Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hoiii curang!!!
Maya curang pada Adam. Oh, Dayah memang addicted dengan cerita Adamaya ya.
Di tambah dengan kecomelan Amani dengan suara rock dia tu. Comel sungguh budak kecik ni.
Walaupun tak balik kerja awal tapi masih dapat mengikuti cerita ini secara online. Terima Kasih TV3! Dulu catch cerita Nur Kasih, sekarang hot Adamaya. Emo Dayah watch this movie. Kesian Amani, bila dia kata "Mama tak sayang kita" sedih sob sob sob.. emokan Dayah!

Siapa turut emo? Mesti ada yang sakit hati dengan Maya kan. Ada suami yang baik buat hal. Rasa tersisih, rasa kosonglah. Mentang-mentang di gula-gula oleh si Dani. Mamat sekor ni pun buat Dayah panas mata tengok dia. Rasa nak lajukan loading bila nampak muka dia. hahahaha buruk perangaikan.

Tapikan bila di kaitkan dengan isu masyarakat kini, perkara macam ini tidak mustahil tidak berlaku dalam masyarakat kita. Tengok sahaja kepada Statistik pencerian di Malaysia ia makin meningkat dari tahun 1990 (dilaporkan sebanyak 11,194) dan tahun 2008 (22,289 *ini paling update) kenaikan sebanyak almost 50%.

Statistik sumber dari : WWW.ISLAM.GOV.MY


Mengerikan, terlalu rapuhnya institusi kekeluargaan bila melihat statistik ini. Antara negeri yang mendaftarkan kes pencerian lebih 2,000 (utk tahun 2008) adalah KEDAH, SELANGOR (tertinggi dilaporkan), JOHOR, dan KELANTAN. Paling rendah adalah Labuan sebanyak 114 kes.

Dayah taklah come cross bila adalah masalah terus bercerai berai. But most of it macam itu. Apa punca semua ini berlaku? Saya nak ajak semua dengar lagu ini, dari Maher Zain. Is good song to listen and understand and good voice also, why you need wife for the rest of your life.



Ada sebuah lagi lagu yang tentang perkahwinan. Dengar dan hayati lirik-lirik lagunya, buat yang belum berkahwin tak salah boleh dengar dan ambil nasihatnya dan yang dah berkahwin cuba imbas kembali saat kalian di ijabkabul. Indahnya Islam.


Sedapkan suara dia sengihnampakgigi

Masa mematangkan manusia tetapi sekarang di lihat sebaliknya. Dan tidak kurang ada juga remaja yang belum tamat sekolah yang sudah tak sabar untuk berkahwin. Salah ke? Aisyah isteri Nabi s.a.w berkahwin dengan rasulullah ketika berusia 9 tahun. Mudanya, kalau kita mahu? Tentunya tidakkan. Sebabnya ramai wanita kini berdidikan dan Dayah tak kata orang terdahulu tidak. Kita di beri peluang setaraf dengan kaum Adam. Jadinya bila lebih berdidikan makanya lebih berfikir seseorang itu. Sebelum hendak membuat satu-satu keputusan semestinya berfikir panjang dahulukan?

Pada Dayah sekarang, ini sayalah untuk memilih calon suami bukan calang-calang. Bukan Ibarat memilih kain di Jalan TAR. Agak-agak cantik, murah dan kualiti. Terus, "makcik saya ambil yang inilah" Tidak! Definisi layak seorang suami pada saya memandu ke syurga yang hakiki. Berat dan luas maksudnya. Dunia makin bertambah usianya begitu juga manusia. Sebolehnya mahu yang sempurna tapi dalam kesempurnaan pasti ada cacatnya sedikit akan tetapi kecacatan itu boleh di tampung dengan adanya keseimbangan (ingat tu Dayah!).

D_Y_H
Jika cinta manusia itu sukar, kejarlah cinta Illahi. Saya bertanya pada diri saya sedalam mana cinta saya kepada Allah?
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hoiiii Dayah ko gler ke apa?
Tgk kalender tak ni??
Mengigil kaki tangan tgk kalender dah 29-Apr... hoohohohoo
Makcik x sudah lagi isi e-filing.. macam byk nor benda nak claims.. padahal study je pun..
Adoii laa.. kerja-kerja.. bila ko menimbun semua benda pun aq boleh lupa.. haiiyakkk..

Sapa rajin tlg kira kan yuran saya berapa! Hahahaha sengal dah Dayah ni..
Kerja guehh mmg manyak ooo..
Ni file lagi.. esok file lagi..
Bila agaknya tak pandang file oooohh..

D_Y_H
ehh dah terlebih 1 lebih dah.. lunch dulu tata.. *ohh makan ko tak lupa dayah!* hahahaha
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

peace I'm addicted! rindurindu Sambil menampung dagu dan saya "addicted!!"
Hohoho.. siapa disini addicted! Saya! Saya! Saya!

Apalah Cik Dayah ni dok addicted ni! ketukmeje
Agak2 apalah budak terlebih chommel *gelakguling haha perasan* ni addicted sangat ek

I'm quite sure most of ppl out there mengalami pekara yang sama dengan Dayah.
Cayalah!

Dayah suka tgk ADAMAYA! Tahniahlah kepada DANI yang berjaya buat saya meluat tengok dia, meluat nak dengar suara dia pun gelakguling *cerita je pun Dayah.. hahahaha* emo lebih! Tapikan kalau orang meluat tgk dia, itu bermakna dia berjaya membawa watak dia. Serius to say he's really annoying la! Sangat!

Love to see Adam + Maya = Armani *rock ooo suara dia.. chomel la awk ni.. meh nak cubit sikit pipi tu.. meh meh meh.. *


D_Y_H
Siapa lagi addicted? Angkat tangan sikit ... eleh ada yg malu2 angkat separuh tangan je jelir baik ngaku tak pe tak pe.. pssst I promise not telling other ppl hehehe.... Ade ke lagi lelaki seperti ADAM?
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pernah korang rasa marah? marahmarah sangat! Marah sangat! Marahhhh!! Sampai muka pun merah padam. Marah ni! Marah! marah ehhh aq tgh marah ni! Tlg la faham! Haaa.. macam tu sekali rasanya.
Percayalah! Tgk tu, baby tu tetap comel walaupun dia marah. PEACE! PEACE! no war! Tak boleh simpan marah lama-lama dalam hati. Nanti jadi BATU! Berat betul marah dekat orang ni. Rasa beban sangat hati.

I have confession,

I'm was so angry with somebody!
Don't make myself in trouble because waiting for you since Monday!
Now Wednesday! Not even piece of paper I've.
Why you keep delaying your urgent things?
Don't you know, how to define word of URGENT!
Hey, can't you use your brilliant mind to THINK!

*eleh mcm Shopaholic confession lapulak... hehehehe*

Marah ni! Apa salah ke saya nak marah? Habis semua orang kang kena tempias. Emo la ko ni Dayah! Hahahaha. Biarlah orang nak kata emo ke apa, tak peduli! Sakit hati dah berminggu2. Dah tegur elok-elok, cakap elok-elok tapi tak jalan. Macam dungu? Taw apa tu? Taw? MasyaAllah, jauhlah diri ini dari penyakit hati. Ya Allah buanglah rasa marah yang meluap-luap ini. Nak tgk muka pun dah tak lalu. Teruknya Dayah ni!!!

Mengecewakan, semalam Dayah berfikir adakah saya terlalu mendesak? Adakah saya seorang leader yang teruk!! Adakah saya tidak pandai bercommunicate dengan baik? Adakah dateline saya bagi melampau? Clear file sampai dekat sebulan itu tidak cukupkah?? Orang buat 2 sahaja! Pening ohh pening! Nasib tak sampai menangis tahan sabar dengan budak sorang ni. Sorry la terpaksa lepaskan. Dah berbekas di hati. Tak mahu hati hitam, jadi tipsnya memaafkan dan saya perlu meluahkan. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Nasib baik ada Bills & G, sejuk sikit hati teringat cerita depa. I love this series. I love Adamaya too. Walaupun tak dapat tgk live on TV never mind. TV3.com kan ada. Hehehe

D_Y_H
Fuhhh lega sikit beban hati.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Omnia siapa ni? Bak sini! Dayah nak!!! saya rindu nak tekan-tekan dia. Nak belek-belek dia. Sudah masuk hari ke-3 dia tak berfungsi. Huhuhu.. well I wish I will got you back before end of this week my omi dearest.

Nampak canggih la sangat, tapi cuba hang pa tanya. Apa Dayah taw? garupale dan dan tu dia mula garupala dia yang tak berapa nak gatal tu.. hehehe. Well practice make perfect. TQ mama coz give me omi. Agak2 this year, I can get another gadget x? senyumkenyit Dalam kata lain selama berdiamnya Mr.Omi maka aman seketika dari gangguan2 bunyi. Cuma dekat ofis tak bolehlah, telefon berdering-dering minta di jawab.

D_Y_H
Luckily new work haven't started yet. If not. Mcm mana nak org nak call me??!! Jawab Dayah.. Jwb!!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah membaca artikel di Bharian tadi. Ada lagi pihak-pihak yang menghalang wanita Islam bertudung. Saya tidak faham kenapa bertudung itu memberi impak MAKSIMA kepada mereka! Tak faham! Agenda politik keagaaman!
VITINA: Seorang remaja di daerah Drobesh, Kosovo Timur, Arjeta Halemi, menghadapi masalah dilarang bersekolah sejak tahun lalu kerana memakai tudung kepala. Pihak sekolah memberitahu Arjeta pada Januari tahun lalu bahawa dia perlu membuka tudung kepala untuk kembali memasuki kelas.
Nak kembali belajar perlu menanggal tudung, masyaAllah. Alhamdulillah negara kita tidak begitu. Wanita Islam di luar sana perlu berjuang bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka. Syukur, Malaysia masih aman dari perkara extremist ini.

Kelmarin, di Nantes, seorang wanita dikenakan denda 22 euro (RM74) kerana memandu dalam keadaan memakai niqab. – Agensi
Haa .. lagi satu! Kena denda? Cuba buat denda kepada individu2 yang berbogel sesuka hati di khalayak ramai!! Kenapa orang yang mendatangkan "harm" pada individu lain ini tidak di sekat tetapi individu yang cuba menjaga maruah dirinya di sekat! Sungguh tak faham! Dunia akhir zaman, dunia akhir zaman.

D_Y_H
Bersyukur di lahirkan dan dibesarkan dalam negara tanpa sekatan beragama dan bersuara. Berimpian ke Masjidil Al-Aqsa' suatu hari nanti, Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah menunaikan tanggungjawab? Apa lagi hantar file ke Lembaga Hasil la kawan-kawan. Kita duduk dekat Malaysia, kena bayar TAX. Jangan buat-buat lupa pulak ek jelir untuk individu kena submit pada 30-Apr-10 dan bagi individu berserta pendapat syarikat due adalah bulan 6 (tak ingatlah.. nanti Dayah inform balik yer)

Ada beberapa hari lagi yer untuk submit. Dayah pun belum habis filled up. Sebab kena kira balik berapa deduction for study yg Dayah belum convert to RM lagi. Haihhh tak sempat nak buat. Asyik-asyik pending.

Ada orang kata, buat apa nak bayar tax, korang taw duit tu government belanja ke mana? Banyak berhabis untuk kerja-kerja salah je .. masuk poket sendiri depa yg rumah besaq kereta besaq .. isteri berderet! dan ada juga orang kata itu tanggungjawab kita & sumber kerajaan adalah hasil cukai untuk pembangunan negara, kalau dia salah guna itu dosa dia, tak amanah & berintegriti! haa.. korang orang yang mana satu? ke tak masuk dlm kedua-duanyasengihnampakgigi

Tepuk dada tanya hati, sebagai Khalifah kita ada tanggungjawab. Zakat jangan dilupa. Rasa tak mau bayar tax banyak, bayarlah zakat lebih sikit. Itu saham akhirat. Sekurang-kurangnya dapat rebet. Mana lebih korang pilih? At least tanggungjawab terlaksana & saham akhirat di kumpul. Tapi kena ingat nak dapat rebet, Zakat kena bayar pada atau sebelum 31-Dec setiap tahun.

Buatlah ada file tapi tak hantar, esok2 kena audit! Nasiblah kena bayar tax menimbun. Konsepnya sama mcm ada hutang tak bayar2. Macam hutang PTPTN, MARA dan seangkatan dengannya. Kalau di perap2 tak bayar2, akhirnya siapa yang susah? Inilah lumrah masyarakat kita kini. Dalam Islam, kita adalah di tuntut untuk membayar hutang. Kalau tahu diri tak mampu kenapa berhutang? Jadi kita kena beringat semasa berbelanja. Ukur kemapuan diri lepas itu baru buat loan, ya. Dayah ni pun sama, cepatlah habiskan bayar PTPTN tu Dayah oiii!! Percaya atau tidak lagi banyak kita bayar lagi sikit management feesnya! I did it sebab tu bagi taw!

D_Y_H
Jangan lupa ya, kita hidup berperaturan kalau kita hidup berlandasan hukum insyaAllah kita nampak kenapa ia perlu.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini hidup rasa begitu AMAN sekali! Tanpa bunyi deringan HP.. aceh..aceh..macam popular sgt orang nak kol kan gataihahaha saja berangan angelina jolie.. ramai peminat gelakguling

HP saya kehabisan bateri & ia rosak. Makanya saya akan tunggu esok untuk membeli bateri yang original. Huhh, awatlah hang rosak! Orang kata PDA hp tak elok mati sendiri ek? It's good for you to charge it before its went off sendiri. Ye ke? Dayah memang tak tahu, tahu pakai hp sahaja. hahaha.

Di sebabkan hari ini my lecture postponed class to next week, makanya saya banyak masa. Dah lama tak rasa macam ni!! Pagi2 genyeh2 mata, uishh lapaq perut ni. Selesaikan perkara2 asas dulu. Kendian lepak depan TV jap. bodek mama la konon, nak nasi lemak. Haihh tak di layan.

Tiba-tiba teringat perbualan dengan "katok" she pregnant now, dah 2 bln. Nampaknya Dayah nak jadi Aunty ni sengihnampakgigi horey! Bakal bersalin bulan 10 ni.. kebetulan sama dengan Murni & Amai. Depa ni sepakat rupanya nak beranak sama bulan, ntah2 sama hari dak?

Ber"YM" dengan ana Jumaat lepas, dia kata dia teringin makan nasi tomato. Haa.. mula tak senang duduk Cik Dayah ni. Kawan mengidam mestilah nak tolong tunaikan. Nak pula dia duduk jauh ngan laki dia. Terus dan dan habaq kata tak pa nanti aq masak hantaq kat ang. Terus dengan tersipu2 malu ana kata, dakk aihhh aq main-main ja. Cehh semangat dah Dayah ni, ni dok semangat nak hantaq sekali ana kata dak. Ceh ceh ceh.

Itulah bermulanya kerajinan memasuk dapur Dayah. Bermula dari pukul 11 pagi, cari basmathi. Cari tomato puri, cari kelengkap yang lain. Alih-alih, ibu kata Along tomato puri dah habis gigil alah macam mana? Terus idea gle datang. Aq masak hentam kromo je la. Angkut rempah kurma. Dah lepas minyak sapi cair, Dayah masukkan bahan2 tumisan. Wangi serumah. Tiba2 rasa sedap letak ayam ni. Potong ayam kecik2, then tumis sekali. Kendian dan kendian sehinggalah nasi itu Dayah kukus. Sambil tunggu nasi masak, potong ayam utk masak ros. Dan ayam pencen utk dalca. Dalam pukul 1 selesai dengan hidangan, nasi hentam sahaja, ayam ros, dalca ayam pencen, jelatah timun & nenas, puding karamel & sejug air oren. Dengan bantuan askar-askar maka kami pun makan dengan senang hati, hehehe.

D_Y_H
gambaq malas nak ambik sempena hp x ada bateri
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pernah tak korang seharian melayan kanak-kanak nakal? Lasak, ketegag, riuh & kaki panjang. Pernah tak? Macam mana korang handle kanak-kanak macam ni ek?

Meh kita layan kanak-kanak nakal ni yer.

Lokasi: Maxis Centre, KLCC
Masa: 630ptg
Hari Kejadian: Perlu dirahsiakan jelir
Tujuan ke tempat kejadian: Ala nak tak ke? hahaha... gatai cik kiah cik bedah ni nak habaq.. cik pi cari pengganti baru mr.berukband heeee...

Kerana kami chomel.. kami dapat belon.. korang tak ada kan.. jgn jeles

Waiting Mr.Berukband di kemaskini.

Hoho .. depa sempat pusing satu centre ambik gambaQ..

Akibat masa menunggu yg sangatlah lama. Jadi kami mengambil keputusan bertukar menjadi model sambilan .. agak-agak ada tak orang nak ambil?

Igt saya budak besar ke? Dayah pun berebut belon taw.. siapa sebenanya yang nakal neh!! gile

Haaaaaa.. ambik ko lebih ketara siapa lebih nakal.. hahahaha.. penatfuhhh memang layanlah menanti no. dipanggil. dekat pukul 8 baru selesai. Terima kasih Maxis di atas layan yang baik tetapi masa menunggu yang terbaik lambat!

D_Y_H
Caw! Kelas sudah menanti .. alamak.. ada kurang sejam .. vrommm sana vroom sini.. sempat ke sampai before 10am ni..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah baru je baca berita ini dalam Bharian. Terkejutnya! Ada lagi peghinaan di lakukan keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Baca ni!

South Park' hina Nabi Muhammad

2010/04/23

Pergerakan Islam bantah gambaran kartun Rasulullah pakai kostum beruang

LOS ANGELES: Pencipta rancangan kartun televisyen South Park diberikan amaran bahawa mereka mungkin akan menghadapi tindakan ganas kerana menghina Nabi Muhamad apabila menunjukkan Rasulullah memakai kostum beruang.
Laman web kumpulan Revolution Muslim di Amerika Syarikat memberitahu Matt Stone dan Trey Parker bahawa mereka mungkin akan menerima nasib seperti Theo Van Gogh. Penerbit filem Belanda kontroversial itu ditembak dan ditikam hingga mati pada 2004 oleh seorang Islam yang marah kerana filem beliau mengenai keadaan wanita Islam.

Laman web berkenaan turut memberi maklumat mengenai lokasi rumah Stone dan Parker.

Ia turut menyenaraikan alamat pejabat penerbitan mereka di California dan pejabat penyiaran South Park di New York, Comedy Central.

“Kami memberi amaran kepada Matt dan Trey bahawa apa yang dilakukan mereka adalah bodoh dan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini,” kata penulis artikel, Abu Talhah Al-Amrikee.
“Ini bukan satu ancaman tetapi satu amaran kepada realiti mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” katanya.

Al-Amrikee kemudian memberitahu Associated Press bahawa kiriman terbabit bukan bertujuan untuk mencetuskan rusuhan. Ia disiarkan untuk memberikan kesedaran mengenai isu itu dan melihat ia tidak akan berlaku lagi, katanya.

Jurucakap Comedy Central berkata, rangkaian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

Dalam episod ke 200 South Park yang disiarkan di Amerika dan United Kingdom minggu lalu menunjukkan Muhammad muncul beberapa kali dalam satu kostum beruang. Utusan agama lain juga turut digunakan termasuk Buddha.

Bercakap dalam satu temubual laman web Boing Boing sebelum rancangan ke 200 disiarkan, South Park mempertahankan adegan berkenaan.

“Kami bersikap hipokritikal terhadap mesej kami, pemikiran kami, jika kami katakan ok bermakna jangan jadikan jenaka dengannya kerana ia tidak akan melukakan kita,” kata Parker. – Agensi

Sumber: Berita Harian, 22-April-2010
Allahuakbar. Apa lagi propaganda mereka. Selagi bumi belum hancur selagi itu musuh Islam berada di mana-mana. Tidak pernah kenal erti hormat pada agama lain. Dalam Islam kita di ajar untuk menghormati agama lain, jangan sesekali kita menghina orang lain. Moga-moga Islam terus mekar di hati kita dan rahmat Allah sentiasa makmur bersama kita, Amin

D_Y_H
Kesal dan marah, tapi lebih menyakitkan melihat Palestin. InsyaAllah, PALESTINE WILL BE FREE!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

HAPPY EARTH DAY EVERYONE!!
Justify Full
LOVE OUR EARTH! PUT A LITTLE EFFORT TO ENSURE OUR WORLD SAFE TO LIVE & LIFE peace PEACE NO POLLUTION AND GO GREEN.

What have you contribute to our world to ensure it clean and safe? Try to list at least 5. Me?

1) Since I'm working and lot's of document is sending out and I will remind all the receiver to not print the email if it is not really IMPORTANT!
2) Not photocopy too much of unnecessary documents during field work! As I used to copy it a lots before. I'll summarize what ever importance! OR I'll ask my client to scan and email to me jelir hehehe *kesian dia kena duduk depan mesin photostat lama kekekeke.. nasib ko la labu*.
3) Not buying those items/goods made by animal
4) Less watching TV siul dlm seminggu boleh bilang berapa jam sahaja TV di tgk ada masanya "0"
5) I'm not tinted my car!! hehehehe... mcm aquarium dah! everyone can see me inside my car.. maybe they said "ehh kiutnya budak ni!" gelakguling oh gelakkan ek jelir tak kesah pun.

That an example of things I do, to save our world. How about you? Youlah siapa lagi. Dah tak payah pandang kiri, kanan memang you yang I maksudkan. Walau hakikatnya bumi ini bukan selamanya tetapi sebagai hambaNya we still have to appreciate it and care for our next generation, for better living.

D_Y_H
I feel kiut today sbb dah pukul 12.33am masih terpaku di ofis memikir AP. Why kiut? everyday pun tido lambat, mata pun dah mcm panda. So panda adalah kiut lalalala jelir
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semua orang pandai menuliskan. Tak kira pada catatan apa pun juga. Ia di kira sebagai menulis. Menulis entri blog pun menulis jugakan, bezakan kita menekan butang-butang keyboard dan tulis pun tertera di skrin sengihnampakgigi kan kan kan.. hee

Hari ini terasa kurang sedikit beban kerja, sebab file-file penting semua dah masuk bilik manager, fuhhhh kelegaan yang tiada tolok bandingan. Cuma bit risaukan report & some of the workpaper tak menepati kehendak mk. Review file pun dah habis. Tengok meja clean rasa nak menari-nari je ni. Jom menaricelebrate

Tapi ada lagi, kerja mana reti surut. Major work dah siap. Sekarang ini tengah draft audit program pulak, revamp some AP yang tak berapa nak relevant and put some update. Creak head sikit. Sambil mendengar lagu-lagu dendangan Maher Zain. Memang terbaiklah lagu-lagu dia. Meh dgr sekali lagu yang pada Dayah kita semua ada tanggungjawab ini.



PALESTINE WILL BE FREE!! InsyaAllah.

Berbalik pada cerita menulis tadi, dah lama Dayah nak letak karya-karya lama Dayah yang dah tersimpan bertahun lamanya dekat sini tapi bila fikir-fikirkan kembali, eh kenapa ek setiap kali tgk cerita ni. Aq dah pernah tulis la. Tapi idea itu tersimpan lama dan dikurung baik dalam sebuah folder dalam komputer peribadi. Hehehehe. Sekarang bila dah tengok ada idea yang sama, I feel like to delete it! Bukan satu dua tapi dah beberapa. Jadinya sekarang ini, Dayah rasa nak kena olah semula cerita tersebut supaya menjadi bahan yang lebih fresh. Tapikan, bila agaknya Dayah nak buat ek? Pagi sampai malam (paling awal sampai rumah 10.00++pm) kerja. Balik sudah tentu tak ada langsung idea muncul. Mcm semalam sampai ke pagi dengan baju kerja takbole ish ish not to follow, buruk perangai! Sampai terbawa mimpi, insurance tak lulus. Sob sob sob. Kalau tak lulus juga. Nampaknya kenalah tunggu another 5 years. Insurance company memang tak nak ambil risk. Kata exclude! Pelikla. Nak kena ada Insurance comp. sediri ke ni. Modal kena RM1Million tak silap (betul ke ni ek.. tak silaplah.. correct me ya kalau salah) Hari minggu? Tok sah cakaplah, kelas beb.. kelas.. kalau nasib tak berapa nak baik sampai petang kelas. Dah penat idea pun malu nak keluar. Dulu Dayah amalkan bawa "buku idea" jadi bila tiba-tiba dpt ilham Dayah akan catat tapinya bila dah menulis di buku di komputernya kadang-kadang terlupa pula nak update. Alih-alih jadi lain pulak.. kekekkeke.. mcm-mcm kan.

D_Y_H
Nak menulis kena ada upaya dari segi bahan & idea
Assalammualaikum wbt & SalamSejahtera,

Dayah just read artikel dari page Ummu Husna, artikel di dalamnya di tulis seolah saya membaca novel atau dia sedang bercerita kepada saya. Seronok membacanya. Satu artikelnya tentang Bidadari buat saya berfikir dan secara tidak langsung bergenang kelopak mata Dayah.

Artikelnya bukan sedih, tetapi mengenangkan layakkan diri bergelar Bidadari apatah lagi menjadi Ratu pada ahli Syurga (Lelaki Soleh yang dirujuknya)

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian, saya pernah terasa kosong hidup saya. Kadang-kadang terasa penuh warna-warni. Mendengar pula lagu ini dari blog Adik Husna (Anak Kak Ummi) hati saya menjadi sedikit tenang.

Lagu dari Maher Zain - For the rest of my life



Lagunya memberi makna mendalam cuba hayatinya. Cuba juga mencari calleringtonenya tapi tak ada la pulak. Tak apa, nanti permintaan dah banyak ada la kan. Buat kaum Adam hadiahkan lagu ini buat isteri kalian. Mereka pasti akan terasa sangat dekat dan di hargai kalian. Dan buat para isteri cuba ajak suami kalian mendengar lagu ini. Dayah yakin, hati yang panas akan menjadi sejuk kembali, Amin.

D_Y_H
Mencari dan terus mencari cinta illahi
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Cheer up ATEN!! Relax... relax.. that is not end of whole world.
You still have time to prove it.

No body is perfect, same goes to you.
Try again.
Remember, without failure you wont learn!
No easy way to gain

Cheer up Aten *those tak kenal aten, she the one with brown scarf and pink baju kurung*
There is always time for you, look for future. Don't look at back!

D_Y_H
Look for improvement rather than find your mistake, its a big mistake and wastage.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Siapa tgk cerita I'm not single? Angkat tangan sikit tepuktangan tahniah kerana menyokong industri filem tempatan. Siapa tengok cerita ADAMAYA di TV3 sekarang dalam slot Akasia?tepuktangan syabas kerana sampai rumah dengan cepat. Mesti dalam kereta, ehh cepatlah sampai rumah. Kekekeke.

Dayah mana tengok pun, hatta tgk TV seminggu sekali pun susah. Baru hari Sabtu lepas sempena kelas cancel terjah website TV3 nampak adv Adamaya, eh macam menarik. Sekali tgk eposide 7. Eh, boleh tahan. Lepas tu streaming dkt ofis mmg baik. Jadinya buka & sebelah type AP sebelah video bergerak muahahahaha. Mampus kalau bos taw. Siap video siap satu AP tepuktangan lepas tu baca balik.. hahaha.. kena touch up sikit bahasa yang bisa bikin MK naik darah.

Tapikan Dayah sukalah cerita tu. Sungguh ni. Sweet je rasa. Siapa-siapa yang tak berkesempatan nak tgk buatlah macam Dayah. Tapi buat after office hours yer. Sekurang-kurang tak ada la bersalah sangat. Hahaha.. mengajar eh Dayah jelir hidup kena ada nakal-nakal sikitkan. So selamat menonton. Adakah lelaki seperti Adam?

D_Y_H
Saya mmg suka nama Adam