Tak siapa peduli

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Kadang-kadang cuma desiran angin yang mampu setia.
Membawa semua cerita, diam-diam tanpa jemu.
Tidak pandai menceritakan semula pada yang lain.
Tidak pandai mengeluh letih, hanya diam dan setia mendengar, sabar.

Alam lebih memahami.
Alam lebih setia.
Alam lebih tahu.
Alam lebih dewasa.

Pada alam kutitip tiap suka dan duka.
Kerana manusia kadang-kadang terlupa,
Bagaimana mahu memahami?
Bagaimana mahu setia?
Bagaimana mahu ambil tahu?
Bagaimana bertindak dewasa?

D_Y_H
Alam lebih memahami - kerana tidak siapa pernah ambil peduli.
9-Feb-11
Rabak sekeping hati

1 comments:

Cik Cip Puding said...

Hang in there.. Everything's gonna be alright.. have faith..