Those days - masa jauh meninggalkan kita dengan memori semalam

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

(This post suppose to be posted on 2-November-2010, lama gila!)

When I young, what am I doing?
Hahahaha.. cool!
Semua meluat kot! hahahaha.. seriously I am. 
Polis sekolah... huhuhu...dan .. dan paling comot.. kahkahkah... seriously.. budak paling comot. Berseluar sepanjang masa. Tak reti nak jadi feminin langsung kecuali ke Sekolah sebab WAJIB pakai Baju Kurung kan. Kalau tak hanyut ngan baju seluar.. hahahaha..

Mesti ada adik2 yang bersikap seperti Dayah dulu kan? Kalau ada adik kalian macam ini, jangan di marah sangat. Tegur dengan baik. Lama2 dia bertukar juga. Perempuan kan, walau macam mana pun rasa ingin kelihatan cantik tetap ada dalam diri, cuma MALU nak tonjolkan. Iyakan?

Mohh kita layan gambar lama, hasil dari tagging di Facebook. 


Ermm.. agak2 yang mana Dayah kan? Ni Zaman jahiliah. Tak kenal tudung lagi.. huhuhu.. Darjah berapa ntah? Nampak tak pokok belakang tu? Pokok besar sebelah kiri? Nampak? Mengikut sejarah mulut ke mulut, pokok tersebut BERHANTU. Sekolah rendah Dayah ni bekas Jepun. Macam tu la ceritanya. Kenapa berhantu? Katanya tempat tu pernah tergantung mayat??? Benar atau tak pasti. Memang karut, asala pokok tu besar je dan rimbun serta cantik daun-daunnya. Mulalah orang akan kata pokok itu berpenunggu. Kan?



Dan dua gambar di atas adalah gambar sewaktu sekolah menengah. Haishh memang comot you.. hahahaha. Rock la konon. Siap tak bertudung *bila tak ke sekolah la*

Gambar di Matriks tak Scan lagi.. plus tak jumpa mana ntah Dayah simpan khazanah lama2 tu. Almaklumlah dulu mana ada kamera digital. Semua yang pakai kodak 36. Ingat?

Dan ini adalah kenangan terindah. Susah ohh nak pakai baju konvo before gradute. Dek kerana mahu bergambar bersama-sama, Dayah usahakan. Usul pada PM Dr. Norhayati dan buat surat sekali, terus Dayah naik jumpa Timb. Naib Canselor Akademik. Alhamdulillah, berjaya. 1st! Never happen. Dan rasanya dah jadi tradisi our program. hehehe. FREE taw! Kalau konvo kan kena bayar sewa jubahkan? hahahaha syok giler kot. Pakai, gambar & I returned back immediately. 

Dan ini kenangan di Germany. Bersama rakan-rakan gaduh, suka sama-sama, nangis pun ado. Debat dan meeting sampai pagi. Perghhh.. terbaik. Dayah ni di gelar KEDEKUT! hahaha.. pegang amanah orang kenalah beringat-ingat. 

Ini antaranya memory terjumpa di facebook. Dalam simpanan masih banyak. Sekarang ni guna digital, banyak pembaziran gambarkan? Dulu 36 kodak, kita beringat2 nak pakai. Ambil yang penting je. Sekarang setiap sudut muka pun nak ambil?? hahahaha.. lawak sungguh. Nak nampak kurus ambil gambar muka dari atas. Adoiii la. Nak kurus ambil gambar dari sudut mengiring.. hahaha.. Macam-macam gaya. 

D_Y_H
Menguap entah berapa kali. Baru selesai kemas buku2 dalam bilik. Study tak habis-habis lagi ni. RISAU!

1 comments:

Cik Cip Puding said...

wahhh gambar sekolah lame tuu... hehehe..