Slider

Sunday, May 30, 2010

Susahnya kalau kita sendiri tidak mahu berubah dan pandang lekeh pada bangsa sendiri

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tajuk entri sungguh panjang. Adakah petanda entri ini juga bakal panjang. Hehehe. Tidak yer kawan-kawan. InsyaAllah, cuba untuk jadikan ia pendek.

Ini adalah petikan dari blog SRI

Wednesday, May 26, 2010

Mentaliti kita......

hahhaha...da lama x update blog...x tau nak cerita pasal apa...
ahhhh bosan jak keja...xde keja sangat....eh!!!geram!!!asal lar dealer x ada pembahagian client sama rata...ish...xpaham2...dah cine...of course nak cari cine gak...tp yg aq x paham nie...melayu pon sama nak cari cine gak,...abes tuh dealer melayu camna????tu belom lagi kes remisier....kdg2 x paham tul...owg cine g ngan dealer cine leh lagi pham...bab dowg ak cakap cine..tp kalu melayu..aq x paham...masyarakat melayu x amik sikap cine nie yg bagus..dowg suka menolong sesama sendiri dlm urusan perniagaan..tp melayu...hmmm selalunya mereka akan dengki sesama sendiri sampai guna black magic pon ada...aduish...x paham betul la...nie lah mentaliti owg melayu yg x nak ubah....mcm mana kita nak maju....kalau bangsa sendiri x nak tlg menolong..sejak keja jd dealer nie...napa owg melayu akan cari jurujual cina???kita kena jd dr c2...sebab diowg nie sweet mouth tau dr segi perniagaan....kita kenalah contoh dowg...bukan nak memuji tp nak amik iktibar dr sikap mereka.....bagi owg melayu yg jadi jurujual...tlg jgn sombonk melayan customer...how good a chinese people treat us, we need to follow their attitude......

Betul apa katanya. Kadang-kadang kita terlalu membangga dengan keupayaan orang lain sehingga terlupa periuk nasi kita di tutup. "Black magic" tak payah cakap. Dengki mendengki sesama sendiri cukup menggerunkan. Tapi apakan daya,
"aku memang tak sukalah dia tu"
"dia ingat dia bagus sangat!"
"kau tunggulah!"
"Hidup kau tak akan senang"
"Bisness kau mesti lingkup lepas ni!"

Hasad dengki tidak membawa bahagia, sebaliknya meninggalkan titik hitam dalam hati serta memusnah diri sendiri serta orang lain. Untuk apa bahagia yang cuma seketika tetapi sengsara seumur hidup.
Say "NO TO SYAITAN!!"

Antara kata-kata ugutan yang mungkita pernah dengar dan tidak mustahil selepas itu mencari bomoh-bomoh, dukun-dukun atau ilmu-ilmu tertentu untuk menganiyai orang tersebut. Kasihan. Niat hendak berniaga di musnahkan rakan @ keluarga sendiri @ bangsa sendiri.
Jaga penglihatan kita, awas! Jangan biarkan iblis bebas menguasai pandangan kita.

Persoalannya kenapa perlu, bermentaliti sebegitu? Bukankah lebih baik kita mendoakan dan membantu mereka berjaya. Jadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk kita turut sama berjaya.
D_Y_H
Tidak sukar menjadi sesuatu itu realiti kerana didunia ini tidak yang mustahil kecuali jika ANDA ingin menjadi TUHAN! Itu mustahil, kerana kita ada PENCIPTA yang Maha Esa.

Outing with her ^____^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Rindu gle!! Pergh.. tak boleh nak duduk diam apa tak nya internet out of service! Nak baca blog tak boleh nak update apatah lagi. Banyak benda berlaku lately.. Hehehe..

Tak ada apa-apa aiihh.. sekadar cerita-cerita biasa berlaku dalam hidup seorang wanita yang terlalu biasa heeeee ^__^

Jumaat lepas, Dayah cuti!! hahahaha.. mcm orang lain tak bercuti ek? wahahahaha.. Plan baik-baik, nak outing out from KL. Ajak Cik Elly sekali. Sangat suka. Dah lama tak outing berdua-dua dengan my budies ni. Dulu zaman kampus hari-hari. La ni masing-masing busy. Kalau Dayah balik lewat kerja, Cik Li pun sama je. Dua-dua memang sangat komited, dari dulu. Ingat lagi masa dulu kalau ada aktiviti Dayah sibuk, Cik Li mesti ada sama dan syukur semua projek kami berjalan lancar dan success.

Tempat tujuan kami adalah, PD. Ambil Cik Li dekat rumah pun dah dekat 11.00 lebih. Pusing punya pusing satu Bangi cari cake. Kedai kek pun tak nampak. Alih-alih jumpa juga. Syukur, cepat-cepat jemput Cik Li and terus ke destinasi. Tujuan, berjalan-jalan di tepian pantai. Jalan nak pergi sangatlah jammed. Selalunya boleh sampai 45 minit, kali ini. Dekat 2 jam baru sampai.

Perut yang lapar di isi dengan laksa dan air kelapa. Puas juga mencari parking. Puas juga pusing-pusing before decide to Telok Kemang, lunch.

Laksa ini nampak biasakan? Tapi sangat sedap. Semuanya terasa. Dayah rekomen kepada kawan-kawan yang ke Telok Kemang merasa. Lokasi di public beach, telok kemang. Gerai berhadapan laut paling hujung.

Birthday girl with her air kelapak ^__^ sedap! Rasa best je. Dengan udara sepoi-sepoi bahasa. Syok, kalau lepak2 sambil makan laksa yang sedap ini.

This is her cup cake that I bought. Colorfulkan. Hehehe... hari cuti, jadi ini sahajalah yang dapat di cari. Next year, insyaAllah akan di usahakan mengorder lebih awal. Tapi adakah awk masih single ketika itu? Hehehe. Wishing all the BEST in your future. Setiap cerita kita kadang-kadang sama hehehe ;P

Inilah dia Cup cake yang colorful, Dayah panggil "Kek budak tadika" kekekekeke.. comel je color dia kan..
Then we go to pantai, jalan-jalan mengambil udara petang yang aman damai. Sambil mencuci mata dengan pemandangan laut yang sejuk mata. Kenapa Dayah suka pantai?
-Sebab angin dia best
-Sebab syok main pasir
-Sebab best main air laut
-Sebab udara air masin kadang-kadang harum dihidu
-Sebab boleh luahkan semua terbuku di kotak fikiran, hati ke laut yang dalam
-Sebab laut sangat luas dan terlalu banyak yang boleh kita terokai & belajar darinya

Lihat ini sahaja. Siput yang terdampar di tepian gigi pantai. Antara hidupan laut yang kerap kita lihat. Cantikkan
Ketam ini telah tiada hayatnya. Cuma bangkainya sahaja. Tapi ia tetap kelihatan hidup. Ia tampak menarikkan.

Happy Bithday, Elly!








With Elly di tepian pantai.. hehehe..














Bergambar berdua...

Teringin nak bercuti yang lebih panjang dan dapat merehatkan fikiran dari semua semak-semak kerja. InsyaAllah, akan ada. Cuma perlu Dayah fikirkan masa dan planning lebih awal.

D_Y_H
Tiba mati idea berfikir. Akan di update lagi ^___^

Thursday, May 27, 2010

Merembat-rembat segala-gala ^______^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Yeahhh hari ini Dayah telah keluar bershopping sakan barang2 rumah. Sedikit barang makan, penjagaan diri dan juga kecantikan rumah. Berjanji dengan Angah & Sri di rumah. Yang pada niat asalnya Dayah mahu ke HQ nya sahaja tapi di bangkang sekerasnya oleh Angah, makanya ke Putrajaya, Presint Diplomatik sahajalah kami Berbelanja juga dengan sungguh sakan lihat sahajalah berapa banyak kami menyumbang

Weeeewwitttt banyak x? Hehehehe Juling mata. Sekali shopping barang rumah sebanyak ini. RM719.75 yer kawan-kawan. Omakkkaihhhhh, Ko telan apa ni Dayah? Banyak GLER!! Memang banyak. Tapi kami puas. Banyak hasil rembatan. Semua total barang di beli adalah 120 items. Hah! Ambik kau. Hehehe.. utk pengetahuan semua isi rumah Dayah ada 13 orang ke semuanya. Eleh sikit je tu Dayah oii! hehehe x de x de. Nak juga kata banyak. Hehehehe. Harap2 semua barang ini bertahan selama sebulan yer. Jangan esok ada yang buat pesta sabun, pesta susu, pesta sardin, pesta tuna, pesta ubat gigi. Mahu botak kepala den, beli lagi. Hahahahaha. Selepas itu Angah dengan semangatnya mengajak Dayah g makan dekat Mr. Kebab. Layankan aje hehehe

Bersungguh-sungguh dia taw! Yer yang baju kuning, ala-ala comel tu adalah Angah. Yang muka terkejut dan memerlukan CPR itu adalah Sri. hahahaha.. ada siapa2 nak bantu Sri ;P


Tadi Cik Sri kita ni putus semangat melihat bil, sekarang dia lebih bersemangat kerana sedang berangan di beri CPR oleh jejaka hensem. ekekekeke, siapakah itu? Jeng jeng jeng... oh ya itu pilihan minuman kami. Aten tan ton pun turut serta ya. Cuma dia pemalu untuk bergambar, hahahaha.

Ecehcehceh semangat Angah tuangkan minum buat bakal suami.. wakakakaka. auta semata-mata. Dia sengih ala-ala Angelina Jolie tu, sebab Dayah nak ambil gambar dia. Hehehe, oh ya air dalam botol itu SANGAT SEDAP! 1st time nampak. Bergas. Sri punya ni. Dia memang hantu air gas. Pantang keluar makan, tak sudah2 dengan air gasnya. Sri hati-hati, jangan berlobang perut tu nanti.

Ini Dayah punya, Chicken Sheesh Kebab *betul la kot.. kekeke lupa plak namanya* Not bad! Boleh la korang try ek. Cili tu rugi je dia bagi. Bukan Dayah makan pun. Hahahahaha.

Ini Sri punya. Grilled Chicken with Mandie Rice. Ayam tu rasanya sedap. Nasinya Dayah tak taw. Tak jamah pun.

Ini Angah & Aten tan ton punya. Grilled Chicken Wing. Notice tak setiap hidangan dia ada cili hijo tu. Agaknya la kan pak-pak Arab ni kunyah cili hijo ni macam makan karot la kot kan?


Ohh ini namnya, chicken curry ya kawan-kawan. Sumpah tak ada test curry langsung. Mungkin rempah mereka lain agaknya. Oily gler. But not bad la.

Dan ini pula adalah Tandori Nan Cheese. Sungguh tak berapa nak Cheesy. Tak rasa langsung ek cheese dia. Memang ko kedekut la!! Siap Dayah panggil waiter tu tanya betul ke ni Cheese Nan. Sampai mamat tu kata yer betul, Dayah pun kata tak ada Cheese. Sudahnya mamat tu nak angkat, agaknya nak letak cheese la kot. Tiba2 Angah menyampuk, ehh adalah cheese. Dayah geram terus cakap, tapi kedekut. Mamat tu pun blah, entah dia dengar ke tidak. Sedap lagi Cheese Nan dekat Q-Bistro & kat KL tu apa ntah nama kedainya. Melimpah2 cheese dia.. adehhh terliur pulak teringat!

D_Y_H
Penatnya mata membaca. Perut pula kekenyangan. Apa tah lagi syaitan dok berbaris kat kelopak mata ni. Makin berat di rasakan, seolah mahu katup, hoiiii berapa ramai ko syaitan menyibuk duduk kat kelopak mata aq ni?? Dengki eh, aq nak stadi ni!! Poh poh poh balik India!

Happy Birthday AWK

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

To my dear elly,

Happy birthday, eh awk dah tua.. hahaha




hehehe.. semalam, esok dan sampai bila-bila awk memang BEST




Bestkan masa dulu kat KK.. main hujan sama-sama.. gelak sama-sama.. senyum sama-sama... naik motor sama-sama.. shopping sama-sama.. sedih sama-sama.. semua cerita nak kongsi.. sama macam sekarang .. heeeee ^__^ walau sibuk tapi kita tetap simpan dalam hati AWK SAHABAT DAYAH

Esok jangan gelabah yer.. relax2 kekekeke.. org wish tak ada yang terkedu bila tiba-tiba.. kekeke nak gelak dulu ;P

Jangan panik, tengok movie dengan seronok yer Sahabat.. Chayok!

Horeyy.. Jumaat menanti pula.. yeah yeah..
SELAMAT HARI TUA WAHAI SAHABATKU CIK ELLY!

P/s: Single lagi ni, siapa nak masuk minang sila isi borang ^___^ weeee *awk jgn marah gurau je.. ehh x leh marah nanti cepat tua.. hehehehehe.. haip*

D_Y_H
Semoga sahabat terus diberkati hidupnya oleh Yang Maha Esa dan kami semua hidup aman dan damai hendaknya dunia & akhirat, Amin.

Wednesday, May 26, 2010

Keguguran itu suatu kebaikan???

oAssalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Haaaah? apa Dayah ngarut2 ni, siapa pulak keguguran ni? hahahahaha.. Bila masa Dayah ngandung lak ni? Kenapa kita orang tak taw? Bila Dayah kawin? hahahahaha *gelak guling2 tanda Dayah sihat.. kekeke.. haip org sakit kenapa pulak x leh gelak guling2? hehehe.. ntah -sambil angkat bahu -I'm innocent taw*

Teringat dulu2,
"uwaaaaa aku gugur lagi"
"Dayah, gugur!"

"huwaaa gugur lagi!!"


Adoi x leh tahan nak gelak guling2 gak! Wei, Dayah apa yang gugur2 ni x faham dah aq ni!! hahaha.. relax-relax. Tarik nafas dalam-dalam, wahai rakan-rakan sekelian. Cerita ini tidak ada kaitan antara hidup dan mati mana-mana individu di dunia ini.

hahahaha.. kisah di atas adalah dialog (BERWARNA MERAH) adalah kisah Dayah di kampus dulu. Hehehe, itu adalah trademark penghuni rumah apabila "benda merah" @ "tentera jepun datang" yer kawan-kawan. Hahahahahahahahaha, sebab itu rasa nak gelak guling2. Lawak giler bila ingat balik. Sebab lepas tu mesti ada yang menyambung,

"ehh tak apa boleh cuba lagi" wakakakaka x tahan dowhh.. hahaha boleh ek & di sambung lagi
"Sabar yer" wahahahahahaha..

Okok, Dayah terimbas kenangan A2-4-1 dulu di sebabkan - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
|

|

|

|

|

|

| - - - - - - - - - - - > hahaha.. scroll lagi yer ;P








hahahha inilah ceritanya "FATED TO LOVE YOU" keguguran itu membawa perubahan baik buat dirinya dan dia bertambah cantik dan paling penting tidak lurus dan bodoh-bodoh lagi. Gulp! Macam best je. Iyer, korang best!!

Dolu-dolu.. pernah layan beberapa episode cite ni kat mysoju *alah web tgk cite2 korea, jepun, tewan tu.. cik kiah taw x? cik midah pernah jengah?.. kalau idak tahu moh la singgah ... heee* Lama dah tengok dulu rasanya back to 2007 kot. Kawan-kawan jom ler kita tgk! Jom jom jom

D_Y_H
ate kamu ni Dayah lagi nak exm lagi dia mengiat .. hahaha.. sampingan yer.. hahaha.. okok.. back to reading my book ;P .. moga2 dapat mengingati apa yg saya baca, Amin.

Sunday, May 23, 2010

Exam buat gelabah bewak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Serius I'm gelabah bewak dah ni! Ketaq lutut2. P2 the most paper yang paling di geruni dan sesungguhnya bukan main-main atau teka-teki. Dayah blurr setiap kali memandang apa sahaja soalan dari P2. Kenapa ni?

Cool Dayah cool.. cool bebeh. Yakin boleh, Malaysia boleh. Horey. Berbekal beberapa hari lagi yang tinggal Dayah harus pulun sakan. Pedulikan MK yang tidak pernah faham akan kehendak saya. Asyik-asyik di persoal tentang tugas. Kalau hari-hari bekerja mahu hidup saya tak berkat selamanya. Apa tak nya hari-hari pun hati mengumam sendiri. Perkara yang lalu lagi diungkit-ungkit. Tentang kejadian Dayah tak mahu pergi dinner, kerana mereka buat di restoran cina yang di war-warkan "the best pork in town" Jaminan diberikan kami akan di tapaukan dengan makanan halal dari chilli's

Iya Dayah masih kurang senang apabila benda itu di ulang-ulang. Katanya kami anti-sosial. Waklu! Mana datang keselesaan kalau Dayah perlu masuk ke kedai yang sah2 HARAM. Sudah di explain dari awal. Kenapa tidak fikir untuk ubah sahaja venue??? Kenapa kami yang tidak mahu pergi dengan alasan venue yang tidak sesuai itu di persalahkan. Haiih itulah susahnya. Sudah di terang mahu lagi, mengungkit. Ahh lupakan. Menyemakan kepala.

ACCA lebih penting. Jadual waktu memang nampak free, tapi file yang nak review dia tak nampak la pulak? Untuk puaskan hati, I took alternative. Lebih senang hati. Tak mahu duduk ofis. Lebih baik ke tempat client. Kalau boleh nak off hp. hahahaha. gler melampau. Nak stadi P2 yang killing me. Yes P2 is killing my body not only head. Kenapalah benda yang mudah dahulunya kini terasa begitu payah. Wahh, aq sudah gelabah bewak!! help help

Sebelum habiskan entri, nak sudahkan dengan 2 lagu pilihan yang Dayah sangat suka dah tentunya MauMau dengan lagu RSVP *mula fikir apa kebenda la tajuk lagu budak ni.. hahaha tp best wooo lagu ni. suka hear to first melody* & Lagu Shahir dengan lagunya Kebahagian dalam perpisahan. Perghh dua2 mantap.


Maumau with RSVP


Shahir with KEHABAGIAN DALAM PERPISAHAN

D_Y_H
Mau makan + stadi.. nanti rajin tulis lagi ^__^

Food for life aka makan untuk hidup

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Life for food eh salah Food for life.. hahaha.. ada karang kena ketuk. Makan .. makan .. makan.. je ko ni Dayah!

Siapa tak suka makan kat sini, angkat tangan! Blueewekk tipu je, unless kita sakit ke kan. Mesti tak lalu nak jamah makanan. Sumbatlah apa pun kalau dah tak lalu memang ke longkang penghabisnya. Ingat masa lepas operation dulu, beberapa hari sebelum dan selepas memang tak lalu nak makan apa pun. Tapi hampeh selepas seminggu semua benda nak makan. Hahaha adoi la Dayah macam mana nak kecik ni!

Siapa suka Nando's? Dayah suka. Kalau di beri pilihan antara Kenny, Tomy *ini muskil.. halal ke? sbb ada serve liquor dlm premise*, dan apa2 lagi grill restaurant.. I would rather choose Nando's heee.. entah ek. sebab suka chicken grill dia kot.

Saat ini Dayah rasa meleleh.. hahaaha.. nampak sedap je ..

Jom p jepun. hehehe.. serang Sushi King pula. I'm not interested with raw food. Maaf tak boleh terima dek tekak. So I choose frying set. But my sister tak suka la pula. Katanya, this is last they all masuk. Oke, selamat! hahaha

See, food make ppl happy. Percaya atau tidak dengan membiarkan perut lapar, emosi anda akan turut terganggu. Dimana ketika perut sedang berkriokk kriokk itu bisa membuang lahar gunung berapi jika tersalah sikit. Hahahaha. Caya tak?

See Datin, always with her HP. Sometimes, I wonder "you have bf?" Paling tak dia akan pukul Dayah balik and said "eh, ko ni kenapa?" with bengis muka. Ko igt aq aku kesah! hahahaha. How times flies fast. Everyone is growing become WOMEN. This moment will be memories. Dayah teringat cerita seorang kawan, bila dah besar semua nak bawa haluan masing-masing dan ada yang lupa keluarga sendiri, asyik dok ikut kehendak laki or bini. Haihhh, scary dengar. Harap2 its wont happen to us. Despite along suka marah-marah korang, bebel2, but I DO LOVE YOU! Sob.. eh emo pulak Cik Dayah ni.. hehehe..


Fusilli Tuna yang di masak di tengah malam hari akibat kelaparan. Entah ek kenapa sekarang, my perut tak boleh lapar sikit. Kejap lagi dia punya pedih bisa sampai ke tulang2. So what I did, makan lepas tu. Masuk toilet muntah balik. Hahahaha. Nasib ko la nak, psiko sangat perut ni. So balasannya. I throw it after feel ok with my stomach. Tak pernah pun masak pasta ni. Mujur ada buat stock pasta. So lepas ini, next week la kan. Sempena gaji pun masuk. Kenalah stock up, barang dapur sikit instead beli sabun je. So angah & Sri, kita kena list apa brg dapur nak di beli. Maybe we can go to Mydin this time.

D_Y_H
Lapar la pula tgk makanan.. terutama tgk grill chicken yum yum yuum

Friday, May 21, 2010

Alahai adikku sayang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tengah dok stadi kepala pusing-pusing melihat sekeliling. Ternampak dua remeja perempuan duduk di kaki lima sambil menghirup kopi segar. Di jarinya yang panjang-panjang dan comel ada sepuntung rokok. Lalu di lalukan ke mulut dan di hembuskan udara kotor ke udara.

Cantik orangnya, tapi sayang kenapa kau sia-siakan waktu mudamu adik. Waktu sebegini layaknya tempatmu di sekolah melakukan aktiviti sekolah yang tak lama lagi kau pasti rindu untuk melakukannya semula. Tapi ketika itu ia sudah terlambat. Terlalu lambat untuk berpatah kembali.

Kadang-kadang kita lupa, orang sebelah kita membuat salah tapi dek kerana terlalu memikirkan masalah sendiri, orang sekeliling kita lupakan. Bila sudah terlambat baru mahu sedar. Ketika sudah lambat untuk berpatah kembali. Dalam hati,
Mau habis sekotak budak ni!
Mula datang tadi kotaknya masih berplastik


Sayang adik bangsaku,
Kenapa biarkan kita di pindang sebelah mata,

Sayang adik bangsaku,
Kenapa biarkan dirimu ditertewakan musuhmu,

Sayang adik bangsaku,
Mana pergi ilmu tertib, sopan dan agama yang diajar gurumu,

Sayang adik bangsaku,
Mana pergi jati diri yang mahu jayakan diri dan setanding bangsa agung dunia,

Sayang adik bangsaku,
Perlukah kau hanyut dek kepalsuan nikmat dunia yang kelak merosakkanmu,

Sayang adik bangsaku,
Perlukah kau gadai duit, maruah dan cita-cita semata-mata kerana dunia gelap itu.

D_Y_H
Sayang adik bangsaku .. kata orang selagi tak jatuh gaung dalam kau takkan sedar! Tapi adakah aq sanggup melihat Sayang adik bangsaku jatuh sehingga ditelan dek bumi??

Ceria sang Suria

Assalammualaikum Wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini Dayah cuti, melepek di rumah separuh hari. Selebihnya melepak sambil membaca buku. Syukur dapat juga fahamkan satu artikel yg dah 2 minggu terbengkalai.

Senyuman yang cukup manis dari semua.. hehehe.. inilah kelas P1 semesta ini. Our sifu yang senyuman paling terlebih. kekekeke.. sampai ke telinga En. Fendi senyum. The rest is my classmate. Semuanya partime student. All the best to ALL. Dayah doakan semuanya PASS in EXAM.

P1 kelas yang best, sebab our lecture akan sentiasa buat our class attractive. Setiap kali pasti ada discussion and we had to speak and give our though. Bestnya buat partime ni, kelas tak ramai orang. Jadinya tumpuan dalam kelas adalah lebih.

D_Y_H
Igtkan x ada siapa nak tag.. sekali ada Anis tag.. TQ Anis

Thursday, May 20, 2010

Nakalnya masa itu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru selesai menghabiskan artikel student accountant, syukur. Faham dan harap2 ada soalan yang berkaitannya keluar, doa sangat2. Amin

Baru juga selesai membaca cerpen penulisan AK, cerpen baru beliau. Thanks nuar selalu tag Dayah kalau tak jangan harap Dayah taw. kekekeke.. Siapa-siapa nak membaca silakan di sini, http://anuarkamaruddin.blogspot.com/2010/05/cerpen-nota-muzik-dari-langit.html

Membaca tulisan beliau buat Dayah terus teringgat kenangan lalu di Kolej Matrikulasi Melaka (KMMk) Siapa pernah belajar di sana. Setahun di sana banyak menukar Dayah menjadi lebih baik. Syukur, antaranya. Setiap Khamis malam Jumaat adalah hari wajib seluruh penduduk kolej berkumpul di Surau diri Jumaat kolej kami. Siapa tak pergi siaplah. Hatta uzur sekali kena hadirkan diri. Jadinya, Dayah dan geng memang akan pergi awal ke Surau.

Alasan utama kami berlarian ke surau adalah kerana ingin mengenali milik siapakah yang mengalunkan Azan. Hehehehehe.. Datang awal kerana suara dia yang cukup memukau. Melt macam aiskrim kami semua tatkala mendengar dia mengalunkan Azan Maghrib. Sungguh.

Siapa yang pernah belajar di KMM year 2002/2003 pasti tahu fenomena ini. Atau kami sahaja. Kekeke. Sejurus azan di alunkan mata kami semua memerhati siapa agaknya yang keluar dari bilik Azan, hahahaha nakalkan. Sekarang rasa nak gelak guling2 pun ada. Tapi malang sungguh berbulan-bulan kami menanti tapi hampa setiap kali yang keluar org yang pasti berlainan. Sehingga kami feed up. Tapi masih tetap awal ke Surau dan pasti duduk di saf paling depan.

Mujur waktu tu, Dayah join PRS. So budak-budak PRS lelaki ini ramai ahli surau. So mengorek rahsia dari dia orang la. hehehehe. Malu dowhh nak tanya, tapi selamba je la. But not me la bertanya, of course la my friend yang memang sangat mengilai suara tersebut. Kalau balik bilik dia tentu baring atas katil sambil senyum then "Dayah!! Sedapnya suara dia" sambil senyum2 golek2. kekekekeke lucu sungguh. Sampai topik perbualan kami lepas isya' pasti tentang pemilik suara tersebut.

Najib kami punya big boss PRS, reveal dia adalah Rasul. Dia ni sebenarnya selalu kami jumpa. Rakan baik si big boss. Takkan si kurus ni punya suara! Itulah bisik hati Dayah pada mulanya Malunya, masyaAllah kalah perempuan.. menunduk sahaja pandangan matanya. Dayah cuma teruja dengan suara sahaja. Tapi si kawan Dayah ni dengan orang-orangnya sekali dia dah jatuh hati. Kelakar sangat. Sampai tak boleh tidor malam dia di buat. Masih cuba mendekati si Rasul walau mereka di kampus. Takdir, mereka berada di kampus sama negeri. Tapi takdir menentukan dia bukan buatmu sahabat. InsyaAllah, akan ada rasul lain buatmu.

D_Y_H
Sungguh waktu dulu suka dengar orang suara sedap, sampaikan paling update dengan lagu2 nasyed Malaysia, skrg? hermm hampeh.. dgr radio pun kadang-kadang.

Bonggol Unta

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah sedang membaca artikel student accountant tentang IFRS for SME sambil melepak minum green tea. Nyum sedap rasa milky. Hehehe.. hakikatnya Dayah tak berapa suka susu. Tapi susu itu baik untuk kesihatan.

Membuka facebook dan terdorong membaca artikel tulisan Kak Ummu Noraslina, Dayah memang gemar membaca penulisan beliau yang seperti membaca sebuah cerpen pendek yang penuh pengisian. Kali ini beliau menulis berkaitan wanita dan fesyen. Sedar atau tidak makin ramai yang berpakaian berlebih-lebihan. Memang kita wanita di lahirkan fitrahnya mahu kelihatan cantik tapi kita harus beringat ada batasannya. Jangan sampai ia mendatangkan fitnah dan kemudaratan buat diri kita sendiri.

Hadith Nabi junjungan ini yang Dayah nak kongsikan bersama dan sebagai renungan kita bersama:-

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan mereka ), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”. (Hadith riwayat Ahmad )

Bonggolan si Unta, faham tak? Maknanya bertudung tapi ada bonggolan di kepala. Menunjuk setinggi mana rambut mereka boleh di ikat. Dari tengok bonggolan sahaja, sesiapa sahaja dapat meneka panjang mana rambutnya. Serupa menelanjangkan rambut mereka. Jadi kawan-kawan mari kita perhatikan. Seperti bonggolan si Untakah kita?

Ini mesti Unta di kutub.. tebal benar bulunya.. kekekeke.. for me its look ugly.. sorry enchik unta.. hihihihi

So kawan-kawan, berhati-hati dalam berfesyen. Tidak salah berfesyen tapi haruslah berlandaskan hukum. Sama-samalah kita perbaiki diri. Supaya lebih baik dari semalam.

D_Y_H
Duduk dkt sini saya makin rimas.. pakaian sopan tapi mencemarkan imej pakaian tersebut.. bertebaran asap kotor ke udara.. apa nak jadi.. sudah di war-warkan itu tidak baik tapi masih tidak sedar.. sudah diwarkan kononya tidak boleh merokok di kaki lima.. tapi di mana penguatkuasa?? DIMANA? adakah sekadar membuat undang2 tapi tidak dilaksanakan?

Wednesday, May 19, 2010

Not to allow

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Kelmarin dalam theedge Dayah terbaca ni "Call for a study on non-Muslim being allowed to be syarie lawyer"
KOTA BAHARU: Kelantan Syariah Court Chief Judge Datuk Daud Mohamad on Monday, May 17 called for a study to be carried out following the Kuala Lumpur High Court's decision to allow a non-Muslim to seek a judicial review to enable her to become a syarie lawyer.

A study should be carried out to get an explanation based on the country's laws and constitution, he told Bernama here today.

This was because Kelantan's Administration of Syariah Court Enactment 1982, and that of the other states did not allow a non-Muslim lawyer to handle cases involving syariah laws.

"Hence, the issue of a non-Muslim lawyer being allowed to handle cases in the syariah court is indeed extraordinary," he said.

Daud was commenting on the Kuala Lumpur High Court's decision on Friday to allow a non-Muslim woman lawyer to seek a judicial review to practice as a syariah lawyer in Kuala Lumpur.

Justice Datuk Mohd Zawawi Salleh granted Victoria Jayaseele Martin's application for leave to seek a judicial review for a mandamus order to compel the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) to accept her as a Syariah lawyer. — Bernama (Resouce from: Theedge)
Dan hari ini di berita harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi pandangan:

Hanya orang Islam layak jadi peguam syarie: Jamil Khir

2010/05/19

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hanya orang Islam saja layak menjadi peguam syarie.

Beliau berkata demikian di sini, sebentar tadi.
Itu yang nak dengar. Ia melibatkan hukum hakam Islam. Dalam Islam tidak ada halangan untuk seseorang itu belajar agama Islam, tetapi bila tahap menjadi peguam syariah. Kenalah guna akal, bagaimana seseorang itu hendak "argue" sedangkan dia sendiri tidak faham hukum hakam Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Ibarat menyuruh semut menyalak seperti serigala. Mana mungkin, kecuali ia Serigala.

Dalam hadith Nabi S.a.w (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia):

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).” Riwayat Al-Baihaqi

Penjelasan yang diberikan untuk hadith di atas adalah seperti berikut:-
1. Dalam konteks penghakiman atau pengadilan, seorang hakim adalah dikehendaki memutuskan sesuatu perkara dengan adil berdasarkan keterangan yang diberikan kepadanya. Hal ini disebabkan manusia itu lazimnya suka menurut dakwaan dan pengaduan mereka sendiri demi mendapatkan harta atau menuntut bela (di atas sesuatu kejadian seperti pembunuhan).

2. Oleh itu dakwaan atau sebarang aduan tidak boleh didengar atau diterima begitu sahaja tanpa ditunjukkan bukti yang sah menurut hukum dan kerana itu juga Rasulullah S.A.W menghendaki agar dikemukakan saksi oleh orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang terdakwa.

3. Sebab dikehendaki saksi atas orang yang mendakwa ialah kerana ia menuntut suatu yang berlainan dengan kenyataan. Maka disebabkan itu mestilah ia mempunyai cukup bukti untuk dakwaan yang dibuat.

4. Manakala orang yang engkar iaitu orang yang terdakwa dikehendaki pula melakukan sumpah untuk membuktikan keadaannya bahawa ia terlepas dari dakwaan itu. Sumpah ini dinamakan sumpah sabar iaitu sumpah yang menahan orang yang berhak dari kehilangan haknya seandainya hak itu adalah haknya yang sebenar. Tetapi jika seseorang itu bersumpah untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya maka sumpahnya adalah sumpah dusta.

5. Punca sengketa yang sering terjadi dalam masyarakat adalah dari harta benda hingga membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Semua ini bermaksud untuk memperolehi dan menguasai harta benda sebanyak mungkin biarpun dengan cara yang kotor dan keji. Oleh itu Islam menyuruh agar berhukum dengan adil.


D_Y_H
Bukan kehebatan yang di ukur tetapi kefahaman dalam Islam itu sendiri, jangan di campur adukkan hukum dunia dan hukum Allah. Manusia kebanyakkannya hidup mencari nama dari mengejar ilmu dan amal ke Syurga Abadi.

Share Ovarian Cyst - Jawapan untuk mengecilkan cyst

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bersangkutan entri Dayah semalam tentang Ovarian Cyst IV yang muncul semula selepas di buang *terus Dayah.. terdiam seketika.. walau ia x berlaku to me.. but if ia ambil masa nak bangun semula.. lumrah hidupkan.. positif.. positif..positif.. that I always terapkan dalam minda heee ^_^*

Dayah pastekan Kak Ma nyer komen kat sini supaya ramai yang boleh baca, jom kita terjah apa Kak Ma amalkan untuk membantu mengecilkan cyst dia:

salam Adyan...hmmm..terkesan dengan panggilan dari dayah semalam...membawa saya kepada laman blog ni...Tq dayah..kerana panggil kma ke sini..ekekke...bah...meh nak kongsikan apa yg telah sy alami...mungkin dapat membantu Adyan sedikit sebanyak...sy sama penyakit dengan Dayah n jugak Adyan...ovarian cyst..mula2 dpt tau tu...masa bulan 7 tahun lepas..terperanjat sesangat...n rasa cam dunia dah berakhir..tp my family banyak bagi dorongan suruh berubat...so sy amik langkah jalani rawatan...doc suruh sy operate..sebab cyst sy masa tu..6.4cm..dikira besarlah..then dlm masa 2 minggu slepas d kesan tu..doc sarankan sy dibedah..n terus masuk wad...sy akur tp dlm ms yg sama family cadangkan supaya sy menjalani rawatan tradisional dgn seorang ustaz d KK.masa mula2 pergi tu..sy tak yakin sngt dgn rawatan tradisonal ni tp bila lihat sendiri dan tanya pada pesakit2 yg dtg berubat dengan ustaz tu..membuatkan sy tuk mencuba...

bila sampai giliran sy tuk berubat tu..satu je ustaz tu tanya saya...kalau dtg nak buat rawatan kat sini syarat dia kena pantang..kalau dtg berubat tp tak pantang...tak jd jugak..so sy kata sy sanggup..maka bermulalah rawatan saya..setiap hari masa 3 bln pertama rawatan..sy just dpt makan nasi putih, sayur sawi n jugak sayur peria je...tu pun buat bubur...(sblm tu sy dah mintak pospone sy nyer operation dr Dr tuk tempoh sebulan)

Adyan, ustaz tu pesan kat sy..kalau nak bagi sembuh penyakit ketumbuhan ni..kena jaga makan..n memang berhasil...saya turun 3kg masa dlm tempoh rawatan tu..sy hanya mkn sayur sawi, peria dan nasi je..setiap hari..tidak boleh makan benda berminyak..pedas..dan semuanya lah daging, ikan, ayam semuanya kena pantang...dlm tepoh rawatan tu jugak sy kena minum akar peria(ada di jual di kedai2 ubat cina, harganya cuma RM1 seikat..)sampai sekarang..peria dah jd mcm buah apple bagi sy..dah tak rasa pahit..malah semakin menggemarinya..kena buat jus cengkudu,,jus peria...semua yang pahit...dan bila tiba masa saya berjumpa dr pakar saya d Likas, dr diane yang merawat saya terkejut kerana cyst sy mengecil...so ms dia scan perut sy..dia mcm terkejut dan tidak percaya..sampaikan kena panggil sorang lg doc tuk buat scan..Alhamdulillah...cyst sy mengecil...dr 6.5cm sbelah kanan mengecil menjadi 4.4.cm dan sbelah kiri dr 5.4 menjadi 1.9cm Alhamdulillah..so sy tidak jd tuk operation...sampailah sekarang hampir setahun..sy masih lagi berpantang...jaga pemakanan..kerana melalui pemakananlah penyakit tu terhasil..alhamdulillah..sekarang..ustaz dah bagi say mkn ikan..ikan pun yg terpilih je..tidak berlemak...yg tidak gatal..cfood, daging dan ayam memang sy tak ambil langsung..daging merah terutamanya..memang mempercepatkan lg proses cyst tu..dlm tempoh rawatan dengan dr juga sy diberi pil hormon supaya tidak dtg bulan selama 2bln berturut2..dan mungki itu juga penyebab kpd cyst sy mengecil...alhamdulillah sampai sekarang sy tak perlu menjalani pembedahan...so bagi rakan2 yg senasib..mungkin pengalaman sy ni dpt membantu rkn2 diluar sana dlm menangani penyakit ni dr terus membesar...buat Adyan...tabahkan hati..insyaAllah..s.etiap penyakit ada ubatnya..kalau nak lebiih perkongsian...nanti kita saling berhubung..ok lah..maybe ini serba sedikit pengalaman sy tuk perkongsian buat rakan2 semua..salam hormat!
Sgt berterima kasih dgn Kak ma.. laju je dia reply.. hopefully helpful.. to Adyan tabahkan hati, insyaAllah awk akan ada rezeki.. usaha & tawakal = hasil ^__^

Dayah selalu igt ini "Allah uji hambanya mengikut kemampuan, sesungguhnya dia lebih mengetahui" to woman outhere.. precaution 1st than too late .. berpesan pada diri sendiri heehehehe ^_^

Tahun 2005, Dayah pernah ke Shanghai, represent co. utk tgk chiller before delivery. So sepanjang di sana, ada satu lawatan ke pusat perubatan cina. Ada seorang professor perempuan ini bagi penerangan tentang sistem tubuh dan penyakit dan bla bla bla.. till end dia datang dekat Dayah. I'm the only woman dalam team tu, yang lain engineer & my uncle. She said *dayah translate la yer ;P

"Awk ada masalah kalau nak mengandung nanti, susah nak dapat anak"

Terenjat hati waktu tu. Tapi Dayah selalu biar benda tu macam air lalu. Lupakan. Rupanya apa tabib prof tu kata ada maksud. Walaupun Dayah kesan Ovarian Cyst ni secara mengejut dan segalanya berlaku macam pintasan elektrik, cepat sangat, syukur last follow up doc kata IT'S CLEAN. Tapi possibility in future tetap ada. Makanya, insyaAllah Dayah pun nak follow diet Kak Ma.. kekekekeke.. *ehh mampu ke ni? hahahahaha kalau nampak makanan cair terus.. kekeke* WISH ME LUCK EVERYBODY! hahaha *Dayah rasa nak guling2 bukan leh caya Dayah ni pantang karang kena offer.. terus biji mata terbayang yang sedap2.. kekekeke*

D_Y_H
Tengah berusaha mengurangkan berat badan, banyak negatifnya dari positif .. YOGA baru buat 2 kali.. hahaha.. semangat sekejap.. haip.. Dayah nak buat lagi dan lagi lepas ni.. hehehe

P/s: bukan YOGA mantera2 ya.. YOGA yg mendepa-depa.. lurus kaki.. lurus tangan.. berdiri 90 degree ke 45 degree.. lepas tgn melunjur ke atas.. dan seterus-terusnya tu.. best ooo. tegang urat2 badang.. kekekeke.. JOM BUAT

Oh ya lupa, ada siapa-siapa nak tahu lebih lanjut rawatan traditional Kak Ma boleh berhubung dengan Kak Ma dekat facebook dia, NOORMA RAZALI

Tuesday, May 18, 2010

Share Ovarian Cyst - Persoalan bagaimana nak mengecilkan cyst???

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah dapat satu comment dari seorang sahabat Adyan namanya, dalam pervious entry.
Salam dayah..
saya baca blog dayah ni pun sbb google cara nak mengecilkan cyst.actually, saya penah buat operation remove cyst kat ovari belah kanan on july 2006.masa tu lum kawen n that time cyst tu besar 14*12cm.

July 2008 saya berkahwin n sampai sekarang masih belum dikurniakan zuriat. Lepas operation mmg masih follow up ngan hospital yg sama n mmg takde cyst. Disebabkan lebih dr setahun masih takde zuriat so doc suggest makan clomid n dah penah buat iui 2 kali tp masih blum ada rezeki.2nd time buat iui bulan 2 n lepas fail tu dah malas nak cuba dah..dah stop makan clomid sbb badan naik 2 kilo.tp last week sakit pinggang sangat2 n then period smlm.trus pegi hospital n mintak doc cek n baru tau cyst sy dah ada balik.

Sedih sgt sbb perkara yg paling sy risaukan terjadi dah terjadi.so ada sape2 leh suggestkan ape yg perlu sy buat or makan dlm masa 3 bulan ni?doc plan nak cek balik after 3months. klu lebih dari 5 cm mmg kena buat operation
Terus nak habaq Adyan, Dayah sendiri tidak berapa pasti apa yang perlu di lakukan untuk mengecilkan cyst. Kepada kawan-kawan di luar sana yang boleh bantu Adyan boleh tinggalkan mesej di sini iya. InsyaAllah, Dayah cuba tanyakan kepada yang pakar.

Adyan, ada kawan Dayah yang seperti Adyan. Berkat penjagaan makanan beliau, cyst dia mengecil. Dia cuma makan sayuran hijau sahaja & makan sedikit nasi dan juga minum sejenis akar kayu dari sejenis sayuran *bayam x silap.. Dayah cuba contact dia tanya iya insyaAllah* dan dia juga makan ubat perancang. Mean no menses at all for about 3 month x silap. Dan dengan kuasa Allah ia mengecil. Dayah akan cuba bertanya. Pesan saya buat Adyan jangan putus asa, Allah uji hambanya mengikut kemampuannya, itu yang selalu saya pegang.

InsyaAllah rezeki Adyan akan ada, kita sama-sama doa yer. Teruskan follow up kak, memang tidak ada jaminan yang cyst tidak akan muncul kembali. Kebarangkalian itu ada. Cuma kita kena peka.

D_Y_H
Tabahkan hati yer kawan-kawan ^__^ turut sama terkesan dengan luahan hati Adyan.

Maggi mee slurrppp

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Slurrppp mee maggi sedapnya ^__^
Pagi tadi, mata dok celik sampai jam 2++ pagi. Dok layan buku punya pasal gelak sorang-sorang. Nak layan P1 or P2 memang tak mau masuk.. degil sungguh la.. padahal exm dok bilang hari ja ni.. sighhh

Elok pukul 1.30am, perut meragam. Pedih semacam. Laju je kaki turun tangga, buka lampu dapur. Jalan jinjit2... hahahaha.. takut seisi rumah sedar ;p

Yalahh, kat bawah ada bilik isi rumah juga. Bilik ma n abah sebelah je ngan dapur konfirm dengar punya. Dalam kepala dah set baiknya, manggi pecah telur sedap ni. Mujur jumpa maggi mee sebungkus lagi.. hehehe.. mission almost complete

Nampak periuk, cantiklah tadah air panas.. hehehe nanti lambat masak kalau air paip.. so air panas.. panaskan semula atas api.. campak sekali serbuk kari.. buka peti.. sekali hampa.. telur habis laa.. haihh..

Nampak sayur kobis & carrot je tinggal. So layanlah.. sayur pun sayur la.. sekali teringat dalam laci ada daging.. terus laju2 potong daging kecik2... kekekeke.. maka kenyanglah perut senang hati terus lena sampai pagi.. hahahaha.. mana badan tak naik..

D_Y_H
Dpt mesej dari Neni, di habaq dia mimpikan dayah sedang tido. Apa yer maksud mimpi tu? .. tiba2 tercari maksud yg ntah benar ntah tidak;

Tidur
Tidur dalam mimpi berhubungan dengan keadaan emosional seseorang. Tapi juga menunjukkan kebutuhan akan suasana yang sepi dan tenang. Tidur juga bisa menjadi simbol kebutuhan seks.
Melihat tempat tidur yang kosong: pertanda buruk, kemungkinan kematian seseorang.
Melihat orang tidur sendiri: perhatikan kesehatan anda.
Tiduran di ruangan yang asing: jangan terlalu percaya pada seseorang.
Sumber:http://rahasiamimpi.blogspot.com/

Monday, May 17, 2010

Berpuasalah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bersangkut dari ENTRI INI hati saya tak tenteram duduk. Dek kerana memikirkan diri berdosa sengaja mencari pasal. Itulah orang suruh belajar, slow-slowsiul *ehh lagu apa lak ko nak nyanyi.. cukup2lah hujan lebat menyimbah bumi di luar.. heeeheee*

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” Hadith MUSLIM

Macam nak menari-nari senang hati, hilang resah hati peace tapi bukan niat hati nak berparti celebrateya cuma lega sedikit. Tidaklah ralat sangat. Dayah harap jangan ada yang salah faham iya. Maka marilah kita ramai2 amalkan puasa sunat. Rasulullah pun dah kata PUASA ITU MELAWAN NAFSU. Nak nak lagi kita yang wanita, ada 9 nafsu 1 akal.

D_Y_H
Mesti ramai yang pelik, Dayah ni dah diselitnya hadith2 setiap n3nya.. ngeee.. tengah rajin membaca e-hadith dlm web JAKIM. Jadi tak salah berkongsi ilmu yang cetek inikan. MANUSIA TANPA ILMU IBARAT RUMAH TAK BERTIANG

Kopi oh Kopi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Mengantuk ke? Jam di skrin sudah lewat 12 pagi hampir ke satu pagi. Dayah masih berjaga kerana baru tersedar dari tidur yang lama sengihnampakgigi

Nak berjaga untuk beberapa jam lagi, memandangkan ada beberapa report perlu dikemas kini. Nasiblah badan. Orang kata mengantuk, minum kopi. SURE TAK TIDO! takbole but NOT ME YA! Bagilah serbuk kopi sekali pun, confirm lena gelakguling

Tapi Dayah suka bancuh kopi kaw-kaw punyaihikhik "mailah rumah kalau nak rasakenyit *edeh mata sebelah ni pedih.. hahahaha* Sebenar-benarnya entri ini di tulis kerana KOPI .. haa. aa KOPI atau lebih tepat KOPITIAM. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bersepah dimana2, you name it. OLD TOWN WHITE CAFE, PAKLI KOPITIAM, 1STATION, HAIPENG KOPITIAM, PAK HAILAM KOPITIAM, UNCLE JOHN KOPITIAM, dan banyak lagilah. Siapa owner agaknya kan? *bukan persoalan owner disini, tapi ....*

SURRRPP.. SEDAP NI (Gambar hiasan:Google.com)

Hehehehe.. persoalan saya sebenarnya kan. Tentang halalkah makanan yang di hidangkan. Mencari yang halal itu WAJIB.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” Riwayat Al-Baihaqi dan Abu Nuim (DISINI Peneranganya)

Jelas hadith Nabi SAW menekankan bahawa seorang ISLAM itu wajib baginya mencari yang halal. Sedar tak kita berapa banyak di antara KOPITIAM2 yang ada di Malaysia ini HALAL operasinya? Sekadar logo sahaja tidak memadai. Yakinkah kita LOGO HALAL yang tertera itu benar? Jangan terkejut bila kita search di direktori halal, ia tidak wujud. TAPI don't make your life so complicated. ISLAM ITU MUDAH. Guna Rule of thumb. Apa yang haram jangan sentuh, halal yang wajib kita cari, *faham kan, tu angguk2 .. faham la tu kanihikhik*

D_Y_H
Bukan hanya kopitiam persoalannnya kini, banyak restaurant "universal" yang tumbuh kini! Hati-hati ya kawan-kawan, setiap makan dan minuman kita akan menjadi darah daging.