Bekalan SABAR yang hampir ZERO

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Ini cuma bebelan rasa. Tidak beri manafaat pada sesiapa. Cuma omelan untuk kurangkan rasa di hati dan minda. Mudah-mudahan berkurangan. Sila ke Entri lain, jika tidak berminat]
Pagi ini, masuk sahaja pejabat. Sesak nafas jadinya. 

"I HAVE ASKED YOU TO SEE ME"

Besarnya punya tulisan. Sesak. Sesak. Sesak. Tak lupa lagi Dayah  ni. Meet him, Friday morning. Yes, dia selalu tulis review note. Please see me. Macam mana nak jumpa kalau dia pun tak ada. I know he is busy. Salah sayalah, tak reti nak kejar dia. Katanya, in the other company I guess staff is looking for the boss. Not boss looking for you.

Ok, NOTED lagi. Berapa banyak kali NOTED entah. Susahnya. Rasa makin tak sesuai nak hadap kerja. Rasa sesuai melepak tanpa hala. Boleh? Bunyi macam orang hilang arah kan. 

Belum hilang arah, cuma hilang tumpuan. Bila asyik di sergah. Dah betulkan. Ada lagi tak kena. Pantang nampak, ada sahaja. Haishh. Halimunan lah. Senang. I'm not well. Itu pun jadi persoalan. Jangan sakit jadi berjangkit sudah. Jangan luka bertukar nanah sudah.

Ok sudah. Bebelan tak bertempat. Buat manusia lain sama sesak membaca. Banyak lagi hutang kerja yang belum langsai. Buat SABAR hampir ke tahap ZERO dan ada masa tak sanggup nak hadap. Selalu rasa tak cukup tangan tak cukup kaki. Jangan di ungkit! Takut-takut, Allah tarik nikmatNya. Nauzubillah. Cukup sudah cerita dulu. Masih segar. Dan masih beringat. Masih berjaga-jaga. 

Masa di beri tidak di jaga. Bila di ambil baru nak sedar. Itulah manusia. Ampunkan hambaMu ini Ya Rabb! 

D_Y_H
Seems like I've very poor effort!! Makin ke ZERO semangat diri. Ya Rabb! Ingin ku rantai hati agar lebih kuat.

0 comments: