D Journey EP6 - It is possible

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Pemberitahuan: Watak A1, A2, A3 di tukar kepada Daa, Duu, Dee. Saya dalam episod sebelum ini mewakili Dee]

Daa Dee berjanji bertemu untuk sekian kalinya. Agak lama mereka tidak muncul, sampai GB pun dah mulai riuh mulutnya. Bertutur macam burung berkicau. GB! GB!, menggeleng Daa Dee. Sikap GB yang sangat prihatin itu di senangi mereka. Iyalah, bukan senang nak jumpa orang yang tidak pentingkan untung di zaman materialistik ini. Balik! Balik! GB mengomel,

"Hari ini buat lebih sikit ya"
"Eh, apasal you lama tak nampak"
"Kak Dee, mana Kak Duu? I lama tak nampak dia"
"Kak Dee, bila you nak datang"

Kadang-kadang GB yang prihatin ini teman naik stepper, tapi kejap sahajalah lepas tu dia pancit. He He He. Lawak sungguh. Lepas itu, dia surrender dan kata, 

"Ok la I lupa I belum makan, tak ada tenaga" hahaha. Boleh pulak dia bagi jawapan selamatkan diri macam itu. GB! GB!

Itu cerita GB, hari ini kami (Dee & Daa) pergi ke gym seperti di janjikan. Walaupun, kami hampir membatalkannya. Dek kerana, masing-masing terlalu exhausted. Tapi kami decide kena juga pergi. Tidak apa tidak workout, ada lagi kemudahan lain di sediakan. Kami berkeputusan untuk bersauna sahaja. Merehatkan diri ala-ala Korean.

Bezanya, kami tidak bawa telur untuk di masak dan makan di saan. Tidak bawa juice untuk minum. Cuma pakai apa yang patut dan duduk, sambil menikmati udara panas. Nikmatnya! Adalah dalam 40 minit juga kami bersantai di dalam bilik bakar lemak itu. Keluar terus mencari air. Kehausan! Kena segelas, terus mandi. 

Selesai mandi dan berpakaian, Dee punggah locker dan menyimpan semula semua perkakasan yang di bawa. Rakan-rakan gym lalu lalang, di lemparkan senyuman. Ramah sungguh dia orang ni. Masing-masing bau peluh! Baju basah dengan peluh tok sah cakap. Lencun! Pun ada.

Sedang sibuk-sibuk mengemas dan bersiap, Daa pun selesai. Daa biasanya mandi lebih lama. Dee pula, dia jenis tak berlama dalam bilik air. Selesai apa yang patut terus keluar. 

"Eh, dah siap" Kelam kabut Daa mahu mencapai pakaian.
"It's ok, take your time" Dee rasa serba salah. Tak pasal Daa kelam kabut. 

"Hi" Siapa pula yang tegur ni. Dua-dua menoleh dan senyuman di lemparkan. 
"Hi" Dua-dua membalas. 
"Baru join?" Tanya si teman baru. Dua-dua menggeleng. 
"Dah dekat 3 bulan juga" Si teman baru senyum dengan mulut "o" 
"You know, when I started my weight is 115kg. 6 month ago and now I'm 85kg" Melopong Dee & Daa. Amazing! Inspired!
"So, I just want to tell you IT IS POSSIBLE" dengan senyuman si teman baru terus menyalur kata-kata semangat. Dee tak lepas peluang. Perasaan meluap-luap untuk mencungkil rahsia si teman baru. 
"What you do?" Dee sangat eager pun mengetahuinya. Daa juga tidak sabar menunggu, sambil tangan dia sibuk melilit tudung. 2 in 1! 
"I do cycling and angkat berat sikit" Dalam hati Dee, ehh aku pun.
"But.. but.. I joint cycling class. Mula-mula I even cannot finished the class. But now, I have more energy. I even can go for 2 class" Wow! Cycling class sememangnya nampak heavy. Dengan muzik yang betul-betul bisa memecahkan gegendang telinga dan bisa membuatkan jantung bekerja lebih pantas dari biasa.
"You should try it, you can" si teman baru terus-terus membakar semangat yang baru di suntik.

Daa yang lama diam mulai sibuk bertanya juga, 
"How frequent you coming?"
" 5 times a week" OMG! Sangat berdisplin. Kami cuma 3 kali sahaja seminggu. Dalam kepala sudah ligat memikir strategi.
"IT IS POSSIBLE, I know you also can achieve"
"and you know what, I've 20kg to go and important to jaga your makan. If after you workout you eat, habislah penat you" OMG! Daa & Dee sangat-sangat gembira. Selepas si teman baru berlalu. Kedua-duanya sibuk memandang sesama sendiri. 
 
"We also can do it"

D_Y_H
Yeah, nothing is impossible. 

0 comments: