Bukan Kerna Nama (tetapi jangan jadi penipu!!)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Selamat Tahun Masihi 2011! Moga kalian semua terus mendapat rahmat Illahi dan sentiasa dalam lindunganNya & berjaya dalam apa jua yang sedang di usahakan, Amin.
Orang sibuk sambut new year, Dayah sibuk menghabiskan Lovin' You. Alhamdulillah Selesai. Cerita yang boleh di katakan hampir menyerupai cerita korea, "princess hours" dan juga beberapa cerita korea lain. Cerita apa, Dayah pun tak ingat. Gaya penulisan macam komik, i like ^^ 

New Year kali ini tak beri banyak benda baru kot? Benda lama masih banyak belum terlaksana. Mahu Hijrah diri agar jadi lebih baik. Dayah yakin ramai yang mahukan perkara yang samakan? *dan ramai dah tanya Dayah tak mo KURUS ke .. erkkkk .. saya selesa begini http://www.emocutez.com boleh??  http://www.emocutez.com saya cuba yer kawan2 huhuhu awatlah susah benar saya nak displin bila mai bab makan! hangpa campak Dayah kat dunia mana pun.. I know how to survive.. ayokkk*

Menulis kali ini, ekoran rasa tidak puas hati ke atas sikap individu yang saya kategorikan sebagai "penipu" 

1. Menipu orang dengan perkara yang tidak dibuatnya
2. Mereka2kan cerita
3. Menfaktakan sesuatu yang AUTA

Bukan nama yang di cari kita di dunia ini. Kenapa perlu menabur penipuan? Kalau anda tak buat tak perlu mengaku itu kerja anda. Ceritakan yang fakta. Politik? Tak perlu kalau ada penipuan sebegini. Komisyen? Berapa sangat yang dapat? Akhirnya orang marah dek rasa tertipu. Tell me, siapa suka di TIPU! Ada??

Sukar betul mahu cari orang yang jujur dalam dunia ini kan? Ramai yang jaja .. dia itu  & dia ini, tapi hakikat dia tak punya apa #HAMPEH#. Berjaya di atas kudrat orang lain. Kalau tidak ada kemampuan jangan di tongkat langit. 

Tapi kata orang hidup ini tak boleh selalunya jujur? Itu semua tak benar! Mahu keberkatan, kita harus sehabis daya tidak menjadi manusia munafik. Kerana antara sifat munafik adalah, apabila dia berkata-kata dia tidak bercakap benar. Mahu menjadi munafik? 

Hasil penat orang lain orang lain yang sibuk nak letak nama. Isunya di sini bukan nama yang di cari. Tapi yang di mahukan kejujuran. Semua manusia tidak sempurna, tapi kita mampu untuk mengubah diri ke arah kesempurnaan kan? *melihat wajahnya sahaja saya sudah jelik! Maaf saya memang senang pamerkan riak wajah tak puas hati. Itulah diri saya. Kalau saya tak suka saya tunjuk. Orang mungkin kata saya sombong.. huhuhu.. wajah saya memang masam macam asam boi... ngeee.. kenapa ek? setiap kali Dayah tgk 1st time..kalau tak suka mesti something goes wrong..*_* sian taw! ko ni Dayah! Ampun tak sengaja pak! Bukan mencari pasal, tapi wajah tu dah tepek sesuatu yang kurang enak.. mesti dia lupa nak cuci muka pagi tadi agaknya?? tapi setiap kali pun pandang rasa muka tak cuci kot?? erkkk*

Antara fakta peniaga MELAYU itu LAYU:-
1- Tidak berusaha untuk majukan perniagaan sendiri.
2- Mengharapkan bantuan (tidak kira kerajaan mahupun orang lain)
3- Mengambil jalan mudah untuk jadi kaya cepat.
4- Baru naik sudah cepat membeli ASSET SENDIRI bukan membeli ASSET SYARIKAT (Ingat pemilik dan syarikat adalah ENTITI BERASINGAN!)
5-  Lupa diri (termasuk gila perempuan! Kelemahan seorang lelaki adalah wanita! Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Jom ubah diri supaya kita sentiasa jadi hiasan terindah itu ^^)
6- Ali babakan perniagaan (ada kemampuan tetapi tidak berani ke hadapan, sanggup berikan kepada orang lain)
7- Dengki! (Tidak bantu sesama sendiri, asal nampak orang lain naik mulalah dia panas  .. cari cara musnahkan. Adalah lebih baik sama-sama berkongsi idea bagaimana mahu lebih maju. Tapi bukan curi idea ya!)

Cukup 7 dulu, sebab saya suka angka itu ^^ mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan padangan Dayah. Tidak ada, kalian boleh berikan idea masing-masing. Fakta itu berdasarkan pandangan peribadi. Sepanjang saya bekerja, klien saya majoritinya adalah bukan bangsa Melayu. Tapi ada juga. Antara sebab di atas, syarikat gah boleh hilang dari papan urusniaga.

Untuk redakan ledakan laha dalam hati Dayah ni.. sekarang time for chill and rock with longgokan buku yang entah berapa bulan saya simpan *ada makan tahun beb! ayo yo yo.. lama gile! Before that wanna find some coffee.. got file to review too http://www.emocutez.com* Jom membaca kawan-kawan! Moga ilmu yang kita kumpul boleh di memberi manafaat buat insan lain. 

D_Y_H
Kaki ku lebam! Hampeh punya lubang! Tak pasal2.. saya  yang macho ini termasuk lubang! Dah balik baru rasa sakitnya kaki .. KAKI KU LEBAM sekian! http://www.emocutez.com

1 comments:

Marina Monroe said...

Auntie ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Dayah..