Unplanned travelling & Lembu yang di Korban

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Raya Korban yang lalu apa yang kalian korbankan? Lembu? Kerbau? Kambing? Ke Ayam? kekeke gurau ek =P Dayah? Korban masa, Korban Hati. Tiba-tiba mood gila datang, boleh masuk office ek. Adoi la. Ko ni kenapalah Dayah oii.. sah senget dah pemikiran. Mama memang bengang habis. Huhuhu. Kebetulan mengejar qtr report tu yang Dayah turut sama terkejar-kejar jadinya. Hola..hola.. begitulah nasib orang makan gaji kan?

Berbalik pada cerita Korban, Abah Dayah memang orang paling busy setiap kali Korban. Sebab dia toke lembu.. hehehe.. Dari zaman Dayah kecik2 sebelum masuk sekolah lagi Abah di beri kepercayaan dekat Kem menyembelih lembu. Kita orang sekeluarga sememangnya Raya haji tak pulang beraya. Cuma di sini sahaja kami. Walau tak pulang tetap meriah. Tetap meja penuh makanan lazat2. Almaklumlah, mama Dayah Chef terbaik di hatiku. Hehehe... best oohh..

Nak jadi cerita, Abah Korban kan lembuh entah yang keberapa ekor ntah hari ke-3 Jumaat Malam. Kebetulan hari tu Dayah cuti. Sebab siangnya kena follow up. So malam tu terkedik-kediklah Dayah pung pang pung pang ke dapur. Jerit-jerit kat bibik,
- Bibik bikinkan Air Teh
- Bibik panaskan nasi
- Bibik jom kita letak makanan kat luar
- Bibik cawan mana
- Bibik pingan.. pinggan....
- Bibik nasi tak cukup....

hahahaha.. macam minah kepoh dah Dayah. Semua pun bibik. Nasib baik Bibik ni boleh layan. Bibik ni suka nyanyi2. Macam-macam lagulah dia nyanyi. Eh dah jadi cerita Si bibik la pulakan. Dan malam tersebut berlakulah peristiwa menyembelih Lembu lagi. Kali ini 2 ekor lembu Abah Korbankan. Katanya Korban tersebut ada tempahan dari seorang Professor ke Doktor? Entahlah.

Senjata pembunuhan.. muahahaha .. eh x la .. inilah Peralatan sembelihan milik Abah.






Muahahaha... ada lah marah ni.. kekekeke.. =P
Aktiviti penyembelihan mahu bermula.. Abg. Ali is here. So dia jadi tulang belakang abahlah. Si tukang tambat Lembu dan juga tukang lapah. Alahai Abg. Ali. Dayah? hehehe.. kerja baik punya. Tukang pegang tikar. Kehkehkeh. Yerlah nak sembelih 2 ekor sekali. Makanya kenalah seekor demi seekorlah harus di tumbangkan. Sementara nak menanti giliran, Dayah kenalah jadi penghadang.. moh kita layan gambar ni

Nampak di mana Dayah? hehehe... cari2.. kekeke


Dan..... terjadilah UNPLANNED TRAVELLING DAYAH! Perghhhh PENAT giler kot! Dayah dah selamat bersiap-siap mahu keluar melawat sahabat yang baru menyambut kelahiran. Sekali Abah, mama bising2 kat bawah pasal nak balik kg. Ok la kan. Sebab kita orang dah Setahun lebih tak baik kg. Tok Wan and Tok maybe rindulah kot? Maybe tak kot.

Abah kata balik drive! WHAT! Oh cannot! Cannot! Mana boleh. Drive dekat2 tak apalah. Ini jauh kot! Dayah memang tak kan bagi punya. So carilah tiket flight. Dah cari baik punya. Sekali, dia tak mahu. Makaihhh bapak aq ni! Dayah tengah banyak kerja kot and one more thing dah janji ngan Ana nak pergi melawat kawan-kawan. Tinggal nak start kereta je lagi. Memandang kedegilan Abah yang nak juga naik kereta yang dia baru di tukar 4-4 biji tayarnya. So Dayah decided! ABAH ALONG BALIK! Memang tak di sangka. About 5 hours ++ sampailah kami ke Alor Star. Sampai sahaja. Salam tok n wan n makjang n makcik n makteh n..... hehehe x dak sapa dah. Ajak Damia & Makcik serbu Pekan Rabu. WHAT! hahaha... Dayah memang gilakan! Tak reti penat ke? hahaha.. terpaksa beb! Esok pagi2 dah nak bertolak semula pulang. Masa tu jam di tangan sudah 645petang.
Di pekan Rabu... mencari apa lagi IKAN PEKASAM LALALALA.. sedap ooooo
Datin with Damia, she GROWING UP... besar dah kan... dan dah pandai bercakap...
Balik dari shopping.. Dayah mencari mee mamak da... hahaha.. I like! Balik Alor Star for sure akan cari mee goreng. Seciput je pun RM4! WHAT! Giler mahal! Maulana lagi murah kot! Lebih banyak kot! Hangpa cekik DUIT! ish ish ish.. tapikan... Sini mee goreng mamak mana ada bubuh daging kan? Sana ada. Mungkinkah daging yang seciput itu di berharga?? Layan je la... janji SEDAP!

Lepas tu, mana boleh balik rumah Abah je kan. Laju2 kita orang makan. Balik rumah mama pulak. Dekat je weiii.. dalam 15 minit la. Jumpa tok yang dah makin melidi.. Dan tok wan yang dah baik pendengarannya. Sanggup tu tok wan dok bersembang ngan kami sampai jam 11 lebih kot. Hambik ko. Mak Ngah paling lawak. Ada ke suruh dia buka pintu, dia kata Dayah tipu! hahaha.. sekali terkejut badak tengok Anak buah dia yang comel ini pulang. kekekeke. Comel ke? kekeke.. comel taw =P
Comelkan? I mean TOK saya dan Dayah jugek =P
Tak lupa kami kena jugalah singgah semua rumah mak sedara, rumah makcik, rumah mak ndak, dan rumah pak chaq. Rumah pakchaq ada Airil la. Apa lagi kacau Airil yang masih membuta, sampai dia terlanggar dindinglah. Mujur tak keriau!
See.. his cheeky face and cute Damia...
..... Angah pun Sibuk juga nak usik Airil... Dah besar dah anak sedara Auntie D ni..

Besar dah dia kan... 2 yrs old.. Dulu baby lagi.. now.. haishhh how times flying so fast...
....... and mestilah Airil nak posing ngan Auntie D kan....
Seee.... KAMI YANG COMELLLLL.. muahahahaha
and then... pulang semula ke rumah Tok Yam... ambil Abah. Nak kena return back to KL da... less than 24 fours kami dari KL-Alor Star-KL perghhh tiring sungguh.
That my TOK WAN... he look so ill... balik ni sebab Tok Wan dah nangis teringat anak sulung dia. Tok Wan Dayah ni ada penyakit pelupa. Memory dia cuma ada masa lampau. Sedihkan. Dia tak ingat kita. :(( I miss my old TOK WAN. TOK WAN yang benci Mahathir.. percayalah. Kalau dulu dia akan marah kalau ada berita kerajaan dalam TV. Dia kata depa ni mengarut ja. TOK WAN penyokong TEGAR PAS. Dulu la. La ni tak siapa peduli dah. Tok Wan, walau tok wan tak suka Che Det tapi Along suka sangat Che Det dan Tok Wan. Dua2 Wira hatiku. InsyaAllah ada masa kami pulang lagi. Keterbasan waktu membataskan segalanya.
D_Y_H
Amar & Amir is here... nak jalan2 ke MAHA... layan anak buah lagi... Jomm korang

1 comments:

Riha NCL said...

Riha bagi Dayah Award.
Nanti amek ye kat blog Riha...