Kurang tahu jadi kenalah ambil tahu dan jangan ambil ringan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

(Picture Credit to: Metthewpoland) - Langit sungguh cerah berharap esok pun jua








Promote 1Malaysia, tapi jangan lupa setiap individu hidup berlandaskan pegangan agama masing-masing. Setiap individu bebas untuk memilih kepercayaan masing-masing. Makanya kita kernalah hormat, betul tak?

Mukaddimah panjang berjelar! hahaha. Akibat rasa MARAH.GERAM.KESAL. dengan sikap kurang prihatin orang sekeliling saya. Bukan semua tapi yang sikit ini cukup tambah rasa diri macam semut. Hampir di pijak tapi kaki depa sempat langkah ke tempat lain. SELAMAT.

Kalau adalah penggubal matapelajaran / silibus mana2 sekolah, koleh, universiti atau mana-mana pihaklah. Saya rasa elok kita wujudkan subjek HALAL EDUCATION.

Sungguh saya sarankan. Bukan sekali malah berkali-kali Dayah berhadapan dengan isu ini. Contohnya tadi,

Nama Restoran "SATU BERHENTI CAFE" (Nama rekaan). Gantung tanglung banyak2 dalam kedai, lalu belakang ada liquor box. Herm... bukan kedai ni kot.. x kan la - monolog Dayah sendiri. Kereta di pandu laju terus masuk pangkir. Baik punya! Depan kedai. Eh, kedai tadi!! takkan la - monolog lagi, hati dah gundah gulana. Dia ni tak tahu ke?

B: Jom kita lunch sini
D: Mana? - Soal bagai orang tak tahu apa
B: SATU BERHENTI CAFE
D: Halal ke? - Takkan lah - monolog lagi
B: Halal ma... kita makan AYAM
D: Are you sure? - Yakin sungguh!
B: Yes - Berjalalan terus laju masuk ke kedai.
..........
A: Macam mana HALAL?
D: Halal bukan hanya NO PORK, NO ALCOHOL but utensil pun you kena ambil kira thus cara pengendalian makanan harus kena dengan syarat, contohnya macam sembelihan ayam.

A angguk-angguk tapi masih jalan. Luar kedai baik terpampang botol arak. Haishhh, terang lagi bersuluh. Muka dah tebal seinci. Tukang masak semua, rupa tak menyakinkan mereka seorang Islam. Rasanya nama mereka bukan nama seorang Islam pun. YAKIN. Mata sibuk mencari mana LOGO HALAL?

Sah dia ni tak tahu apa itu HALAL. Asal kata makan AYAM dah HALAL dah ek? Dia tarik kerusi. Seram dah ni.
Ya Allah. Aku nak blah!

(Picture credit to Matthewpoland) - Kadang-kadang tersepit oleh keadaan tapi Allah beri akal untuk manusia berfikir waras jangan sampai tersesat di jalan lurus. Minta di jauhkan.

Pelayan: Akak kedai ni tak HALAL! - Alhamdulillah.
Terus Dayah jalan keluar. B sibuk tanya bukan HALAL ke? Ehhh mamat ni. Sah sah tak HALAL!

A: Oh, tak HALAL.
D: SENYUM
B: Kita pergi "PERHENTIAN CAFE" lo. HALAL tak?
D: Saya tak tahu. Kalau ada HALAL Cert, yerla. MASIH SENYUM

B & A bercakap bahasa perancis. Dulu masa belajar Dayah tak sempat nak belajar bahasa perancis, jadi terasa bodoh disitu (moralnya, jika di beri peluang jangan lepaskan! Kan dah menyesal!) pendek cerita masuk juga PERHENTIAN CAFE, pelayan angguk kata PORK FREE and sell liquor - HEMMM

D: Ada Halal Cert? - Tanya pelayan
Pelayan: GELENG2
D: Ada kedai yang halal lagi.

Hakikatnya sepanjang deretan kedai yang dah 4 deret semuanya tak halal. Mana pergi, peniaga Islam? Banyak kedai concepts ala-ala kopitiam sekarang, bersepah bagai cendawan tumbuh. Persoalannya HALAL tak? - Hati-hati, wajib bagi kita seorang Islam mencari yang HALAL. Terus datang kesedaran, ramai yang tahu masak, deco pun pandai. Hermm, why not korang buka kedai yang mengikut syarak. Kena dengan caranya, insyaAllah perniagaan itu akan maju dan berkembang.

Itu situasi pertama. Situasi kedua pula, lebih buat saya rasa nak jerit kuat2! Masuk rumah satu pintu, tapi bilik asing, share toilet dan di letaknya saya dan seorang lelaki bukan Islam (kalau Islam pun tak boleh!!!) STRESSS sungguh! Bukan pertama kali tapi kali 3 dah jadi macam ni!

Susah ke nak faham tak boleh macam tu. Kami memang la tak buat apa-apa tapi itu dah boleh mengundang cakap-cakap orang. Tambah sakit jiwa, pintu bilik tak boleh kunci. Minta tukar.

Minta tukar insisting kata, bukan satu bilik ma! HAH! Waktu tu rasa nak marah sangat-sangat. Mujur ada adik tersayang untuk ku adu, luka di hati. Betapa kita satu negara, tapi tak memahami. Malam itu juga start kereta berjalan keluar. Tuhan sahaja yang tahu marahnya diri ini.

Dayah sedar golongan yang pentingkan diri tak ramai. Tapi yang sedikit inilah yang kita kena sama-sama beritahu. Sungguh saya terasa dihina bila kepercayaan saya tidak di anggap penting. Dan paling menyedihkan, apabila satu hari orang atas saya kata,

"They are ok, tak kisah pun (merujuk kepada golongan kecil mcm saya juaga). Kita sahaja selalu tak ada" Demi Tuhan saya tidak menolak niat baik untuk meraikan makan-makan tersebut. Tapi perlukah saya, usung kaki saya ke kedai yang tidak halal? Hati saya berat. Sungguh berat. Jawapan terbaik, menolaklah dengan cara baik.

D_Y_H
Langit hari ini cerah sangat. Burung berterbangan bebas. Sama macam hati saya jadi sangat tenang. Menilik diri lagi. Mana lagi perlu di perbaiki, manusia tak lepas buat silapkan. Bab makan minum jangan di buat main, ia jadi darah daging.

2 comments:

CikKaikazie said...

bagus dayah tegas dlm soal berat hukum halal haram ni.kdg2 ada juga yg terlepas pndang as if bila kita kwn2 maybe kita xkisah sebab nak jaga air muka.tp rasanya ramai juga yg concern ttg ni.

chill k.:)

Dayah said...

Salam CikKaikazie,

^^ dalam bab ni bukan sahaja kena tegas but MUST. Lagi kita buat ringan lagi mereka tak faham.

Kenalah kita fahamkan, Haram tetap Haram takkan tiba-tiba jadi Halal ^^

Anywhere thanks for dropping^^