Kenapa wanita memilih? Perlu ke jadi terlalu memilih?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah terdetik menulis tentang wanita memilih kerana terbaca shout out dari UmmuHusna. Frankly, sebagai wanita saya rasa SCARY! Baca lebih lanjut di sini, setiap 15 minit berlaku kes penceraian. Tak SCARY? Huh, anda tak ada perasaan.  Shout outnya berbunyi macam ni, 


Sebagai seorang wanita tentu dambakan SECURITY kan. SECURITY bukan saya maksudkan pengawal keselamatan OK! Ishh. Jangan salah faham. Yang saya maksud keselamatan untuk hidup bersama dari sudut fizikal & mental, ilmu keduniaan & akhirat dan material. INGAT: Berkahwin bukan untuk sehari tapi sampai hujung nyawa.

Nak nak lagi kalau anda belum berkahwin. Dah ada tentu issue ini menakutkan?

Pesan saya, JANGAN JADI HAMBA CINTA. Dan pernah Dayah di tegur seorang rakan, ITU DAH TIDAK IKUT SUNNAH. Gulp! Telan air liur saya di buatnya. Kerana kata saya, BAIK TAK PAYAH KAWIN KAN. Saya akui bercakap dalam keadaan tak sedar, main cakap sahaja. Namun jauh di lubuk hati bukan itu yang Dayah mahukan. Cuma masanya belum tiba. Bunyinya keras. Tapi benar. Selagi diri pun saya tak mampu jaga, mana mungkin saya mampu memberi yang terbaik buat insan sekeliling. [Kadang-kadang lihat sekeliling pun saya dah lelah. Ini kan pulak mengatur untuk diri yang serba kekurangan. Sebab itu bila kita membuat satu-satu keputusan fikirkan orang sekeliling. Effect dia pasti ada. Bukan menyalahkan siapa-siapa ya. Takut pula ada yang salah kefahaman. Lebih kepada buat saya lebih berhati-hati.]

Apa-apa pun, to all WOMAN out there. HAPPY WOMAN DAY! YOU ARE SPECIAL! Remember 8-March every year is our day! Tahun ni kali ke 100 tahun dah. Setiap wanita itu ISTIMEWA. So kawan-kawan, hari ni manjakan lah diri. Pilihlah apa sahaja yang anda mahu... winkkk. Dayah pilih untuk senyum sepanjang hari.. hahahaha.. mari kita bersedekah.

Picture: Google - sinonim sungguh warna merah jambu dengan wanita. Dayah tiba-tiba berfikir untuk dapatkan sesuatu berwarna "pink" apa ek? hehehe.. rahsia
D_Y_H
Agak2 apa yang istimewa tahun ni kan?

2 comments:

CaDLyNN said...

sangat-sangat bersetuju dgn entry ini.. melihat pengalaman diluar sana sedikit sebanyak tlh menyebabkan kita sebagai perempuan lebih memilih..terpaksa memilih untuk diri sendiri..takut apa yg tak diingini tu jadi .. :)

Dayah said...

Salam Cadlynn,

Memilih itu perlu tapi jangan sampai jadi terlalu obses. Huhuhu..

Takut kita salah menilai. Kalau rasa dah jumpa, tanya orang sekeliling dan mohon pada DIA. Mudah-mudahan di beri petunjuk.