Share Ovarian Cyst - Masih menanti cahaya mata

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq semua? Dayah alhamdulillah, baik-baik sahaja. Tapi perut saya sedikit lemah. Kalau nak sakit mesti perut kena serang dulu. Haishh, dengki betul jentera-jentera sakit ni. Asyik nak serang perut je. Tak de tempat lain ke? Ish. Sebu perut di buatnya. Tapi bagus juga. Taklah saya berselera nak melahap. Hahaha.


Kali ini, Dayah nak share new comment dari Anon. Siapa pun beliau, saya doakan awk tabah ya. Teruskan berusaha dan teruskan mencari alternatif dan jangan putus berdoa padaNya. Beginilah comment yang di beri (baca sini untuk lebih lanjut):

Anonymous said...
Salam..ingin berkongsi citer pasal cyst nih...sy dah bekawin selama 6 tahun dan belom dikurniakan cahaya mata...sebulan sebelom berkawin saya ada buat laparoskopi utk membuang cyst yg ada...kecik shj...selepas 2 tahun ade balik n buat sekali lagi laparoskopi..setahun lepas tu ada lagi n terus buang ovari sebelah kanan sbb ovari tu dah teruk n cyst besar..sekarang ni pulak ada cyst di ovari kiri n sgt besar...tp sy biakan...dah penat rasanya wat opret..so nanti2la..ehehhe
Buat mereka yang tidak tahu apa itu laparoskopik adalah salah satu cara pembedahan menggunakan "laparoscope". Apa tu Dayah? Huhuhu Dayah pun mula-mula tak tahu. Sikit-sikit tahulah. Saya bukan doktor ya. Cuma seorang yang pernah di bedah. Masa nak di bedah dulu, doc ada cakap. Dia nak tebuk lubang kecil di perut untuk masukkan camera untuk melihat situasi dalaman kita, monitor pada screen. Tapi akhirnya tak jadi, perut di belah sahajalah. Syukur, kesan tu tak nampak. Hilang macam tu. Maybe lemak2 membantu ;P

Buat Anon, mungkin boleh baca entri ini. Seorang sahabat saya nun jauh di Kota Kinabalu, punya cyst juga. Tapi beliau ambil alternatif tidak membuangnya dan tunggu. Dari sebesar 6.4cm mengecil sehingga 4.4cm. Sekarang beliau telah hamil. Kak Ma, pernah cakap dekat Dayah. "Macam tak percaya Dayah, sakit macam kita ini boleh pregnant secepat ini" pendek kata kita kena positif dan terus berusaha. Jangan putus asa.

Dan juga boleh baca entri ini. Seorang sahabat yang sama nasib macam Anon. Sudah berkahwin dan masih menanti di kurniakan zuriat. Tak silap Dayah. She's pregnant dah kot? (Adyan kalau salah, betulkan yer. Lama dah tak dengar khabar. But I do remember someone having same problem dah preggy)

Kena positif, insyaAllah. Rezeki Allah itu akan datang jua nanti. Ingat lagi tak Dayah pernah bercerita tentang seorang Aunty yang tunggu hari? Tak ingat ek, baca sini. Berjumpa pun sekejap. Tapi kata-kata semangat buat saya yang pada waktu itu tidak tahu nasib saya bagaimana. Semua ini rezeki dari Allah. Kita kena berusaha dan teruskan memohon padaNya. Bukan mohon pada makmoh ke tokmoh dan jangan sekali-kali momoh OK! No no no. Jangan di cari Murka Allah.

Tadi mengeledah semula entry Ovarian Cyst dan ada joke yang sedikit menguris hati saya yang di imbas kembali,

"Dayah, you only have one, so your chances only 50%"

Pada beliau mungkin joke, tapi saya terambil ini sebagai serius pada ketika itu. Sensitif benar saat itu. ini, Alhamdulillah. Jauh sekali untuk saya fikirkan tentang ini. Kita bukan tuhan, Allah lebih mengetahui. Cepat atau lambat, kuasa Allah. Dan teringat saya, berita yang saya baca kelmarin tentang pengeluaran KWSP untuk tujuan kesihatan. Siapa kenal Tunku Azizah? Saya suka melihat Tunku, apatah lagi sangat cantik dengan bertudung litup. Tunku sangat aktif dalam usaha membantu pasangan yang kurang bernasib baik mendapatkan anak dengan penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Tunku sendiri mendapatkan rawatan ini. Dan kini, buat mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan ini, KWSP pun dah boleh di keluarkan bagi tujuan ini. Baca sini untuk lebih lanjut. Dayah sungguh kagum dengan Tunku selain itu Tunku juga sangat pandai di dapur.

Update 6-Apr-11

Not Adyan.. hehehe. She also still waiting^^. All the best Adyan. Good Luck in study too. Dayah memang tak ingat sungguh! Siapakah gerangannya. hehehehe.

D_Y_H
Sikap putus asa tidak sama sekali membantu sebaliknya kita duduk di takuk yang lama. Makanya, positifkan diri dan remember "Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan" HE is our creator, DIA lebih tahu.

6 comments:

Cik Cip Puding said...

Alhamdulillah. Membaca coretan dayah ni buat saya rasa lebih ringan.. Seolah ada cahaya di hujung jalan walaupun saya bukan ditempat dayah.. Terima kasih Dayah.. Hasil tulisan Dayah juga menenangkan jiwa.. Aman gitu..

Dayah said...

Salam Azrul,

heeee^^
Alhamdulillah, moga entri dapat beri kelapangan kepada yang juga.

Mudah-mudahan segala kesulitan yang Azrul sedang hadapi ni, dapat segera di selesaikan. Moga Allah membantu, Amin.

Kita berusaha tapi jgn lupa Allah ada rancanganNya yang kita tak ketahui. Jangan putus asa dan jangan sesekali salahkan takdir. DIA lebih tahu rahsia di langit dan bumi.

Zero2Hero said...

Its true dayah.. thank you for the reminder..

Dayah said...

Salam Sham,

Thanks for reading.
Dayah read and follow closely you guys punya update about farel. Sad to hear it.

Teruskan berdoa. Mudah-mudahan, doa tersebut di makbulkan. InsyaAllah, walau apa berlaku keep in your mind. He will remain your BLOOD no matter how it is. Your SON! Walau terpisah di dunia, tapi nasabnya tetap awak Ayahnya. InsyaAllah, di akhirat pasti bertemu jua. Terus berdoa. Teruskan berharap. Mudah-mudahan di permudahkan. AMIN

Anonymous said...

dayah, aydan here.
nak betulkan fact sket.hehehe.
i'm still not pregnant yet.
Allah suh habis belajar dlu kot.
doakan rezeki aydan gak yer. :)
-aydan-

Dayah said...

Salam Adyan,

hua hua hua...
sorry Adyan.
Teruskan usaha^^ heeeeee
Dayah remember someone preggy but not remember her name. Btw, Adyan belajar lagi ek? Wahhh All the best my dear.