D Journey EP5 - Tanya pada siapa?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Berjalan sambil bibir berlagu:

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.


Comelkan budak-budak ini menyanyi. Tiba-tiba sahaja ternyanyikan lagu ni. Persoalan timbul tiba-tiba, tapi pokok yang bergoyang ini tak boleh tanya pada angin sebab awan tak kandung air dan langit sentiasa cerah makanya panas. Hermm? (Berfikir)

Adakalanya, sukar mentafsir sesuatu tetapi Allah tentu ada sebabnya. Macam chipsmore. Tidak mahu membuat andaian apatah lagi telahan. Kelak nanti makan diri. Makan nasi lagi kenyang (hahaha ;P).

Tidak habis berfikir. Tak habis menafsir. Lets see. 

D_Y_H
Ingatkan diri - tanyalah pada Allah, DIA sentiasa mendengar kerana DIA lebih mengetahui.

0 comments: