Ayam Pandan Black Paper

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lihat sahaja title, tahulah kalian Dayah mahu berkongsi resipi. Agak jarang-jarang saya berkongsi resipikan. Tahu sikit-sikit tu bolehlah. Saya tak teror masak. Masuk dapur?? Sangatlah jarang-jarang, masuk pun sebab pintu rumah di dapur. So kenalah masuk lalu dapur. See, pelikan rumah saya? Ini semua kerja Abah saya. Dalam rumah kami tu berapa banyak pintu da. Tapi bagus jugalah, mudah anak-anak dia nak menyorok bila bukan mahram datang bertandang. 

Ok back to what I suppose to share with you guys. Auntie-auntie, kakak-kakak kat luar sana pastinya lebih pakar dalam bab makanan ni kan. Dayah ni jenis main hentam je labu. Tengok and buat. Bak kata orang eksperimen la. I love to do this. What ever thing saya nampak depan mata, i'll try to utilised it

So last week, I've been given task by Abah. Well, he has the power kan. Mengarahlah si Abah ni, Si buat ini .. ini .. ini dan ini.. pergh banyak giler kot. Sampai tidak sempat kami tidur. We work in  team (Dayah, Chef Tiah & Chef Aten dua-dua pemalas piang nak update blog.. ish ish ish). Tapi si Aten macam biasa dia baby besar, so need very good sleep. If not dia bakal "mengamuk" http://www.emocutez.com

So, little bit kelam kelibut la kami-kami ni. Dayah sure lebih gedik di dapur hahaha. Mengarah apa yang patut. Tension je makcik dua orang ni. Ate, ada aq kesah!http://www.emocutez.com

So let talk about the recipe. Its easy! Seriously easy. Even adik-adik yang bersekolah menengah or rendah can do. Bagaimana? Mari kita mencuba. 

Bahan A:

1 Ekor Ayam (bersihkan buang apa yang patut, lemak yang penting sila buang ya)
4 Helai Daun Pandan (di potong 1-1.5 inci)
3 / 4 Batang Serai (Di ketuk-ketuk)
Badam ( di bakar / di goreng)
Lada Hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak (untuk grease)

Bahan B:

1 Biji Bawang Besar ( Bawang holand pun boleh, saya guna yang biasa .. merah tu - di potong dadu nipis)
4/5 Ulas Bawang Putih (Di ketuk-ketuk dan di potong besar-besar.. jangan hancur ya)
1-2 sudu besar Tepung Jagung (campur sedikit air panas sampai larut)
1-2 sudu besar Lada Hitam
Minyak masak secukupnya
300-400ml air masak (tabiat saya masak mesti nak guna air masak, napa ntah)
150ml Sos Tiram

Cara memasaknya:

Bahan A

1. Bersihkan ayam, kemudian masukan Daun Pandan & Serai tadi ke dalam perut ayam. 
2. Selepas selesai, ambil helaikan Daun Pandan yang tidak di potong-potong kecil untuk mengikat kedua-dua kaki ayam supaya rapat. 
3. Greasekan loyang dengan minyak masak. 
4. Garam dan Lada Hitam tadi di tabur di atas ayam sehingga rata. Sebelah depan dan belakang ya.
5. Kemudian, bakar dalam ketuhar 30 minute + 30 minute dengan suhu 250c. Kenapa 30 + 30? Selepas 30 minute pertama, ayam perlu di balikkan dan bakar lagi 30 minit.

Bahan B

Sambil-sambil dok menunggu Ayam di bakar, mohlah kita buat Black Paper sos. Sangat mudah. 

1. Panaskan sedikit Minyak.
2. Yakin Minyak dah suam-suam kepanasan, masukkan Bawang Besar & Bawang Putih. Tumis sampai naik wangi dan kekuningan.
3. Tuangkan air, biarkan mendidih sedikit. Kemudian masukkan Sos Tiram, Lada Hitam. Gaul rata. 
4. Biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah larut dengan air tadi. Masukkan garam secukupnya. Masak sehingga kuah pekat. 

Badam tadi, perlu di bakar selepas keluarkan ayam. Masukkan badam tadi dalam masa 2-3 minit. Setelah selesai, Hidang ayam dan tuangkan Black Paper Sos tadi di atas  Ayam dan kemudian barulah Badam di letak di atas ayam.

Dan inilah hasil masakan kita, taaaaraaaaaaaaa...... Selamat Mencuba http://www.emocutez.com


D_Y_H
Saya sedang berfikir cara lain untuk ayam ini. Kalau selalu buat benda yang sama pasti saya bosan. Should we try lemon pulak? Let me fine, kaedahnya. Perlu Mix and Match.

3 comments:

CutieIntan said...

boleh try nie...sedapnyerrr

ctzurai said...

wah3 dayah mcm sedap jek..nk terai lah yik3 ^_^

Dayah said...

Salam CutieIntan & CT,

Sila.. sila.. hehehe.. insyaAllah sedap^^