Bila saya down apa saya buat? korang buat apa?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lately banyak cerita kurang menarik dalam akhbar kan? Berebut sana sini, orang ni betul orang ni salah, kelmarin dulu pun saya di omokkan dengan cerita orang itu begini orang itu begitu. Telinga rasa pekak mendengarnya. Berfikir, kalau orang bercakap tentang saya dan saya tak ketahuinya? Sedihkan. Tapi itulah lumrah orang popular / di kenali. Hidupnya akan di gali sedalam-dalamnya. Sampai saat dia mati pun masih di perkatakan. Ehhh, dah lari tajuk asal.. muhahahaha. 

Sebenarnya Dayah nak story tentang, perkara yang akan saya buat bila saya "DOWN". Iyerlah, dalam kehidupan tak hari-hari kita di beri matahari. Kadang-kadang hujan sepanjang hari kan. Contoh hari ni, 1 is going already, 1 will be leaving, 1 just leaving without informing pun. Haishhh. How bad I feel now. (Sampai saat ni! Mana silap? kena Muhasabah diri - mungkin banyak salah diri yang saya tak nampak, syukur Allah beri mata hati untuk menilai semula)

Apa saya dah buat last Friday, is went to see Shaolin. It's make me forget all sadness! Sungguh, so very-very recommended to go and watch

Apa yang saya suka tentang Shaolin;
1- Seni mempertahankan diri (dari dulu suka shaolin)
2- Jackie Chan - lawak la dia
Saya suka mereka - mcm adik beradik kembar pun ya
3- Walau dia jahat tapi dia sayangkan tanah air dia tak mahu bagi pada pendatang tapi dia menindas (ini jahat)
4- Walau jahat mcm mana pun seorang itu, when comes to feeling dia punya perasaan ya! So manusia tidak di lahirkan JAHAT. Tapi manusia itu sendiri yang pilih untuk jadi JAHAT dan di benci. 
5- Bila dah kehilangan semuanya baru kesedaran itu muncul
6- Dan sungguh ironiknya apabila Heronya Andy Lau mati (tgklah kalau nak tahu^^)

Nak tahu lebih silalah ke panggung berdekatan. Rasa mahu tonton lagi. Saya bagi full start + extra full hehehe. 

Apa lagi saya akan buat kalau saya DOWN?

Membelah jalan. Iyer inilah yang paling gemar saya buat. Saya akan pandu ke mana sahaja saya suka. Tak kira hala tuju. Selalunya ke kedai makan, muahahaha (ini sungguh teruk! jangan tiru ya). Sambil belah jalan saya akan menilai diri. Pada jalanlah saya adukan semua keresahan hati dengan tingkap terbuka, saya andaikan alam sedang berkomunikasi dengan saya. Dia pendengar yang setia. Bila-bila masa wujud untuk kita berkomunikasi, kalau manusia ada masa hilang.

Dayah, kalau dah tahap kronik mesti cari jalan. Kenapa ntah. Rasa jalan & alam lebih mudah faham ledakan perasaan. Dan saya tak perlu rasa malu untuk hamburkan titis demi titis kerana Alam yang baik hati sahaja yang melihat.

Bulan. Iya! Bulan dahulu pernah jadi sahabat di kala saya sibuk mentelaah pelajaran. Kini? Saya jarang tengok dia. Meja study dahulu mengadap langit. Sungguh indah. Kini? Mengadap pintu je la labu. Nak alih rasa tak sesuai, banyak sangat mata yang sibuk mahu menerobos jendela. Makanya, berhati-hati itu adalah lebih baik. Orang mesti kata gila kalau bercakap dengan bulan. Pelik. Tapi ia benar. Bulan juga alam. Dan dia memahami. Cuma bulan ni macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Hailahh bulan... 

Selain pada itu, Dayah tak buat apa dah kot. Erkk, eh ada lagi. LAUT, yer. Saya pengemar desiran  angin laut, bunyi air dan bau laut. Dulu saya takut pada dalamnya laut. Betul. Sampai kena paksa, di tolak masuk ke dalam laut. KEDEBUK, nasib air laut kalau air kolam. Mahu kering. Kena refill balik. He he he. Dari situ ketakutan itu lari jauh dari diri. Kita kena merasanya baru kita tahu bagaimana rasanya ia. 

Masa belajar dulu, suka sangat duduk jeti tenung jauh. Naik SAA saya tu dari Kg. E ke ODEC, duduk melunjur atas batu, sampai senja. Dulu tak ada sapa pun nak pergi sana. Sekarang, ramai buat port dating. Ishhh, apa kes. Baik bawa kawan buat hi-tea. Lagi best. Lainlah bawa bini dak? Halal pun halal.

D_Y_H
I feel down to earth. Sedang mengutip kembali apa yang hilang. Harap esok lebih cerah.

0 comments: