New Born - light up our life

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Congratulation to both ma friend, Murni & Amai. Baby of October 2010. Both dapat Baby Girl, Pinky la kita hehehe.

Nama nak dekat2 dah ..

Murni - Adelia Arissa (katanya Ayahnya yang nak sangat, anak Ayah la nanti ni.. hihihi..tapi mmg pun.. anak sulung selalunya anak ayah =P) Apa maksud di sebalik nama Adelia? Maknanya KEADILAN KITA dan Arrisa pula maknanya azam dan kuat.

Amai - Mia Adelia Zahra (terkenan dengan Mia Sara agaknya kan Amai? hehehe.. di panggil dengan nama Zara.. sweetnya..) Mia, Dayah tak jumpa maknanya. Adelia pula maknanya keadilan kita dan Zahra membawa maksud BUNGA

Ada tokoh tak?
Angah a.k.a Bai memangku Zara. Ada tokoh mummy tak? Sure ada yang setuju ni. kan.. kan .. kan.. hehehe..

Sayalah Zara
Ke rumah Amai dulu. Kami tu, Dayah and the sister plus Nora and Epy (Matriks buddies) Lama giler kot tak meet depa ni. Especially Noralah. Kalau Epy tu pernah jugaklah terserempak kat kenduri kawan Elly dulu. Pendiam mak labu ni.. hehehe.. Epy la. Tapi kali ni, baru taw banyak cakap juga Epy ni. Bakal melahirkan di bulan Feb tahun depan. Mudah2an semuanya selamat ya Epy.

 
Geram tengok! Sepanjang kat rumah Amai bercerita pengalaman dia bersalin. Amai kena operate sebab jantung baby dah lemah. Amai kata dia bersalin package, sebab bersalin dan keluarkan sekali Cyst. Dia tak sedar langsung dia selama ini ada Cyst. Bila dah keluar Baby baru doc discover ada Cyst, besar ooo 6X7 *tak silap* so terus doc buang. Bahaya taw biarkan! Amai ingat dia preggy kembar, rupanya kembar tu Cyst. Lately banyak Dayah dengar cerita Cyst ni. Punca sukar dapat anak antaranya adalah Cyst. Korang tak akan rasa sakit dengan wujudnya cyst ni, so kalau nak tahu ada ke tidak Cyst perhatikan regular menses. Kalau tak betul, check with doc. Dan ada juga yang tak mengalami apa2 perubahan pada regular menses. InsyaAllah, Dayah akan buat new entri tentang Ovarian Cyst. Tentang symptom dan kaedah rawatan. Sebelum ini saya pernah menulisnya. Boleh refer LABEL: HOSPITALISED AND HEALTH

Tenangkan nampak baby tidur. Amai kata ini gaya dia tidur, hahaha. Terikut Ibu ya Zara. Zara belum seminggu lagi. Berbanding Adelia dah dekat 2 minggu.

Selesanya dia tidur di lenggan Amai. Kata Amai, Zara suka tidur macam tu. Lengguhla tangan, sebab tu kena lapik bantal supaya lebih selesa kan. Zara ni, kalau menanggis merah habis muka dia tapi suara segan nak keluar. Mungkin sebab ada tamu, jadi dia malu. hehehe.. 

 Baby Adelia tengah tidur. Masa kami sampai dia tengah tidur. Sampai balik pun masih tidur. Kami pegang pun dia tidur juga. Senangnya, mummy dia nak jaga.

 See? Kena usik2 pun tak sedar apa. Dia tetap layan tidur dia. Good Girl. Malam dia cuma bangun 2 kali saja, sama macam anak Amai juga. Baby memang malam bangun 2 kali je ek malam? Tak boleh ke dia bangun sekali je? *__* byk soal la Dayah ni.
  
Itu Nora berbaju Merah dan Epy yang pegang bantal baby. Nora now dah kurus! Sungguh kurus! Kalau dulu masa zaman Matrix memang jauh berbeza sangat. Tak macam Dayah, maintain je.. muahahaha.. 
Adelia dah kena bedung ngan Mak Tok dia. Baby kena bedung taw. Sebabnya:- 

1- Bayi tidak terkejut
2- Bayi berasa seperti masih berada dalam kandungan ibu. 
3- Bayi akan berasa lebih selamat dan selesa.
4- Mengelak bayi mencakar mukanya. 
5- Supaya kaki bayi tidak kengkang *betul ke istilah ni?*

So mummy, sila bedung bayi anda ya. Ini petua orang-orang lama. Mak Tok Dayah kat kampung selalu buat macam ni. Di hamparnya kain lampin atas kakinya yang di lunjur lurus kemudian, bantal kecil akan letak di hujung kain. Lepas tu, bayi tadi diangkat dan di letak di atas kain. Lampin tadi akan menyelimuti bayi dan di semat Pin Besar di hujung lipatan. 

D_Y_H
Mood Study dah bermula dengan perlahan2.. mudah-mudahan saya mampu habiskan text & cases book tu.

2 comments:

izulman said...

Allah... comelnye baby... bau dah bedak bayi kt sni hehe

Dayah said...

Salam Izulman,

Comelkan.. hehehe.. dahsyat la hidung awk jauh tu boleh bau.. muahahaha... hebatlah