Slider

Tuesday, August 31, 2010

Jangan berkahwin dengan ciri-ciri lelaki begini (bacalah =P)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Jangan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang macam mana? Tiba-tiba Dayah dapat idea menulis tentang topik ini, setelah menerima komen dari Anon yang berbunyi begini:-
Anonymous said...

salam, masalahnya kaum lelaki pun sama saja. mereka pun nak senang so kawin wlaupun tak sesuai. dizaman moden ini kaum lelaki makin tidak malu dan ada maruah. kerana nak senang kawin aja bak kata org basuh kaki pun dia sanggup. bila lelaki buat sedemikian maknanya dia sanggup menerima apa condition situasi. dah tu ada sanggup walau diri tak mampu menanggung keluarga. kata haram suami memakan hasil isteri? dah ada yg sanggup kawin lain walau tak mampu tahan suruh bini keja cari duit tambahan sampai si bini ni ikat perut pun ada. yg lelaki kawin bini bekerja dia tak bekerja pun ada jugak.. sudahnya ada nak dapat penghormatan, terpaksa lah pura pura alim. lepas tu kalau bini dah keja separuh mati, di sibuk duduk macam lord buddha, demand itu ini diidang dan disuap kemulut. angkat jari pun tak de.ada tu lupa nak bagi bini duit makan belanja tahu nak sedap. sampai tua nak mati selamba aja demand nak sedap sedap padahal sesen duit pun tak beri. bini yg bersabar pun naik hot... tapi nak kata apa sabar ajalah. cuma dlm hukum islam kata-isteri boleh minta cerai kerana pengabaian nafkah..... any way dlm islam kata lain, tapi pengkhususan juga lain. things are not as easy as it seem. banyak juga list yang perlu ditambah didlm mencri pasangan dizaman moden ini...jgn kawin lelaki yang pemalas, pengotor, tak tahu tanggungjawab membantu isteri dirumah, yg hanya tahu semua kerja org pppuan, dia sbg lelaki kena nganga mulut sj. dia sahaja ada suara bini tak boleh bantah walau dia salah, control freak, kedekut duit pada isteri dan keluarga isteri, pada ibu dan mertua. yg mempunyai mentaliti kotrolfreak inilah kena dielakkan. dan yg anak manja tunggal yg dididik tak sah masuk dapur, tu suma keja org ppuan, yg nampak pemalas , cincai dan tak boleh terim pendirian org...stay away. dan macam macam lagiii...;

August 28, 2010 5:01 PM

Apa pandangan kalian? Dunia makin moden, wanita pun perlu memilih? Pada Dayah perlu *haihh ada la yang kata demanding!.. hahaha..* sebab macam mana esok-esok terbalik jadinya. Macam komen di atas. Suami jadi Isteri, Isteri jadi Suami? Adoh, susah ohh.

Dayah copy & paste dari web ini http://istiqom4h.wordpress.com. Kriteria Memilih Suami yang Baik mengikiut Islam:-
  • Memilih calon suami yang mempunyai agama dan akhlak, agar ia dapat melaksanakan kewajiban secara sempurna dalam membimbing keluarga, menunaikan hak isteri, pendidikan anak, tanggungjawab yang benar dalam menjaga kehormatan dan menjamin kewangan rumah tangga.
  • Memilih calon suami yang bukan dari golongan orang fasik tukang pembuat dosa yang dapat memutuskan tali persaudaraan
  • Berniat sungguh-sungguh akan menikah bila bertemu wanita yang sepadan setelah melihatnya sewaktu meminang
  • Mempercepatkan akad nikah dan tidak menggantungkannya untuk jangka waktu yang lama sehingga ada kemungkinan menyurutkan keinginan menikah dan membatalkan pinangan
  • Tidak berkhalwat ( pergi berduaan ) dengan wanita yang dipinang
  • Hanya berkunjung dan masuk ke rumah wanita yang akan dipinang bila di sertai mahramnya
  • Tidak melakukan pembicaraan batil dan sia-sia saat berkunjung
  • Tidak menyeringkan datang ke rumah wanita yang dipinang
  • Tidak mencuri pandangan yang dapat membuka pintu-pintu syahwat
  • Tidak mengambil pinangan orang lain
  • Sehat jasmani dan rohani
  • Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berbicara
  • Tawadhu (rendah diri)
  • Bergaul dengan orang-orang shalih
  • Menghormati orang tua wanita yang dipinang
  • Rajin bekerja dan berusaha
  • Optimis
  • Mengucapkan salam ketika berkunjung dan pulang
  • Tidak mengobral janji dan berandai-andai
Dan Dayah cukup tertarik dengan tafsir ini:-

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Untuk masa kini, dengan perubahan yang sangat cepat. Kita sebagai wanita juga kena, ubah mind set. Tak boleh, terus-terus kata "IYA" for me you are not married for tomorrow but until end of your life in this world. Jangan pula ada yang kata saya tak galakkan berkahwin, bukan begitu, carilah yang sekufu dan boleh membimbing dunia dan akhirat. Banyak dah, kes cerai! Banyak dah kes nafkah tak di beri! Banyak dah kes bini kena bunuh! Kerana tekanan hidup kini ramai yang tidak sedar, mereka mempunyai masalah mental. Sihat fizikal belum tentu mentalnya sihat ya. So kawan-kawan jaga mental kita supaya sihat selalu, amalkan pemakanan yang sihat juga serta gaya hidup yang sihat.

D_Y_H
Akal yang sihat bermula dengan cara hidup yang sihat.

Monday, August 30, 2010

Kebakaran kereta near my office.. hati-hati di jalan raya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru je sekejap tadi berlaku kebakaran kereta near my office. Dari pandang tingkat 6 boleh nampak jelas

Nampak x api? Dayah tak tahulah apa jadi dengan orang dalam kereta tersebut. I think car.

Kita orang dekat office, buat macam-macam spekulasi. Orang tu dah burning la.. orang tu selamatlah..

Bomba dah sampai. Less dalm 5 minute kebakaran tu selamat di padamkan.

Knowing Malaysia ppl, they love to make traffic jammed. Ini ok la lagi. Highway KL-Putrajaya ini sepanjang Dayah dekat sini, never seen any traffic yet. Smooth aje.

So guys, sedikit pesanan. Jikalau melalui jalan yang ada kemalangan, jangan perlahankan kenderaan anda & jangan memecut macam di litar F1! Kalau perlahankan kenderaan, akan menyebabkan sesak & kalau laju macam schumaker karang tak pasal-pasal berlaku satu lagi accident.

D_Y_H
Tak clear sama ada itu Kereta @ motor. I guess Kereta. Harap-harap mangsa tu selamat. Kita tengok je la berita karang ya.

Thursday, August 26, 2010

Jangan berkahwin dengan wanita yang punya 6 sifat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam petang Khamis kawan-kawan. Sekadar sedikit perkongsian yang Dayah baca. Buat kawan-kawan wanita yang belum berkahwin mahupun sudah, renung-renungkanlah. Adakah sifat kita sedemikian? Belum terlewat untuk berubah.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Toleh kiri toleh kanan. Adakah, kita tergolong seperti di atas? Jika iya perbaiki diri, supaya jadi lebih baik dari hari semalam. Terus panjatkan doa pada yang Maha Esa,



D_Y_H
Wanita itu cantik hanya jika disusuli dengan peribadi yang mulia. Cantik paras rupa tidak pernah akan kekal lama. Sebaliknya akan di makan usia. Cocoklah botoq berapa jarum pun kalau Allah tak izinkan maka buruk tetap buruk.

"Aku tidak minta" - rintih seorang wanita

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera,

Perkongsian luahan perasaan seorang teman yang Dayah pendekkan. Mungkin ramai di luar sana menganggap wanita ini mudah di pergunakan. Kasihanilah kami, wanita yang perlukan bimbingan. Bukan di hina sesuka hati. Hormatilah kami.
Aku tidak minta di layan bak bidadari
Aku tidak minta di ulik seperti bayi
Aku tidak minta di humban wang dan permata
Aku tidak minta di hujani fitnah

Aku cuma minta hormatilah aku
Sebagai seorang wanita yang punya maruah diri yang perlu di jaga sebaiknya untuk "adam" yang telah di jadikan buat dirinya yang kamu gelar "suami"

D_Y_H
Dayah kepenatan la hari ini. Penat otak berfikir.

Wednesday, August 25, 2010

Puasa dengan penuh kesederhanaan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Macam mana puasa? Sudah hari ke-15 kan. 1/2 month lagi to go. Orang dah sibuk nak beraya. Dayah tak rasa pun nak raya.. hehehehe. Syok puasa. Alhamdulillah, masih penuh ^^____^^ weee.. syok!

Kalau jalan-jalan p blog kawan-kawan, tu dia meleleh ohhhh... macam-macam juadah ada. Sampai penuh meja dan yang sampai tak muat meja! Habis tu hangpa makan tang mana kalau meja dah penuh? huhuhu.. Sabar na. Baru sehari tak makan, tak sampai seharian pun. Cuba kira berapa jam. About approximately 13 jam setengah la. Cuba bayangkan, orang yang tak makan lebih pada tu kesiankan. Jadi kawan-kawan muhasabah diri. Same goes to me also la.

Dayah bulan posa tak adalah rajin nak masak. Rajin nak makan je. Hahahaha. Kalau weekend tak di penuhi aktiviti berbuka bersama teman, mungkin akan bersilat di dapurlah. Jika tidak Cik Aten sahajalah sibuk menyediakan semua juadah berbuka. Syabas ATEN! Lepas ni hang boleh buka kedai. Dia bukan masak untuk 1-5org makan na.. Tapi 20-30 orang makan. Begitulah rumah saya hari-hari. Ramaikan.

Nak di jadikan cerita, Dayah hari Ahad yang lalu telah rajin masak. Masak la sikit-sikit, antaranya Kari ayam pekat di makan bersama ROTI JALA ATEN yang bestnya. Cik Aten telah membancuh ROTI JALA PINK!! Ulang PINK! hahahahaha.. sayang you darling. That is one of my fab warna taw. Hahahaha.. mesti ada yang kata ohh ladiesnya kamu =P

Tu dia! Roti jalan finkkkkk... bersama kari pekat Dayah.. huhuhu.. sedap! Boleh kita gabung aten buka kedai roti jala.. muahahaha..

Ha. Nak habaq ni, mungkin yang kenal rapat Dayah taw la. Mama Dayah ni ada meniaga ayam percik tiap-tiap tahun without failed dari tahun 1990an lagi. Siapa dok dekat Seri Serdang mungkin selalu la kot beli. Alhamdulillah inilah rezeki ramadhan mama. Abah? Biasalah sibuk dengan kerja dia. Tapi kadang-kadang ada sahaja abah kat bazaar membantu. Ikutkan hari-hari kot dia ke sana. Siapa nak bawa lori oooi... semua staff dia balik after 5. Maka pukul 2 ptg lagi dia dah jerit2 nak hantar lori ke bazaar. Itulah riuhnya abah.


Inilah Ayam Percik Mama! Orang lebih kenal dengan AYAM PERCIK HIDAYAH! *tumpang famous you! hahahaha padahal memang famous pun.. alamak matilah puji diri sendiri.. hahahahaha* sampaikan orang panggil mama Dayah .. HIDAYAH! Apa kes! Mai nak habaq. HIDAYAH tu nama saya DAYAH ni tuan punya blog. Mama saya namanya SITI. Jauh benarkan. hahahaha. Apa nak buat. Layan! Kalau sapa-sapa terasa nak pekena ayam percik, boleh p try. Kalau sedap mai beli lagi na. Kalau tak sedap, maafla yer. Mama saya pun ada buat katering taw. Habaq mai nak makan berapa ramai menu apa? Sure akan cuba di layan sebaik mungkin, ada client yang tak puas hati mai la habaq kita manusia tak lepas buat silap kan. Ampun kan kami, hehehe.

Kawan-kawan jom kita renungkan apa kata nabi junjungan, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”


Huraianya:-

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:-
  • Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
  • Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
  • Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
  • Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Selamat menempuh separuh ramadhan lagi dan selamat beramal ibadah.

P/s : Buat adik-adik saya yang membaca. Bermaaf-maafan lah yer. Tak elok bermusuh lama-lama. Maafkan along tak sempat nak tegur dari awal. Kerana sikit persengketaan, seluruh keluarga turut sama bermasam muka. Sampai bila kita hendak sesama kita simpan rasa dendam dan benci? Sampai salah seorang di bawa jenazahnya ke kuburan? Pastikah kita esok masih ada buat kita? Semua salah sangka perlu di uraikan. Bukan melarikan diri atau berdiam diri. Kita masing-masing dah besar, sampai bila nak musuh? Sampai bila nak saling menuduh? Masing-masing dah dewasa. Along tak pandai nak tegur korang, nanti takut berat sebelah katanya. Selesaikan masalah yang korang rasa kecil tapi sebenar telah buat Abah / Pak Long monyok sepanjang masa.

D_Y_H
Kadang-kadang kita rasa sukar untuk memaafkan tapi kita kena belajar memaafkan.

Monday, August 23, 2010

SAYA HAPPY SANGAT! HAPPY SANGAT!

Asslammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Korang taw x.. DAYAH HAPPY SANGAT2!
I'M PASS! YAHOO, Semua orang dalam rumah kena peluk & Kiss.. auwww..
I'm so HAPPY, thanks Allah ^^__^^

Buruk perangai Dayah melompat-lompat satu rumah... muahahaha...

This my classmate P1 @Uitm.. Hopefully you guys make it also... I'm happy! Yahooo.. buang semua sedih yang baru singgah. Syuhhh syuhhh lari jauh2! InsyaAllah, will do my best again in next coming exam. Amin.

D_Y_H
Pewww best sgt! Tak terucap gembiranya. I know how difficult it is. theeeeheee.. happy you all. Hopefully all of you having a very2 good day also ya ^^___^^

Sunday, August 22, 2010

Pasai apa sikap hasad ada pada manusia? - In Southern California, a Very Local Mosque Dispute

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru beberapa minggu lepas kita dengar berita tentang pembinaan masjid di US kan? Korang dengar news tak? =P

Dayah memang jarang tengok TV. Selalu akan membaca di internet sahaja. Tengok cerita tertentu pun di internet. See, how diff my life now.

Tadi berlegar-legar di TWITTER, sekali ada alert from TIME. Baca tajuk pun dah buat seram satu badan. Apa lagilah. Baca dulu yer kawan-kawan, komen kemudian.

In Southern California, a Very Local Mosque Dispute By Kevin O'Leary Saturday, Aug. 21


Temecula, California, has little in common with New York City. But the debate over a new mosque in the sleepy suburban town east of Camp Pendleton echoes many of the themes expressed in the controversy surrounding the Park 51 Islamic center to be built near the World Trade Center site.

In Southern California, the question is whether the Islamic Center of Temecula Valley should be granted a permit to build a mosque on land it owns next to two established churches. The Islamic Center presently holds prayer services in a warehouse next to a pipeline company, down the street from a smog-test station and masonry supply yard. And during Friday prayers on July 30, around 25 local conservative activists stood outside shouting slogans of hate through a bullhorn, carrying signs with messages such as "No More Mosques in America" (WHAT!!), and brought along several dogs, hoping to offend Muslim sensibilities.

"We've never had a problem with anybody before this," said Iman Mahmoud Harmoush, the Center's spiritual leader and a lecturer at California State University, San Bernardino. "It is common sense that you don't disrupt a religious service by creating noise and bringing dogs." (Kejam sungguh! Binatang haram tu juga saja di bawa!)

Some locals, however, rallied to the Muslim community's defense. "We had about 75 people in solidarity with the mosque," said Rev. Joe Zarro, co-chair of the local interfaith council. "The Temecula area is very fair and tolerant. There are a lot of social conservatives but they mostly support the mosque. The people speaking out against the mosque don't have any relationship with Islam and are coming from a place of ignorance."

Certainly, from a place of paranoia: �One of the anti-mosque protest leaders, Diana Serafin, 59, says Muslims want �to take over the United States from within. "We have a constitutional right to freedom of religion," she argues. "But Islam is more than a religion. It is an ideology to enforce Sharia law [Islamic jurisprudence] in America, and Sharia law is in direct contrast to the American Constitution."

The proposed 25,000-square-foot mosque would be approximately the same size as the churches next door and hold between 150 to 300 worshipers, say mosque officials and city planners. Assistant Temecula City Manager Bob Johnson says the city will do a traffic study before the mosque goes before the Planning Commission for final approval in November. In addition to the protest and a petition drive against the mosque, the Islamic Center of Temecula must also contend with a church neighbor whose pastor is anything but friendly.

Pastor Bill Rench, whose Calvary Baptist Church sits just across the cul de sac from the mosque site, says Islam and Christianity are like "oil and water" and that Islam is "intolerant at its core". He argues that when Islam becomes dominant in a society, "you also see a repression of freedom of speech and religious expression. In my view, building a mosque in Temecula would act as a magnet. It would embolden the more aggressive acting on the beliefs." (prejudice nya mereka! Islam itu Indah, Islam itu adil) In an interview with TIME, Rench accused the Imam of refusing to disavow Islamic terrorism. Harmoush says this is patently untrue. "Unconditionally, I have explained to him (Rench) and others, that I disagree and condemn all sorts of violence by the mentioned organizations," Harmoush explained. On Tuesday, Rench and Harmoush squared off on CNN in an interview conducted by John King. They did not bridge their differences.

Ron Patterson, 65, says a lady recently canvassed his nearby neighborhood with a petition to stop the mosque. She told him that 3,000 people would be attending the mosque with services three times a day. The retired mailman signed because he is concerned about increased traffic and about possible religious extremists. Patterson says he thinks the mosque will be built. �"I am sure most mosques are perfectly fine, but it is a natural concern.""If the city says okay, what are you going to do? It's freedom of speech and religion."

Antagonism towards Islam in Temecula breaks largely on generational lines. At a small well-manicured park near the churches and proposed mosque, a group of young adults playing basketball tended to shrug off the controversy. Finishing a jump shot, Dante Paez, a 29-year-old African American, said, "I am not religious, but it seems something like that should never be wrong. I say build it." Paul Lopez, 34, added, "Why are people mad about something that brings joy to people. To each his own." (Setuju!)Brianna Bowers, 16, has Muslim friends and said there had been discussions about the controversy at school and at her home. She says her Muslim friends observe that there are dozens of churches in town and wonder what is wrong with building one mosque. (Iyer betul, just one!! Not thousand!) Bowers, who is African-American and Latino, says, "I think it would broaden the culture in Temecula."

At a local shopping center, Disa Dearie, a 39-year-old mother of four and born-again Christian was not hostile to the local project, although opposed the New York City one. "I don't have a problem with the mosque down the street," she said. "[But] I have a problem with the mosque in New York at Ground Zero. The mosque in New York is an aggressive affront to our nation. I believe in religious freedom, but a landing gear fell on that site — why not a non-denominational chapel?" She said opposition to the local mosque in Temecula came from older residents, not from her peers.

Sumber: TIME

Itulah ceritanya. Tapikan, issue ini bukan setakat di bincangkan di US semata-mata. Baru-baru Dayah dengar dari mulut seorang sahabat ada kawan setempat kerja yang membincang issue ini. Nak taw antara cakap-cakap dia orang apa, ini translate nyer.

BI (a) - Tahukan dia orang nak bina masjid, white house dah lulus?
BI (b) - Yap!
BI (b) - Saya pun tak faham kenapa dia orang nak luluskan

Sahabat yang sedang khusyuk buat kerja, terus tersentap hati dan jiwa. Ya Allah, kalau Dayah pun. Kenapa perlu persoalkan?? Rumah ibadah pun mahu di persoalkan? Yang pelik, selalunya dia orang akan bercakap dalam bahasa ibunda mereka. For sure, sahabat saya tak faham. But they are talking in universal language which semua orang akan faham.

BI (a) - Awak tahu apa? Dia orang bina dulu lepas sampai satu ketika, ia akan jadi seperti peristiwa 11th September

MasyaAllah, mereka di Malaysia? Sepatutnya mengerti apa itu kebebasan beragama. Kenapa ramai yang tidak senang dengan Islam? Prejudice sungguh mereka. Mereka anggap Islam itu terrorist? Kenapa? Islam bukan terrorist! Segelintir yang jadi begitu kerana desakan dari musuh Islam. Ingat! Berapa ramai, anak-anak kecil, wanita lemah dan pejuang2 yang tidak berdaya di bunuh kejam? Ingat! Di Palestin, sekatan di buat Isreal tanpa kuasa besar campur tangan. Melihat dengan mata sahaja. Tidak ada langsung, tindak balas. Malah terus melihat dan terus melihat.

Mereka lebih kejam! Adakah berjuta rakyat Palestin tidak layak hidup seperti manusia lain? Ada perubatan yang sempurna, sekolah sempurna, nutrisi sempurna, tidak takut di bom, di tembak dengan kejam??? Kenapa mereka tidak boleh??? Mereka mahu menutup mulut masyarakat Islam dengan kelulusan pembinaan Masjid. Bila issue pembunuhan kejam Israel riuh satu dunia. Logik kan!

Bila masjid hendak di bina, timbul pula issue "dispute" kenapa? Bumi Allah ini luas, dengan wujudnya Masjid itu tidak mungkin sama sekali kami menganggu hak agama lain. Ia cuma masjid tempat beribadat umat Islam. Rumah Allah.

D_Y_H
Di Malaysia sendiri pun ada yang tidak suka akan Islam. Kawan-kawan, dalam kita bercakap dan berhujah kita kena perhatikan kembali kerana takut apa yang kita sampaikan salah. Kerana itu perlunya mendalami ilmu Islam. Tidak pandai jangan buat-buat pandai. Dayah pernah di soal kenapa, "ada orang Islam yang minum arak?" bukan itu sahaja malah banyak lagi. Ujian.

Friday, August 20, 2010

Oh tegarnya (sedih) & tips dia milik kamu (gembira)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Sampai hati? Sampai begini? Tinggalku sendiri? Oh kejamnya? Oh sakitnya? Oh bencinya? Menyesal? Benci.. benci.. benci...

Name it, itulah antara kata-kata yang kamu ulang saat di tinggalkan. Betul tak? Huhuhu, budak tak tahu apa ;P Dayah terjumpa lagu comel ni. Sebab tu nak share. Siapa-siapa yang baru frust bolehlah layan lagu ini. Jangan nangis sudah la ek. Bazir airmata je weiiii!! Life must go on and forget about your past. Ingat! Kita yang corak hidup kita! Nak dia HITAM .. makan HITAM lah warnanya. Mahu PUTIH makanya PUTIH lah ia. Mahu PELANGI jadilah ia PELANGI. So guys, its your life. Wake up! Buang sedih dalam hati, terbanglah bebas di bumi Allah ini. Selagi kita di beri waktu untuk terus menghirup udara duniawi.



Sedikit tips untuk di kongsi, hasil pembacaan Dayah la yer.. lama dah ni.. rasanya kalau korang google jumpa je benda alah ni. Time dok study nun jauh kat KK lagi benda ni. Dayah edit sikitlah ek. Mudah. Panjang berjelar2 penat pulak nak bacakan.

Petanda 1
Kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.

Petanda 2
Kemampuannya bersikap bersahaja. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah?
Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit?

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.
Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

D_Y_H
"Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai" sardis nengok berita isteri kena pukul, kena simbah asid!! Sampai hati suami diakan

Everything you need to know about the Corporate World

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Happy Friday everyone ^__^
Hopefully we start our day with big smile and forget about sad story happen in our past, forget it ok! Help yourself, no other person can help except YOURSELF!

Sharing is caring right? So let's me put something here and thing about it.

Everything you need to know about the Corporate World
  • Indecision is the key to flexibility.
  • You can’t tell which way the train went by looking at the track.
  • There is absolutely no substitute for a genuine lack of preparation.
  • Happiness is merely the remission of pain.
  • Nostalgia isn’t what it used to be.
  • Sometimes too much to drink is not enough.
  • The facts, although interesting, are irrelevant.
  • The careful application of terror is also a form of communication.
  • Someone who thinks logically is a nice contrast to the real world.
  • Things are more like they are today than they ever were before.
  • Anything worth fighting for is worth fighting dirty for.
  • Everything should be made as simple as possible, but no simpler.
  • Friends may come and go, but enemies accumulate.
  • I have seen the truth and it makes no sense.
  • Suicide is the most sincere form of self-criticism.
  • If you think there is good in everybody, you haven’t met everybody.
  • All things being equal, fat people use more soap.
  • If you can smile when things go wrong, you have someone in mind to blame.
  • One seventh of your life is spent on Monday.
  • Every time you make ends meet, they move the ends.
  • Not one shred of evidence supports the notion that life is serious.
  • The more you run over a dead cat, the flatter it gets.
  • There is always one more imbecile than you counted on.
  • This is as bad as it can get, but don’t count on it.
  • Never wrestle a pig. You both get dirty and the pig likes it.
  • The trouble with life is, you’re halfway through it before you realise.
I called this "4 MUST" ;P
Copied from GOOGLE la! =P

Yes YOU AND ME need all 4 above! FREEDOM, MONEY, STABILITY & LOVE! Agree??

D_Y_H
I read this in Accoutant Today, somewhere in Aug 07

Thursday, August 19, 2010

MAJALAH 3 : 14 Ogos 2010 Hidangan mata yang menarik semoga palestin bebas suatu hari nanti

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah tengok edisi bantuan ke Gaza. Membawa ubat-ubatan ke sana dan sukarelawan serta wartawan.
Liputan yang menarik.
Teruskan memberi sumbangan kawan-kawan.
Banyak NGO yang ada kita boleh hulurkan sumbangan.
Tak lupa DOA, jika kita tak mampu memberi wang ringgit.

MAJALAH 3 : 14 Ogos 2010

Qamat & Qunut - Jangan kita jahil belajar jika tidak tahu

Assalammualikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Dah lunch? Tentulah dah kan bagi yang bukan beragama Islamlah. Selamat menjamu selera kawan-kawan. Buat yang berpuasa, selamat menambah amal ibadah di bulan mulia ini.

Ada satu video yang Dayah nak kongsikan dengan semua. It' so funny! Damm funny! Tapikan janganlah kita jahil seperti ini



Kalau kita tidak tahu, bukan kita wajib untuk menuntut ilmu. Inikan pula tuntutan solat yang wajib. Sama-sama kita dapat iktibar dari video ini.

Atas permintaan, Dayah letak dekat sini Doa Qunut ya kawan-kawan (sumber dari e-zakat - Lembaga Zakat Selangor)


DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.



D_Y_H
Belajar jika tak tahu, tuntut ilmu dari yang tahu jangan salah pilih guru kelak rosak diri.

Exam results are out in the week ......

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Best of luck with your results on Monday!!!

Yawwww! Best of luck to me!

I know.. I know.. its gonna be something bad again. Ya Allah, I'm redha. I know where my strength and where my weaknesses. Thank to Allah for this opportunity. InsyaAllah, I will do much much better next coming exam. AMIN.

D_Y_H
Very short

Wednesday, August 18, 2010

Its makan time! I enjoy every food I eat. n you??

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Makan! Makan! Makan! Cerita ini telah berlangsung lamanya. Beberapa minggu yang lalu. Al-kisahnya Dayah telah mengangkut officemate makan durian. Hehehe. Sudah bertahun lamanya Dayah tak makan durian. Atas sebab tak mahu bawak balik rumah, iyerlah mama & abah memang dah lama tak makan ohhh. Sekali tahun ini, semua orang gila kembali makan durian. Sampai penatlah marah Abah. Dia tu bukan boleh makan durian, tapi degilnya!

Nak marah, bapak! Nak pukul! Hang gila!!!! hahahaha.. Dak aihh gurau na.. tulis sahaja. Tak pasal-pasal besok hangpa baca surat habaq muka depan sekali "Seorang blogger pukul bapa gara-gara sebiji durian" wakakakakaaka.. ayoyo.. berangan lebih... hihihi..

Pernah satu malam tu, elok parking kasut kerja elok2 dalam almari *hari tu.. hahaha.. hari lain mama yang simpan =P* sekali nampak sebungkus palstik oren penuh derian! Terus membebel, buka peti ais.

"Siapa punya kerja beli durian ni!!!!" *jgn cuba bayangkan saya macam minah murai tercabut ekoq na.. haip!*

"Hang lorat pasai apa?" abah tiba2 muncul.

"ni siapa beli durian ni??"

"mak hang la kot" eceh, mama ke? Sejak bila?

"besok abah pesan kat mama beli buang mai satu kontena parking elok depan rumah, pastu Abah makan sampai muntah!"

"Dah tau tak boleh makan durian... bla.. bla.. bla.. bla.." ambik ko.. Cik Dayah mulut murai tercabut ekoq dah membebel.

"Hang marah aku la ni" kantoi! hahaha.. Abah yang beli la tu. Bukan nak marah esok dia p jadi lagi doktor sendiri cucuk insulin suka tok moyang dia. Dos doktor bagi tak ikut. Haishhh, abahku.. abahku. Hebat! Tu yang sampai Hypo tempoh hari. Ish seram. Lepas pada tu kurang sikit aktiviti durian beliau. Hehehehe. Tapi sat je.. seminggu lepas tu dia buat stok baik punya. Pack baik2 boh dalam peti ais! Ish abah.. abah.. bulan posa ni .. nasib dia tak buat dah. Kalau dak ada lagi minah murai tercabut ekoq mulakan kerja. hahahaha..

Here we go.. tara.. inilah geng2 office yang Dayah angkut. Hehehehe.. paling depan n comel itu Kakak Lai Fun, ehh baik mula dari kanan lebih afdal.. hihihihi.. paling kanan dan comel itu adalah Ms. Goh atau nama sedapnya Swee Teng, amoi cantik and kurus itu pula Ice, masa mula2 dengar nama dia ingat dia main2 siap Dayah kata... "haa! IceCream" ekekekee.. tergelak orang ofis, hehehee.. ohh yang comel seperti di perkenalkan.. Kakak Lai Fun.. sangat concern.. love u la che che.. sebelahnya pula sahabat baik sehidup semati Kak Lai Fun adalah Agnes.. kakak ini memang kerja dia tak reti internet. Kat ofis kerja je dia, mana layan fb. fb ni semua. Katanya tak reti, fuhh untung bos. hehehe.. Dan paling hujung sebelah kiri adalah Kakak Lida, sweetkan.. kakak ini pembuat kerja pantas. Hebat ohhh, dah qualified accountant .. jeles ohh.. tak pe kak... akak kan lagi tua.. hahahaha =P .. jangan marah kak nanti berkedut.. hehehe..

Ohh ... DURIAN! Bulan posa ni tak ada pula selera nak makan durian. Hari2 kalau boleh nak sup sahaja. Tapikan tadi Dayah baca dalam WANITA, sup adalah makanan merbahaya kerana mengandungi kandungan GARAM YANG TINGGI! OMG! Kena avoid ni! Habis tu?? Nantilah Dayah cari menu sesuai, sebab Dayah notice setiap kali makan nasi .. I'm sure all body akan gatal2.. konpius.. dah macam monyet kena kutu.. tergaru-garu.. cek badan tak dak pun merah2.. haishhh.. adakah ini petanda saya akan kurus... wakaakakakaakaka.. silalah gelak.. jangan sampai jatuh kerusi sudah =P

Kak Lida sempat ohhh bermesej dgn tut tut tut.. "sedap ohh durian ni!" jeles orang sana.. hahahaha..

Inilah "ABG DURIAN" hah! Abg... hahahaha.. nak bodek murah punya pasal kan.. sekali.. dia charge RM5 sorang terus. PAKCIK MANGGIS TU 5kG! hahahahaha.. ambik ko.. terus tukar .. murah wooo.. RM10 je 5Kg.. tapi Pakcik tu baikk, dia kasi kita orang 6kg sepuluh hinggit! OMG! Borong beb! Seorang ambik sepoloh hinggit.

Pakcik tu kata kita orang slow! Adoyai.. pakcik kita orang ni perempuan melayu terakhir! Kenalah jaga ketatasusilaan kan.. Karang makan laju2 .. gelojoh la pula. Kenalah sopan dan kunyah sehingga lumat.. hahahaha.. adakah durian perlu di kunyah lumat dayah oiii!! hahahaha.. layan!! =P

Hang pa tengok mulut masing-masing.. menikmati ohhhhh! Heaven!

Kakak Comel yang excited makan manggis! Nak taw tak manggis sejuk dari peti ais sangat2X sedap! Tak caya.. beli n keep inside fridge.. lepas tu buka.. ohh gebunya! Not watery sangat.. kecualilah dalam mulut =P

Ohh hooo.. manggis everybody.. sambil di hidangkan dengan bunyian air terjun .. ia sungguh seronok.. damai dan tenang sahaja..

Nanti kalau rajin, Dayah nak terjah lagilah tempat ni. Angah hantu durian, kalau ajak dia mesti dia nak nak nak punya. Hari tu try musang king! Perghhh terasa sengal lelangit. Strongnya! Tapikan Dayah suka sungguh durian hutan! SeDAP ohh... yang macam rambutan tu.. kecik2.. durinya lebih panjang2.. Kalau buka satu maybe dalam 1-2 ulas je dapat.. tapi sedap giler!

D_Y_H
Ohh... kebusyan melampau.. sejak2 kebelakangan ini .. mana nak field work.. mana nak review file.. mana nak siapkan report.. mana nak siapkan WP.. huhuhu.. dugaan... dengan Admin work.. Mujur lepas dah satu meeting. Fuh lega! & paling best AC sangat2 setuju dengan recommendation saya although partner kata dia tak confident! Yea yea! Tak sia-sia. Alhamdulillah. Tapikan, AC tadi selamba je hidang aiyaq! Haishh tak hormat orang berpuasa langsung. Tahulah majority bukan Islam. Apakah salahnya, menghormati sikit. Corporate world memang macam tu agaknya. Mentang2lah BOD islam dia sorang je. Apa2 lah.. esok hari baru ... ehh terpanjang pulak bebel kali ni.. hahahaha.. almaklumlah.. lama tak menconteng kat sini.. ada orang tunggu tak Dayah menulis? wakakakaakaka perasan la mu ni Dayah =P