Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Kebanyakkan blogger pasti sangat familiar with Nuffnang kan? Dayah sudah pasti.. hehe.. kerana dalam blog saya ada incik Nuffnang. Ingin menjawab persoalan seorang teman blogger, hai Fatimah.. saya panggil awak Fatty je boleh? hehehe *hang suka2 je Dayah nohhh.. =P*

Komen beliau;
hi dayah thanks for follow ^_^
salam kenal yea dr cik timah ahaha... owh yea cik dayah nuffang itu apa die ek??


Mari kita mengenal Nuffnang. Dia bukan manusia! Dia juga bukan benda hidup. Hehehe. Nuffnang ni Fatty adalah sebuat syarikat pengiklanan untuk blog. Mungkin ada yang iklan untuk media lain. Yang pasti dari Nuffnang kita boleh bikin $$$$.... yaaa making moniesss.... siapa tak suka?? Mai bagi kata saya .. hahahaha... ada ke orang tak suka duit?? Eh ada! Carilah, mungkin sukar tapi ADA!


NUFFNANG - The founder, Mr. Timothy Tiah and Mr. Cheo Ming Shen dapat idea to do this business during their lunch @ London (when they are still student). What is behind NUFFNANG name? "Nuff Nang" is a Jafaikan word that means "Real Good or Real Cool." Register with them than you can earn some monies via blogging.


So Fatty, you can earned monies with NUFFNANG. Tak susah. Register sahaja and kemudian letakkan iklan dalam blog. Nanti adalah Iklan yang akan di paparkan melalui blog kita. Setiap Iklan yang appear akan di kira dan di bayar kepada ahli. TAPI syaratnya mesti 18 TAHUN ke atas yer! Budak kecik tak boleh =P *kalau nak meh letak nama payment nama Kak Dayah meh... -kelip2 mata*

So Fatty, boleh la tambah pendapatan sampingan. Mula-mula mungkin sedikit tapi lama-lama jadi bukit .. wohooo.. lepas tu boleh belanja Dayah.. kekekeekeke =P

Step to register is easy,

1. Just log on to http://nuffnang.com.my
2. Then will appear this and click SIGN UP
3. Then register
4. Once complete add advertising in your blog. Its easy just follow tutorial (available in NUFFNANG). Copy and Paste! Just like counting 1.2. and 3.
5. Then FINISH


Cuba buka tengok ur blog, ada? InsyAllah ada. Kalau tak ada tanyalah NUFFNANG yer. Mungkin ada masalah script dan sebagainya.

Bolehlah cuba yer... apa salahnya buat duit kopikan... hehehehehe..

D_Y_H
Masih setia di office seperti biasa. Mahu menyiapkan minute & SOF tomorrow. Lapaq pun yer. Nak buat keje kat Coffee Shop mcm x best. Nak balik hotel lagi lah malas.. jauh bebenor.. dah siap kang baru lah menapak balik.. yeahh esok pulang sudah ke pangkal jalan.. rindu dah kat katil saya.. hahahaha
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah just find out this, you might wanna check your current statistic right? *Haisshh.. bosan dah with all kind of stats yg berbeza2.. now we can find it from blogger*

Here you go to Blogger in draft and click STATS



and you will see this;

So let's check it out!!

Check nak habaq mai.. hang tgk bawah ni.. kembang aaiihhh.. toce2 na... mai la singgah lagi na.. ;)

D_Y_H
Feeling tiring for long hours working..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Punyalah lama nak update pasal raya ni 2 minggu tu dok simpan jadi draft!! hahaha..

Dayah tahun ini beraya di our house ^^____^^ meriahnya sama terasa macam di kampung, bezanya cuma tak ada tok, tokwan, maktok, wan, dan ahli keluarga yang lain. ;( Riuh tetap riuh, almaklumlah mama abah ada 6 anak teruna & 1 anak dara... hahahaha tipu! hahaha.. terbalik daaa..

Raya pertama dan Ke-2 beraya sakan. Raya-3 dah cold down, yerlah hari esoknya Dayah keje daa. Malas nak keluar. Sekadar teman adik menjamu selera di Johnny dan teman mama & abah di pasar borong sahajalah. Lainnya banyak masa di rumah sahaja. Korang macam mana?

Hari ini ada aktiviti beraya lagi? Pastinya ada kan? Yerlah kebanyakkannya bercuti sampai hari ahad nanti. Selamat Beraya sakan dan bercuti yer kawan-kawan.

Aktiviti Buat Cup Cakes yang baru-baru di ceburi.. ngeee.. sangat best! Reveal- Dayah baru tahu buat kek! hahahaha.. dulu taw juga tapi tak pernah rasa satisfy.. kahkahkah.. Gelaklah korang ramai.. hehehehe.. *tapi tak la sedap sgt. For me its just meet my tekak requirement* hehehe

Pagi raya.. kami bergegas ke Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan). Berangin sahaja bersolat di sini. Sungguh! Menariknya, rupanya ramai juga orang Putrajaya ni ek? Macam-macam rupa pakaian manusia Dayah perhatikan dari beberza-beza negara. Tak kurang yang cuma berpakaian t-shirt & kain pelekat. Nasib tak jumpa yang pakai baju kurung kedah + kain batik, haruslah tak jumpa kalau dah semua berselubung dengan telekung kan.

Walau tak beraya di Kg. raya kami tetap meriah. Ramainya orang datang ke rumah, masyaAllah fenat! Sudahlah tak tido. Balik keje terus ajak Abg. Ali keluar beli barang dia. Then laju-laju balik rumah nak masak for raya. Sementara menanti sempat Dayah buat Cup cakes. Dapat dua bekas (3 tier piring) ok la kan. The taste still same.. Yeahh.. berjaya. You know what my Abah said "Lepas ni tak payah dah order kek, hangpa buat je la" haaaaa.. ishh x boleh! Tak layak lagi.. wohh...

Sempat juga kami ambil family pic.. ngeee... us..

Then.. next day.. beraya ke rumah kawan-kawan abah and Maksu Rosnah.. Dayah dapat duit raya ok? Hehehe .. jangan jeles.

Last but not least. Dayah sempat gubah bunga for Raya also.. Inilah hasil gubahan. Hentam je la labu. Apa bunga yang di beli kita guna. Kita gubahkan.

Korang, raya macam mana?
Dayah dah jelajah beberapa blog kawan blogger. Makaaihhh beraya sakan. Makan sana sini. La ni raya berapa dah ek? Dayah tak rasa raya pun :(

Sungguh tak rasa. Mujur 3 hari pertama tu je mood raya. After that switch to mood keje and jelajah negeri ke negeri.. Rumah kawan-kawan sorang pun Dayah tak singgah lagi. Raya ke penghujung dah ni. Maafkan saya yer kawan-kawan. Selamat Hari Raya

D_Y_H
Saya keje ohh.. rajin x? hahaha.. tak pe.. selamat duit saya.. kahkahkah =P
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A
Baja bunga dengan "C.I.N.T.A" boleh? Kenapa tidak. Bunga benda hidup bila ia selalu di sayang ia akan hidup segar seperti kehendak tuannya.

Macam-macam C.I.N.T.A .. ekspresikan rasa CINTA anda. Macam mana? Bila kita rasa CINTA kenalah spread your LOVE *maaf bercampur bahasa .. ngeeehhhh* tunjukkan rasa kasih anda pada si CINTA.

Siapa CINTA?? Siapa sahaja boleh jadi CINTA.

Dayah berharap rasa CINTA saya tak pernah kurang pada DIA, walau sedikit. Hari-hari nak baja, nak siram, nak rasa rindu. Nak ngadu pada DIA selalu. Nak nangis pada dia selalu. Itulah eksperisi CINTA saya. Kalau buat salah cepat nak mohon maaf. Kalau ada benda perlu bantuan segera senaskah buku azimat boleh di rujuk. Kalau masih ragu, mengadu lagi pada DIA moga DIA datang memberi bantuan.

Pernah saya tak pedulikan DIA, dan DIA tak pernah ambil hati. BAIKNYA DIA!
Pernah saya tak buat apa yang DIA suruh dan DIA tak pernah marah. BAIKNYA DIA!
Pernah saya salahkan DIA atas apa yang berlaku dan DIA diam dan tak hukum saya. BAIKNYA DIA!


TERIMA KASIH C.I.N.T.A dan saya tidak mahu cepat lelah MENCINTAI DIA sepenuh hati.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

D_Y_H
CINTA agung yang di cari. Moga dari hari ke hari CINTA ini tidak pernah kurang malah bertambah. Takutlah kalau di benci ALLAH.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google

Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka.

Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.

HAH!! Melampau! Tapi itu hakikat yang terpaksa di lalui oleh wanita Islam yang berada di Perancis.

Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Berdasarkan berita yang di tulis di Bharian. 1 orang sahaja menentang! Radikulus! Alergik benar mereka melihat wanita yang menjaga maruah dan peribadi diri. Sedangkan mata mereka lebih senang dan gembira melihat wanita yang tidak seurat benang pun!!! Tidakkah mereka ketahui bahawa, wanita itu kalau tidak di bentuk dengan elok kelak bakal menghancurkan dunia?

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

D_Y_H
Syukurlah tidak duduk di sana. Tapi macam mana nak pi sana? Owhhh.. mereka kejam!! Tak ada la lepas ni hangpa feeling2 nak p eifel tower "kota cinta" la kunun! Nasib baik cheq dah pernah sampai.. muahahaha.. apa kata agungkan kota cinta ADAM & HAWA! Manusia pertama di hidupkan di muka Bumi. Ziarahlah ke sana. InsyaAllah saya punya cita-cita ke sana. Mari kumpul duit! yeahhhh

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah baru sahaja terbaca berita hangat! Sangat hangat! Macam air mengelegak pada suhu 300C! Eh tak panas lagi ek. 1000C la kot. Ini beritanya,

Dari KOSMO

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam meminta penduduk Palestin mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.

Menurutnya, pengiktirafan itu perlu sebagai batu asas untuk keamanan dan beliau kesal kerana penduduk Palestin masih enggan untuk mengiktiraf negara Israel.

"Batu asas negara Israel ialah ia merupakan negara untuk penduduk Yahudi," kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat mingguan Kabinet.

"Ia merupakan asas yang sebenar tuntutan dari negara Israel dan penamat konflik antara kedua-dua penduduk," jelasnya.

Perunding veteran Palestin, Nabil Shaath berkata, Israel menggunakan tuntutan itu sebagai alasan untuk menafikan hak memulangkan semulan kem-kem pelarian Palestin.

Menurutnya, alasan itu turut digunakan untuk menangguhkan hak sepenuhnya penduduk Palestin yang menjadi rakyat Israel.

Tuntutan itu akan dikemukakan sekali lagi apabila Netanyahu menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam mesyuarat mereka yang pertama kali di rantau tersebut selepas satu rundingan damai mengenai Asia Barat diadakan di White House, Washington pada awal bulan ini. - AP

Persoalan saya:-
1- Kenapa perlu penduduk PALESTIN menjadi Rakyat Israel???
2- Kenapa Israel mahu penduduk Palestin perlu mengikhtiraf ISRAEL??? *bukan ke selama ini sewenang-wenangnya mereka menindas penduduk PALESTIN sesuka hati? Nak bom.. suka hati nenek moyang je serang! Siapa yang beri bantuan akan terima nasib yang sama.. bayangkan sampai segala bahan bantuan yang hendak masuk di catu? Hospital di sana sudah uzur, kelengkapan tidak pernah lengkap, malah berusia lebih berpuluh tahun!!! Sedangkan Israel?? Maju!!! Guna akal atau guna lutut depa pikiaq???*

Siapa pula yang membela nasib kanak-kanak ini??

Ada hadith Rasulluh s.a.w yang bermaksud;

“Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” Daripada Abu Hurairah ra

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. (Sifat Yahudi inikah yang mahu kita contoh? Kalau tidak mari perbaiki diri)

Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146)

Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak.

Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)


Dalam firman Allah di atas ada menyebut bahawa Israel itu "Selalu menceroboh" (tak terbilang dek jari kaki & tangan berapa kali Palestin di serang???). Ya Allah, berilah kemenangan bagi Rakyat Palestin, agar mereka juga dapat hidup seperti Umat Islam yang lain, Amin.

D_Y_H
Perjuangan membebaskan Palestin harus kita hidupkan. Jangan lupa berdoa padaNya agar kiblat pertama kita di bebaskan dan sebaik-baik percutian bagi Umat Islam adalah

“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” Dari Abu Hurairah, r.a.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Wanita ibarat Epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau, kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... AMIN


Sedikit pesanan buat kaum wanita;-

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”

Minta jauh kita jadi wanita seperti hadis Nabi di atas. Jangan gusar tentang persoalan jodoh mahupun kehidupan. Bohonglah kalau kata tak pernah terfikir tapi cukup berpada-pada dalam memikirkannya. Buat sahabat terdekat atau jauh jangan bersedih kerana Allah ada janjiNya. Dia tidak akan uji hambaNya tanpa sebab dan jikalau kita diuji cuba kita selidik semula mana tahu ada tingkah kita yang kurang baik dan sama-sama kita perbaiki.

Dan jangan sesekali putus asa dan teruskan memohon padaNya. Nabi pernah berpesan bahawa:-

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”

D_Y_H
Rasanya Dayah kena mula serius turunkan berat badanlah!! Asyik tak menjadi sahaja!! Apa kes?? Macam mana lagi usaha yang perlu ya? Fening sudah... Kena p duduk sama dengan mangsa perang di Palestin @ Afganistan baru nak Insaf aganya Dayah ni.. hehehehe..

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Setelah 2 minggu kita satu Malaysia riuh dengan kehilangan Jutawan Kosmetik, kini segala teka teki terjawab. Kejam sungguh mereka mati di pukul, di bakar dan abunya di buang ke dalam Sungai.

Lokasi kejadian (Credit Bharian)

Individu terbabit mungkin ada masalah mental!! Pandangan Dayahlah. Orang yang waras tidak berkelakuan sedemikian. Apabila di desak dan terdesak, akal mereka mungkin mati untuk berfikiran waras.

Bukan setakat Datuk Rosilawati sahaja malah ada 3 individu lain yang turut terbunuh. Kejam! Kejam! Sedikit Kronologi yang Dayah baca di Bharian.

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

TAKZIAH buat keluarga Arwah Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abd Karim, Kamaruddin Shamsudin & Noorhisham Mohammad. AL-FATIHAH

D_Y_H
Moga roh mereka di cucuri rahmat Illahi, Amin dan semua yang terbabit di beri hukuman setimpalnya.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Raya.. Raya.. Raya..
Di kesempatan RAYA esok ni (baca 10/9/10 hari ni lah hehehe) Dayah ingin menyusun sepuluh hari memohon maaf andai ada kata-kata @ perbuatan saya yang menyinggung mana-mana pihak, saya juga insan biasa seperti kalian tak lepas buat salah. InsyaAllah cuba untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Nak sampai cepat pun kena hati-hati, kalau laju sangat takut tak sempat sampai ;)

Yang tidak pulang beraya, di mana sahaja pun raya kita tetap sama. Semua akan menyambut dan merasai nikmatnya berhari raya. Jangan sedih-sedih, ada umur panjang insyaAllah dapat pulang bersama keluarga.

Raya untuk di rai bukan untuk di tangisi

Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”

D_Y_H
Minta-mintalah bos bagi balik awal hari ni.. meh kita doa sama-sama ^^____~~
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Florida church's plan to burn copies of Muslim holy book could endanger US troops' lives, commanders say.

US military commanders in Afghanistan have said that a small Florida church's plan to burn copies of the Quran on the anniversary of the September 11 attacks could endanger the lives of American troops.

Two senior US commanders in Afghanistan said on Monday the proposed burning of the Muslim holy book risked undermining President Barack Obama efforts to reach out to the world's 1.5 billion Muslims.

They said it could also trigger retaliation against US forces serving in Afghanistan.

The warnings come amid angry protests by several hundred people in the Afghan capital, Kabul, who chanted "Death to America" as they denounced the planned burning event by the Dove World Outreach Centre church in Gainesville, Florida.

The centre, calling itself a "New Testament, Charismatic, Non-Denominational Church", says it will go ahead with the torching of the Quran on Saturday to mark the ninth anniversary of the 2001 attacks against the US.

Gainesville authorities have said the event will contravene fire safety rules.

"It could endanger troops and it could endanger the overall effort," David Petraeus, the US and Nato commander in Afghanistan, said in a statement to US media organisations.

"It is precisely the kind of action the Taliban uses and could cause significant problems. Not just here, but everywhere in the world, we are engaged with the Islamic community."

'Popular anger'

Lieutenant-General William Caldwell, commander of the Nato training mission in Afghanistan, told CNN that news of the planned Quran burning by the little-known Florida church was already provoking popular anger in Afghanistan.

"It's their holy book, so when somebody says that they're going to destroy that and cause a desecration to something that's very sacred to them, it's already stirred up a lot of discussion and concern amongst the people," he said.

"We very much feel that this could jeopardise the safety of our men and women that are serving over here."

The US embassy in Kabul said the "United States government in no way condones such acts of disrespect against the religion of Islam, and is deeply concerned about deliberate attempts to offend members of religious or ethnic groups".

"Americans from all religious and ethnic backgrounds reject this offensive initiative by this small group in Florida, a great number of American voices are protesting the hurtful statements made by this organization," it said in a statement.

Pastor's remarks

In comments broadcast on CNN, Terry Jones, pastor of the Dove World Outreach Centre, said it would be "tragic" if anybody's life was lost as a result of the planned Quran burning.

But he said: "Still, I must say that we feel that we must sooner or later stand up to Islam, and if we don't, it's not going to go away."

The church's website says it seeks to "expose Islam" as a "violent and oppressive religion".

It displays a sign reading "Islam of the Devil".

In Kabul, the demonstrators, mostly students from religious schools who gathered outside Kabul's Milad ul-Nabi mosque, said they would continue their protests.

"We call on America to stop desecrating our Holy Quran," Wahidullah Nori, a student, told the Reuters news agency.

The dispute comes at a time of already heated debate in the US over a proposal to build a cultural centre and mosque two blocks away from the site in New York City of the September 11 attacks on the World Trade Centre.

Opponents of the building plan say it is insensitive to families of the victims of the attacks by al-Qaeda.

US-backed Afghan forces toppled the Taliban government in Afghanistan soon after those attacks after it refused to hand over al-Qaeda leaders, including Osama bin Laden.

Demonstrations and riots triggered by reported desecration of the Quran are not infrequent in Afghanistan and other Muslim countries.

The most violent protests came after cartoons depicting the Prophet Mohammad in a Danish newspaper in 2006.

Last January, Afghan troops shot and killed eight demonstrators and wounded 13 in southern Helmand province in a riot triggered by a report that foreign troops had desecrated the Quran during a raid, though a spokesman for Nato forces denied the report.

Source: Al-Jazeera English

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Beberapa jam sahaja lagi Ramadhan kita bakal tinggalkan dan Aidilfirtri bakal di rai. Layakkah kita menyambung EID? Tiba-tiba soalan itu bersawang di kepala. 28 Ramadhan telah kita lalui. Moga ibadah kita semua diterima Ilahi, Amin.


Sedar tak sedar, suasana sejuk dengan hujan setiap petang dan malam menyelubungi kita di penghujung ramadhan dan ada hadis yang berbunyi:-

"Langit, bumi dan Malaikat Menangis, karena ramadhan pergi..." (Al Hadis)

D_Y_H
Terlalu memikirkan duniawi sampai kita alpa, esok belum tentu ada untuk kita. Teruskan bermunajat padaNya. Moga-moga taubat kita di terima, Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I'm laughing! :))

Fw: Office Exercises to Avoid Sleep !!!


To avoid sleep



Fun & Info @ Keralites.net
Follow like this to ease your
neck & shoulder pain

Fun & Info @ Keralites.net
Wa..wa.. aaa



Fun & Info @ Keralites.net
Move to the right
and then to the left

Fun & Info @ Keralites.net
After that, move to the left
and then to the right

Fun & Info @ Keralites.net
Just follow. Don't force yourself to do 360 degrees, 180 degreeswill do. Bend down a bit like you gonna faint. Repeat a few times till you're bored

Fun & Info @ Keralites.net
Grab anything on your desk and smash your head hard. If you are still sleepy smash harder

Fun & Info @ Keralites.net
After that move your feet and swing your body a bit like this. Do it like it's nobody's business and remember to smile

Fun & Info @ Keralites.net
Move your feet and body just a bit like this....
Do it like there's no problem at all...

Fun & Info @ Keralites.net
And now more aggressive!
Don't bother about what others say

Fun & Info @ Keralites.net
Let go of all your stress....

Fun & Info @ Keralites.net
If your boss ask what you are doing, move your head slowly like this and tell them you're dying in the office

Fun & Info @ Keralites.net
When your boss walks off, get your colleague to join you and move your body like this. The more the merrier...

Fun & Info @ Keralites.net
Finally, dance like a cat






Lawak sungguh!!! Comelkan.... you can try this!! Sure tak ngantok.

and Dayah forward this to all my friend termasuklah prof.. and she replied me...

"So....cute..... Sure willl tapi tak dan nak ngantuk...ade je yang mengetuk..tuk..tuk... may I see u? 5 minutes only...please...please!! Sounds familiar kan????? Ha..ha. Tq"

Hahahaha.. memori sungguh! Memang saya suka kacau dia dulu. 5 min! 5 min! Sanggup bersila depan pintu bilik dia tunggu dia mai. SMS dulu la. Kadang-kadang konpius.. dia tak melintas masuk pun.. sat lagi mesej masuk.. "Mai la masuk" hahahaha.. ajaib orang tua sorang ni. Padahal kita orang dah tunggu dekat sejam.

La ni.. x da dah tunggu2 lecture depan pintu bilik. Kalau nak rasa lagi kenalah buat master pulakkan? But now dah moden, email sahajalah tapi pun video conference. Masa dulu bukan tak boleh, boleh je. Tapi signature? Mana nak dapat kan? Kena juga jumpa dia.

D_Y_H
Ehh.. kawan-kawan cubalah buat senaman tu.. sure.. tak ngantok..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Lagi 4 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. I don't feel like raya la. Ramadhan dalam hati. Tak puas rasa berada di bulan mulia ni. Hari ini baru Dayah berkesempatan ke masjid berjemaah for terawih. Kalau tidak sendirian berhad sahajalah.

Nyaman suasana di Masjid Sultan Mizan. Berangin sahaja rasanya. Imamnya membaca surah dengan merdu. Terasa seronok bersolat di sana. Pulang dari masjid, cari fresh milk dulu. Dapat.

Kemudian sampai terus bersila, cari butter, tepung, susu, dan segala kelengkapan buat tart nenas. Yea, Dayah buat kuih lagi malam ni. Sampai 1.30am surrender, TIAH sambung please! Need to sleep da.. esok keje. Tak pasal jadi panda. Hahahaha... Setakat ini baru 2 jenis sahaja kuih Dayah buat. Sehari satu. Jadilah. Dayah bukan gemar buat kuih-kuih ini. Dayah lebih gemar ketuk kuali kot. Tapi kuih dan kek lebih mudah pula rasanya.. but tang deco leceh sikitlah. InsyaAllah rajin lagi. Esok jadi lagi. Dah semangat nak buat kuih with Royal Icing.

Itu je la Dayah buat for raya. Other than that NANDO! Tak rasa nak raya. Memikir jadual packed giler after raya, make me crazy. Can I survive? Itu persoalan pokok. Diff boss, diff requirement. Chiayok!!!

Ok stop about work! Hari tu Dayah ada bagi random list for rayakan? Ingat tak? (Baca sini) Hari ini dah Isnin. Last minute shopping maybe ramai dah buat last weekendkan. Mesti peniaga menurunkan harga giler2 punya dan most of ppl prefer last minute shopping. MURAHkan? Iyer la kot. I never do. Tak tahu la. Persiapan raya saya sama seperti tahun sebelum kot. Never do apa2. Hahahaha...

Nak masak apa raya ni ya? Abah dah kata nak Soto Ayam. Mama? Mama tak kisahkan. So maybe itulah antara menu rumah terbuka kot. Nak buat bila? Tu susah nak fikir. Kena lihat semula jadual. Banyak job outstation lepas ni. Tak menang tangan la lepas ni.

Apa agaknya Dayah kena beli for raya kan? I have no idea. Rasanya pakai sahaja apa yang ada. Nak beli apanye sangat kan! Baju... rasa dah semak kepala tengok baju bersusun. Kasut.. ala.. banyak juga *kita orang saiz semua sama.. rembat je la kan.. hahaha* apa lagi?? tak leh fikir la pulak. Rasanya itu je la kot.

Abah dah sibuk nak meniaga lembu hari tiga. Which is I'm working. Nasib la Abah meniagalah dengan adik2 yer. Dayah keje till khamis. My friend kata saya giler. Hahahaha.. layannn.... bukan tak boleh cuti, tapi cuti makin kurus. Kena simpan for coming December, ini lebih penting. Chiayok2!! Preparation macam hampagas kalau flash back. Satu chapter pun tak habis lagi. Baru satu subject. Another subject tok sah cakap, tak buat apa. WHAT! Again I don't have mood! Please go away PEMALAS dalam diri!!!!

Hangpa semua preparation macam mana? Rumah dah habis kemas? Kelengkapan peribadi dah habis shopping? Duit raya dah prepare? Kuih raya? Balang raya? Dayah ... balang2 raya dah bersusun dah. Tunggu nak masuk kuih dan di hidang sahaja. Rumah nak kemas pasu-pasu bunga sahaja. Lain? Tak ada apalah sangat. Ketupat rendang serah pada mama je lah kan. Kita orang tukang makan.. hahahaha.

Our Fav! Mama sure akan buat ketupat palas + jagung (her fav) - Gambar Google

Lemang? Ada yang rajin buat sendiri? Kami beli sahajalah. Near hulu langat banyak orang meniaga. Bagilah rezeki syawal buat mereka kan ;) - Gambar Google

Kereta tak servis?? OMG! Belasah je la labu. Ohh korang jangan buat perkara yang sama ya. Sila servis kereta anda sebelum pulang ke kampung halaman. Check kenderaan masing-masing dan pastikan semua aspek keselamatan sudah di periksa.

Angah & aten dah riuh nak jadi Model raya ni.. apa lagi.. Datin akan menembak .. ciayokkk girl! Yang penting Dayah nak tengok cite 4 madu raya ni.. hahahaha.. wayang yang di fikirnya dulu =P

D_Y_H
Waktu sahur dah ni... selamat bersahur semua.. ada 3 hari lagi untuk kita habiskan malam-malam ramadhan. Tingkatkan amal.. raya tak ke mana.. selesai beribadah sambunglah semula persiapan raya.. kan.. :)
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ehh.. Ehh.. dia panggil saya Dayah juga... wawawa.. keterujaan. Tiba-tiba rasa sahabat baik.. hahaha.. perasan la Dayah ni! =P

Yea Yea makin bertambah orang panggil saya Dayah ... hehehehe

D_Y_H
Mendoakan yang baik-baik. Sahabat moga esok ada sinar bahagia buat mu, Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Zakat Fitrah itu kewajipan bagi seorang Islam. Di bayar setiap tahun pada bulan ramadhan. Sudah menunaikannya? Dayah baru selesai, mudahnya dengan kemudahan yang ada. Cuma guna SMS je! Baru ingat nak pi cari mana2 AMIL yang bertugas.

Bagi yang duduk di selangor, pusat zakat selangor ada menyediakan kemudahan membayar zakat menggunakan SMS. Kadar zakat selangor tahun ini RM7, bayar guna SMS jumlah itu akan di potong dalam akaun kita.

Buat pengguna MAXIS ini caranya

Dan ini untuk CELCOM

Mudahkan? Apa tunggu lagi. Bayarlah. Hehehe. Nanti akan ada arahan untuk masukkan NAMA, IC dan jumlah yang di tanggung. Kemudian SEND dan receipt boleh di cetak kemudian.

Tak perlu tergesa-gesa ke sana ke mari. Mudah dan pantas. Harap-harap pusat zakat yang lain dapat melakukan perkara yang sama.

D_Y_H
Kononnya nak buat kuih raya?? Tapi hampeh Dayah rasa malas yang amat sangat. Rasa kek raya je kot. Kuih serah pada adik-adik la. Serabut kepala memikir jadual yang terlalu packed.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Senarai keperluan raya:-

1) Baju Raya
- Tak buat! hahahaha... Dayah sendiri tak prepare apa-apa. Ada beli masa p Jakarta konon nak buat baju raya la sepasang, hampeh tersimpan baik dalam lemari. Macam mano? Korang dah buat? Tema apa? Mesti lip lap-lap kan.. kan .. kan.. eleh.. mesti macam mak datin kan? kan? kan? hahahaa =P

Baju tahun lepas pun cantik lagi kan! hahaha.. so x yah membazir.. sarung je ke badan tanpa banyak bunyi.. hehehe *miss this moment.. which is not going to be happen again.. ppl change.. * mungkin kalian terlupa bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

2) Kasut Raya
- Pakai selipar sudah .. muhahahaha... x beli pun lagi.. memandang stock kasut tinggal kasut kerja yang hanya sepasang tu je.. maybe kena guna discount sms dari Pakcik Carlo.. baiklah.. kalau budget saya tak lari.. kalau lari kita kejar yer... hehehehe.. korang kasut mesti sedondon dengan baju kan.. kan .. kan...

3) Duit Raya
- haaa.. yang ni yang tak best! Mama.. napa lahirkan along dulu! huwaaaaaaaa.. nak jadi baby balik! Nak jadi baby balik! tak mo .. tak mo.. hahahahaha.. giler! hahaha... syukur dah tua Dah Dayah ni! ekekeke.. la ni kena bg duit raya da. Tapi Dayah bagi tok budak bawah setahun je la.. hehehe.. anda-anda yang dah besar jangan nak mengada!! =P Hahaha.. warning awal2 tu.. ekekeke.. wink wink.. agak2 taun ni ada dak mak sedara saya yang nak bagi duit raya lagi.. *kelip2 mata sikit* tahun lepas Dayah dapat taw! Ada dekat Rm50 jugak! Lepas duit minyak kete seminggu. ekekeke.. adik2 ni nak habaq ni.. kak long hampa sama macam korang "STUDENT" na.. hahahaha.. alasan untuk mengelat bagi duit raya.. hahahaha..

4) Kuih Raya
- Makcik tak buat lagi weiii! Nak beli?? Macam tak best je. Asyik-asyik beli! Tahun ni nak buat. Maybe this weekend. Nak gaul apa2 je bahan yang ada kat dapur tu. Uli2 la walau jadi roti canai sekali pun.. kahkahkahkah.. *itulah kalau tak reti masak! hahaha rugi sapa kawin ngan pompuan ni... hehehe.. cepat reject.. kahkahkahkah* roti canai bukan kuih la Dayah oii!!! hahahahaha.. layan... siapa rasa x mo keracunan kuih raya jangan mai rumah Dayah na.. ekekekeke...

5) Kereta Raya

My new car! Kereta raya u olll.. hahahaha.. *angan-angan je la =P*

- Amboi hang ingat hang anak Menteri pengangkutan! Kahkahkah.. cukuplah Mr. Black kesayangan hamba yang tak mandi 2 minggu tu! Apa 2 minggu!! hahaha... makcik sibuk you! Mujur hang hitam! Tapi nampak gak la debu2 jalan tu. Atoi... InsyaAllah la.. hari ni di usahakan.. Tapikan ada, mesti ada ni sedang menanti baby baru keluar before raya kan? Ada kan? Baik ngaku?? hehehe.. apa-apa pun hati-hati di jalan raya!

6) Rumah Raya
- Makkkkkk aiiii.. Dayah belum jadi billionaire lagi. Akak tak mampu you! Nak beli apartment pun tak tersampai hajat lagi. Ini rumah semata tok raya! Hang gila! Tapi ada woooo... sanggup tu.. "Rumah Raya" yang selalu kita nampak adalah cat rumah color baru! Sedondon pula dengan warna tema. Adeh, nanti masuk rumah tak nampak tuan rumah dah kata serupa warna cat rumah. hahahaha.. ade ke?

7) Langsir Raya
- Baru beberapa bulan lepas berabis beribu gak buat langsir. So raya no langsir baru! Cukup apa yang ado! Rumah mama Dayah ni kalau suruh tukar langsir baru, makaihhhhh makan berpuluh meter gak kot ntah-ntah beratus meter kain.. adoi! Makanya nantilah yer. Cantik lagi langsir tu. Tapikan dulu-dulu, masa rumah lama. Mama tiap-tiap tahun langsir baru, sarung kusyen baru. Pastu cantik-cantik je mama pilih. I like you mama! La ni. tak boleh la. Kerusi hat jenis tukar sarung tu mama dah tak pakai dah. Dulu langsir sliding depan je. La ni... omakkko.. banyak tingkap nak bubuh. Pengsan!

8) Sofa Raya
- Sudah-sudahlah tu membazir! Cukup pakai apa yang ada, kalau nak roboh pun tunggulah ia benar-benar roboh baru ganti baru.. hahahahaha.. Kalau salin baju dia tak pa la.. mama ari tu ada hantaq buat dua sofa antik dia tu salin kusyen baru, dalam RM2k kot. Material bagus. Kat bangi kedainya. Siapa-siapa nak pi la hantaq dari pi beli kusyen sampai RM10k satu set. Ni tukar baju dia 2 set baru RM2k. Jimat berapa ganda? Kira-kira... *aihh pakcik kedai.. apa lagi bagi diskaun kat Dayah na!!* hahahaha.

9) Dapur Raya
- Yang ini pun trend jugak! Asal nak raya ada je renovation sana sini. Tukar kabinet la tukar tile la.. tukar kerusi makan la.. tukar singki la.. nama pun perempuan ada 9 nafsu. Semua nak tukar. Botak kepala laki! Hahaha.. siapa suruh hang kawin dengan kaki kikis.. hahahaha. opsss.. jangan marah ya. Kawan-kawan, sebagai menteri kewangan rumahtangga buatlah budget tahunan. Fikir apa yang harus di dahulukan. Kebelakangkan benda tak perlu. Jadilah wanita bijak! Baru laki sayang lebih.

10) Hantu Raya.. hahahahaha =P

Cukuplah 10 dulu. Siapa-siapa nak tambah silalah tambah sendiri ya... Bila dah besar panjang ni, macam-macam persiapan raya nak kena fikirkan? Syok jadi budak-budak tak payah fikir, tunjuk-tunjuk je "mama nak ni" ... "mama nak yang tu" ... "mama tak mo la.. nak tu juga" .. ohh indahnya jadi kanak-kanak. Duit raya tok sah cakap, orang sibuk nak p sembahyang raya, dia sibuk nak beratuq minta duit raya! Haip!

P/s: Jangan membazir untuk beraya. Sederhana cukup. Dari hang pa membazir baik korang sedekah, taw tak:-

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”

D_Y_H
Tak mau beli apa-apa nak simpan duit berjimba-jimba ke KK. Ada siapa-siapa nak ikut? Silalah beli tiket sendiri! hehehehe..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pagi-pagi lagi Dayah dah received call from buddy kat KK, si Aderis. Amboi riuh dia pagi-pagi, kami dok chit chat pasai our reunion this coming few week. Haihh tak sabar sungguh. Teringin nak jadi student dalam erti kata full time. hahahaha. La ni part time, tapi journeynya sangat-sangat berbeza. Belajaq!! Haih pemalas piang!! Tok sah cakap. Buku dok depan mata, jeling je beb! Adoilah, parah! Korang macam mana? Ada tips? Susah sungguh ohh, mood study sentiasa kena cantas. Tapi bila mai stress dia, hang tok sah cakap, Dayah study woooo!!

Bila rindu kampus, belek-belek balik la gambaq lama. Time muda remaja. Hahaha. La ni pun muda lagi ^^______^^

Layan picture la na... banyak sangat. Sampai ada yang terambil gambaq. Nak lagi, kawan-kawan kaki bergambaq. Dayah bila mood nak bergambaq tu mai. Laju la. Kalau tak hang panggil la seribu kali pun, haram tak join punya.. hehehehe

With my lovely roomate during my 1st and 2nd year at UMS. Best sangat satu rumah dengan depa ni. Satu kepala. Nak masak semua telan. Hehehehe. Dengan Cik June, Dayah banyak belajar. Dia selalu kejutkan subuh. Tq, Cik Junne. Dia rajin kemas rumah. Everyday without fail, teratur je rumah kami. Dia sapu dia mop. Dayah memang dari dulu hobi cuci tandas agaknya. Dari zaman matriks, siap kena panggil "INDAH WATER" ambik ko. Happening duduk ngan kakak2 ni. Yerp semuanya tua dari Dayah.. ^^____^^ feeling adik you. Kak Jen & Shalu kuat gler stadi!! Superb punya rajin. Shalu result memang power nak mati DL sokmo. Dah la ambik Math! Yloong superb cute & ceria selalu. Creatif tu and our debater taw.

Haaaa.. jangan tak taw! Dayah dulu aktif juga futsal! Dulu la... la ni.. hampesss... x main dah.. bila nak main pun taw la. Syokk ohhhh... lari berdesup-desup kejar bola... hehehe.. badan je besaq lagu tong.. tapi boleh lari lagi... la ni?? hahahaha.. kalau letak anjing kat belakang pun rasa tak boleh lari berdesup kot.. hahahaha

Aktiviti bersama kawan-kawan.. campur-campur ni. Ada aktiviti makan2 after our project successful!! Yeahh, satu kepuasan. I always do makan-makan to all team member bila kita orang habis satu-satu project. Baru team member rasa di hargaikan. Pandai2lah kami, adjust budget yang ada. Make sure ada balance 200-300 ratus. Cukup untuk makan2 buat committee yang dah berhempas pulas jayakan project. Ada masa Dayah keluar gak ngan budak-budak rumah, cuci mata. Kecoh satu kedai kalau kami terjah... merempit di jalanan tok sah cakap.. ada sekali tu kes nak stadi punya pasal .. jam dah dekat pukul 12.00mlm.. our campur after 11 mlm mana boleh masuk and keluar dah.. Dayah dengan si Uma.. keluar pujuk pak guard .. tugas pujuk pak guard of course la Dayah yang kena... apa tak nya pak guard cam muka.. selalu after meeting mesti budak2 ni ajak minum dulu.. sebab tu mudah.. hehehe.. tapi jujur punya pasal.. pakcik bagi ba kami keluar sekejap, mau cari gula. Endah dapat kami stadi kalau tak ada gula... hahahaha pakcik tu tercengang. Kesian punya pasal dia redha je la. hehehe.. tq pakcik guard.

Ini project masa 2nd year. Kena jadi pengarah dinner. Awal-awal lagi dengan menggunakan kebijaksanaan.. hahaha.. Saya letak diri saya sebagai timb. sudah. hehehe.. biar lelaki yang jadi pengarah. Tradition night tu! Macam-macam gaya ada. Bagai-bagai fesyen dari pelbagai kaum di gayakan. Hangpa ingat Accountant Student tak reti bergaya?? Hahaha.. sekali.. tengok... cun cun ohhh..

This one 2nd year juga going to 3rd year. Project uni. to Australia. Best! Pengalaman berharga. Exchange idea. Kalaulah dapat belajar kat sana kan? hehehehe.. insyaAllah, ada rezeki nak buat master kat sana. InsyaAllah.

See... makan-makan je kita orang ni. Memang kerje student, MAKAN.. MAKAN... MAKAN... nak umpan datang aktiviti time tu kenalah bagi MAKAN + DAPAT DUDUK KOLEJ next sem sure penuh dewan. Susahnya nak buat aktiviti dulu.

Aktiviti di office, apa lagi buat surat to release money from our tabung pelajar la. hohoho.. banyak mana sangat duit tabung yang ada and Dayah dapat gelaran apa taw "Bendahari Kedekut" hahahaha. Pantang meeting bab duit, Dayah je la yang bersuara. hahahaha. Nasiblah korangkan, yang penting semua project dapat peruntukan kan. Kalau ada kawan-kawan yang geram dengan Dayah dulu, Ampun dan maaf di pinta ya. Saya pun kena marah gak, apa asyik bagi duit je ni!! hahahaha.. di beri kena marah tak bagi pun kena marah! ini baru peringat pelajar.. belum peringkat negara? Ambik ko, macam mana menteri tak pening kepala. hahahaha.. and Dayah dapat joint beberapa aktiviti peringkat kebangsaan juga. Berharga pengalaman tu. Banyak kepala dan banyak ragam.

With all rakan seperjuangan yang sibuk bahagikan masa between kampus/national aktiviti & study. Huissshh tak senang owhhh.. Nak lagi nak maintain pointer 3 above! Nak 3.5 mmg pengsan tapi ada yang berjaya.. Dayah berjaya maintaian CGPA 3 above je la.. Almhamdulillah. Kalau meeting sahaja ... makaaihhh sampai jam 4 pagi. Buat awal tak boleh ada kelas.. so start lambar... habis pun lambat.. Gilerkan! Manis dan masam semua ada. Mana masalah pelajar, mana masalah kemudahan, mana masalah kewangan, mana masalah nak buat kertas kerja. Huhuhu.. syok syok syok.. Pastu dapat dekat dengan our timb. naib canselor satu negeri .. kedah mari ohhh.. kena sakat sokmo la.. Sat sat dia panggil Dayah itu ini.. kebetulan baru Dr. called sebentar tadi.. mula teragak juga nak angkat.. siap terharu Dayah simpan no dia.. hahaha.. lawak la prof ni

My final project with accums "Jejak Ilmu ke Laluan Sutera" memang banyak ilmu kami kutip. Dapat pergi dengan all my best buddies. Almhamdulillah. Tak taw bila lagi berkesempatan bercuti bersama. Bukan mudah, 2 dah jadi bini orang, sorang lagi bakal menyusul tahun depan, sorang lagi terus hidup dengan kerjayanya .. hahahaha..

and our last dinner. Before end of life as student, banyak dinner kena pi. Yang wajib haruslah accounting dinner. Dan paling bermakna, dinner for school bila di jemput untuk hadir dan dapat pengiktirafan dari school and I still remember my dean cakap masa dia bagi anugerah, "You deserved this award, Dayah" Terharu sungguh doktor. Rasa menang OSCAR.. hahahaha..

Macam-macam liku-liku hidup dapat Dayah kutip sepanjang empat tahun bergelar pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Dari year 2003 to 2007. Datang berdua je dengan Cik ili. Balik pun berdua je. Mama & Abah cuma datang masa graduation sahaja. Nasib mai.. hehehehe..

I can't wait for my reunion... KK i'm coming!! I'm Coming!! Yeahh.... tengah blurr sebenarnya. Manalah nak pergi ek? Lama tu. 5 hari. Belum rancang apa2 lagi except for reunion day la. For sure dah ada. KK tu insyaAllah tak lupa jalan lagi, almaklumlah dulu minah rempit berjaya di KK, hahahaha. Jalan mana, lorong mana je tak di redah sampai ke Kota Belud Dayah bawa motor jangan tak taw. 3 jam ohhh! Sampai si Uma, tak leh duduk betul la di buatnya. Merempit punya pasal. Hahahaha.. pengalaman.. pengalaman...

D_Y_H
Nak book apartment awal2 senang. tengah dok usha apartment mana nak terjah.. selalu dok hotel .. dulu dok asrama la kan.. hehehehe..