Kemaruk / obses - siapa kita nak menilai?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Obses pada diri sendiri? Siapa tu? Wanita. Yeap, ramai wanita yang obses pada diri sendiri. Macam Dayah jugalah. Obses sungguh pada makanan. Muahahaaha. Pantang nampak nak ngap! Ayooo.. itu bukan obses diri sendiri la Dayah.. hahaha. Obses la jugak tu. Obses mengemukkan diri! Ok back to topic.
Picture - Google



Why people now a days, terlalu obses pada diri sendiri? 

1- Siapa tak mahu cantik?
2- Siapa tak mahu di puji?
3- Siapa tak suka di pandang?
4- Siapa tak suka jadi bahan cakap2 kan? [Bercakap tentang kecantikan dirinya la kan - yang baik ya]

Itulah wanita! Pantang ada fesyen baru, weiiiiiii aq nak juga! Sanggup hentak-hentak kaki depan boyfriend. Tak kira dah, walau buruk rupanya. Tak kurang juga sanggup ikat perut semata-mata mahu memenuhi nafsu bershopping. Asal barang tersebut jadi miliknya. Hingga lupa, dalam berfesyen pun kita ada batasnya. Jangan sampai jadi bahan fitnah orang. 

Dan ada pulak yang menjawab, 
- alah, dia yang pergi kumpul dosa cakap pasal aq apa hal? 
Dan kenapa pulak kita biarkan orang itu terus bercakap? Terus menabur fitnah? 
- Lumrah hiduplah manusia suka mencari salah orang! 

Dayah teringat satu cerita, kata seorang ibu. 

Ibu: Mana yang menjadi pilihan. Hadiah yang di bungkus atau hadiah yang tidak berbungkus?
Anak: Mestilah yang berbungkus. Baru surprise. Kalau dah nampak bukan hadiah namanya dah itu ibu. 
Ibu: Macam tulah juga aurat kita, nak. Seorang perempuan Islam wajib menutup auratnya. Kalau cacat pembungkusnya. Maka tidak suprise lah kan? Kalau cantik sahaja bungkusannya tentu penerimanya teruja untuk mengetahui isi dalamnya. Begitulah wanita, setiap wanita wajib menjaga auratnya. Kerana itulah hadiah paling bernilai untuk seorang suami.
Anak: Kenapa pulak Ibu?
Ibu: Kalau semuanya dah terdedah, setiap batang tubuh pun dah terlihat bentuknya bukankah sama seperti bertelanjang? 
Anak: Betul juga tu Ibu. Hadiah yang ibu maksudkan tu?
[Ibu senyum]
Ibu: Hadiah yang ibu maksudkan adalah perhiasan yang tercantik di dunia ini adalah wanita solehah yang menjaga pekertinya. Dirinya hanya milik ajnabi. Perhiasannya hanya terlihat pada yang berhak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita. Pasti dia ternanti-nanti untuk melihat perhiasan milik wanita tersebut. Sebab itu, wanita yang menjaga tertibnya lebih menjadi pilihan lelaki-lelaki yang baik-baik. 

Satu hadith yang Dayah baca untuk renungan kita bersama:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” - Riwayat Ibnu Mas’ud

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhias. Tapi harus berpada-pada. Jangan sampai kita jadi bahan FITNAH. Sedar tak sedar, ramai yang terlalu obses pada diri sendiri. Sehingga jadi bahan umpatan orang. Ada yang suka dan ada yang mengata. Yerlah mulut manusia bukan mulut tempayan yang boleh kita tutup. Oleh itu, untuk mengelak diri di fitnah, kita kenalah pandang-pandang sikit. Baju apa aq pakai? Solekan bagaimana aq kenakan? Tudung fesyen macam mana? Warna apa aq sarungkan? Ketat sangat ke ek? Jarang sangat tak? Nampak tak zahir tubuh & rambut aq ni? Semua ini harus di ambil kira. JANGAN SAMPAI, APA YANG KITA PAKAI IBARAT SEE THROUGH! Tak pasal jadi bahan FITNAH. Ada hadith nabi yang bermaksud;

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” - Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah
D_Y_H
Penat berfikir kenalah berehat sebentarkan. 


0 comments: