di idam, sekali bukan da. Situasi bagi tea pulak, mungkin serbuk teh dia habis agaknya atau pun saya rasa yang buat air tu tak pernah buat Air Tea. Warnanya sikit lagi, menyerupai susu. 

Buat pembancuh air sekalian, jangan kedekut sangat ya. Kepuasan pelanggan itu, haruslah jadi keutamaan. Tak rugi pun, malahan silap-silap pelanggan akan datang semula ke kedai kerana rasa minuman yang menepati citarasa. Awak juga yang untung, ya lah. Pelanggan puji dan bos sure senang hati. Silap-silap gaji pun up. 

D_Y_H
Saya dah mahu pulang. Yeah. Double happy cause exit meeting postponed. Yeah. Suka sangat. Tak la saya rasa saya berlari tak cukup nafas. InsyaAllah saya akan siapkan secepat mungkin.

0 comments: