Slider

Saturday, November 27, 2010

Unplanned travelling & Lembu yang di Korban

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Raya Korban yang lalu apa yang kalian korbankan? Lembu? Kerbau? Kambing? Ke Ayam? kekeke gurau ek =P Dayah? Korban masa, Korban Hati. Tiba-tiba mood gila datang, boleh masuk office ek. Adoi la. Ko ni kenapalah Dayah oii.. sah senget dah pemikiran. Mama memang bengang habis. Huhuhu. Kebetulan mengejar qtr report tu yang Dayah turut sama terkejar-kejar jadinya. Hola..hola.. begitulah nasib orang makan gaji kan?

Berbalik pada cerita Korban, Abah Dayah memang orang paling busy setiap kali Korban. Sebab dia toke lembu.. hehehe.. Dari zaman Dayah kecik2 sebelum masuk sekolah lagi Abah di beri kepercayaan dekat Kem menyembelih lembu. Kita orang sekeluarga sememangnya Raya haji tak pulang beraya. Cuma di sini sahaja kami. Walau tak pulang tetap meriah. Tetap meja penuh makanan lazat2. Almaklumlah, mama Dayah Chef terbaik di hatiku. Hehehe... best oohh..

Nak jadi cerita, Abah Korban kan lembuh entah yang keberapa ekor ntah hari ke-3 Jumaat Malam. Kebetulan hari tu Dayah cuti. Sebab siangnya kena follow up. So malam tu terkedik-kediklah Dayah pung pang pung pang ke dapur. Jerit-jerit kat bibik,
- Bibik bikinkan Air Teh
- Bibik panaskan nasi
- Bibik jom kita letak makanan kat luar
- Bibik cawan mana
- Bibik pingan.. pinggan....
- Bibik nasi tak cukup....

hahahaha.. macam minah kepoh dah Dayah. Semua pun bibik. Nasib baik Bibik ni boleh layan. Bibik ni suka nyanyi2. Macam-macam lagulah dia nyanyi. Eh dah jadi cerita Si bibik la pulakan. Dan malam tersebut berlakulah peristiwa menyembelih Lembu lagi. Kali ini 2 ekor lembu Abah Korbankan. Katanya Korban tersebut ada tempahan dari seorang Professor ke Doktor? Entahlah.

Senjata pembunuhan.. muahahaha .. eh x la .. inilah Peralatan sembelihan milik Abah.






Muahahaha... ada lah marah ni.. kekekeke.. =P
Aktiviti penyembelihan mahu bermula.. Abg. Ali is here. So dia jadi tulang belakang abahlah. Si tukang tambat Lembu dan juga tukang lapah. Alahai Abg. Ali. Dayah? hehehe.. kerja baik punya. Tukang pegang tikar. Kehkehkeh. Yerlah nak sembelih 2 ekor sekali. Makanya kenalah seekor demi seekorlah harus di tumbangkan. Sementara nak menanti giliran, Dayah kenalah jadi penghadang.. moh kita layan gambar ni

Nampak di mana Dayah? hehehe... cari2.. kekeke


Dan..... terjadilah UNPLANNED TRAVELLING DAYAH! Perghhhh PENAT giler kot! Dayah dah selamat bersiap-siap mahu keluar melawat sahabat yang baru menyambut kelahiran. Sekali Abah, mama bising2 kat bawah pasal nak balik kg. Ok la kan. Sebab kita orang dah Setahun lebih tak baik kg. Tok Wan and Tok maybe rindulah kot? Maybe tak kot.

Abah kata balik drive! WHAT! Oh cannot! Cannot! Mana boleh. Drive dekat2 tak apalah. Ini jauh kot! Dayah memang tak kan bagi punya. So carilah tiket flight. Dah cari baik punya. Sekali, dia tak mahu. Makaihhh bapak aq ni! Dayah tengah banyak kerja kot and one more thing dah janji ngan Ana nak pergi melawat kawan-kawan. Tinggal nak start kereta je lagi. Memandang kedegilan Abah yang nak juga naik kereta yang dia baru di tukar 4-4 biji tayarnya. So Dayah decided! ABAH ALONG BALIK! Memang tak di sangka. About 5 hours ++ sampailah kami ke Alor Star. Sampai sahaja. Salam tok n wan n makjang n makcik n makteh n..... hehehe x dak sapa dah. Ajak Damia & Makcik serbu Pekan Rabu. WHAT! hahaha... Dayah memang gilakan! Tak reti penat ke? hahaha.. terpaksa beb! Esok pagi2 dah nak bertolak semula pulang. Masa tu jam di tangan sudah 645petang.
Di pekan Rabu... mencari apa lagi IKAN PEKASAM LALALALA.. sedap ooooo
Datin with Damia, she GROWING UP... besar dah kan... dan dah pandai bercakap...
Balik dari shopping.. Dayah mencari mee mamak da... hahaha.. I like! Balik Alor Star for sure akan cari mee goreng. Seciput je pun RM4! WHAT! Giler mahal! Maulana lagi murah kot! Lebih banyak kot! Hangpa cekik DUIT! ish ish ish.. tapikan... Sini mee goreng mamak mana ada bubuh daging kan? Sana ada. Mungkinkah daging yang seciput itu di berharga?? Layan je la... janji SEDAP!

Lepas tu, mana boleh balik rumah Abah je kan. Laju2 kita orang makan. Balik rumah mama pulak. Dekat je weiii.. dalam 15 minit la. Jumpa tok yang dah makin melidi.. Dan tok wan yang dah baik pendengarannya. Sanggup tu tok wan dok bersembang ngan kami sampai jam 11 lebih kot. Hambik ko. Mak Ngah paling lawak. Ada ke suruh dia buka pintu, dia kata Dayah tipu! hahaha.. sekali terkejut badak tengok Anak buah dia yang comel ini pulang. kekekeke. Comel ke? kekeke.. comel taw =P
Comelkan? I mean TOK saya dan Dayah jugek =P
Tak lupa kami kena jugalah singgah semua rumah mak sedara, rumah makcik, rumah mak ndak, dan rumah pak chaq. Rumah pakchaq ada Airil la. Apa lagi kacau Airil yang masih membuta, sampai dia terlanggar dindinglah. Mujur tak keriau!
See.. his cheeky face and cute Damia...
..... Angah pun Sibuk juga nak usik Airil... Dah besar dah anak sedara Auntie D ni..

Besar dah dia kan... 2 yrs old.. Dulu baby lagi.. now.. haishhh how times flying so fast...
....... and mestilah Airil nak posing ngan Auntie D kan....
Seee.... KAMI YANG COMELLLLL.. muahahahaha
and then... pulang semula ke rumah Tok Yam... ambil Abah. Nak kena return back to KL da... less than 24 fours kami dari KL-Alor Star-KL perghhh tiring sungguh.
That my TOK WAN... he look so ill... balik ni sebab Tok Wan dah nangis teringat anak sulung dia. Tok Wan Dayah ni ada penyakit pelupa. Memory dia cuma ada masa lampau. Sedihkan. Dia tak ingat kita. :(( I miss my old TOK WAN. TOK WAN yang benci Mahathir.. percayalah. Kalau dulu dia akan marah kalau ada berita kerajaan dalam TV. Dia kata depa ni mengarut ja. TOK WAN penyokong TEGAR PAS. Dulu la. La ni tak siapa peduli dah. Tok Wan, walau tok wan tak suka Che Det tapi Along suka sangat Che Det dan Tok Wan. Dua2 Wira hatiku. InsyaAllah ada masa kami pulang lagi. Keterbasan waktu membataskan segalanya.
D_Y_H
Amar & Amir is here... nak jalan2 ke MAHA... layan anak buah lagi... Jomm korang

Tuesday, November 23, 2010

You are BLIND when LOVE is in the AIR

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I LOVE YOU  atau nama lain SAYA CINTA AWAK *eh sopannya =P* atau TE AMO atau MAIN TUMSE MUHABBAT KARTA HOON atau ANA AHEBIK atau KIMI O AI SHITERU atau WO AI NI atau DANGSINUL SARANGHEE YO atau CHAN RAAK THER atau AKU TERNO KOWE atau ....... banyak lagilah bahasa2 lain dalam dunia ni. *wahhh .. Dayah dah advance bahasa.. muahaha*

Bila rasa CINTA  http://www.emocutez.com wujud dalam diri seorang manusia, katakan apa sahaja padanya ia Ibarat mencurah air ke daun. KETEGAQ!! http://www.emocutez.com buat pekak je!  Sungguh, banyak kali Dayah menghadapi situasi ini. Tidak kira keluarga mahu pun teman akrab. Ibarat "kenyang" tak perlu di suap makan dan minum. Bagi dia, ku pandang kiri CINTA, ku pandang depan KASIH, ku padang kanan SAYANG dan ku padang belakang SUKA http://www.emocutez.comKenapa tiba-tiba muncul ORANG BUTA bila CINTA BERTEBARAN DI UDARA? http://www.emocutez.com ~ Dayah terkilan dengan sahabat yang dahulu kukuh pendirian kini hilang arah (manusia tidak pernah sempurna, bila ada sahabat yang jauh kita kena bantu tarik dia dari terus hanyut)

Cinta memang boleh buat orang HILANG PERTIMBANGAN ek? 
Cinta memang boleh buat orang TAKSUB ek? 
Cinta memang boleh buat orang HILANG INGATAN ek? 
Cinta juga buat orang TIDAK TETAP PENDIRIAN ek?
Cinta jua buat orang PANDAI jadi BODOH ek? 

oh negativenya kau ni Dayah! hahaha tet! Bukan semua CINTA membawa impak negative dalam kehidupan individu tapi kebanyakannya. Dewasa ini, itulah yang kita sering baca di dada akhbar, tak gitu? Masalah remaja bersepah2 di dada akhbar dan tak kurang di dunia tanpa sempadan ini *internet lol* Bukan remaja sahaja problem orang dewasa terlebih problem juga tak kurangnya. Semuanya kuasa CINTA. Dan ada hadis Nabi yang bermaksud, 

”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.” -Hadith Muslim-

Jangan terkejut, takutlah kepada WANITA. Kepada WANITA, mahu tergolong kepada pendorong faktor NEGATIF? Tanya diri dan sentiasa muhasabah diri. Orang lain tak boleh mengubah kita, jika kita tidak mahu berubah. Pokok pangkal diri sendiri. 


Buat yang sedang hanyut BERCINTA, teruskan berCINTA dengan cara yang positif bukan ke arah negatif yang membawa kepada kemudaratan. Jom kita layan lagu ni, best taw.. ia bukan sekadar lagu tapi nasihat



D_Y_H
This post is suppose to be posted on 23-Oct now is 24-Nov.. hahahaha busynya lah Dayah ni kan.. huhuhu.. I need more hand.. I need more leg.. cukup2 la Dayah.. kalau terlebih semua karang dah tak normal kan. sudah jadi istimewa kan. Huhuhu.. Saya penat + pening .. hahaha http://www.emocutez.com

Wednesday, November 17, 2010

Semua manusia di lahirkan BAIK - Jadi jangan buruk!!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semua manusia di lahirkan ke dunia baik. Tidak seorang pun bayi yang kita lihat-lihat terus melakukan kesalahan kan? Jadi kenapa ada yang bertukar kepada BURUK? Buruk di sini bukan rupa paras tapi budi dan pekerti yang buruk.

Banyak sangat dah sikap BURUK masyarakat kebelakangan ini, antaranya:
1- Tidak hormat orang~ siapa pun dia kena hormat, hatta pengemis sekali pun~ KURANG AJAQ!


Remaja kan?

2- Mana hilang segan silu kalian orang timur ~monyet di hutan pun tahu malu nampak orang.. haisshh~ TAK MALU!


Remaja juga kan?

3- Buang bayi macam buang sampah ~tabloit tempatan banyak paparkan berita ini kan?~ TAK FIKIR DOSA? MANA KEPERIMANUSIAN?


Keluh banyak pun tak gunakan. Ayuh lihat sekeliling, pandang keluarga, rakan terdekat. Jangan biarkan mereka terus terjerumus jauh. Andai ia payah, mintalah bantuan dari DIA. Teruskan usaha, teruskan berDOA. Dayah juga pernah berada dalam situasi ini betapa sukarnya, payahnya mahu menegur. Di tegur ibarat mencurah AIR KE DAUN. Sekurang-kurangnya, tugas sebagai seorang hamba kita telah laksanakan. JANGAN HANYA LIHAT! Tapi jangan sampai memudaratkan! Lakukan apa yang kalian mampu.

4 - Menipu! ambil RIBA keterlaluan! ~riuh gosip itu ini, cerita sana sini, global crisis lagi (sekarang Ireland), semua puncanya ~RIBA. Akibatnya? Perniagaan LINGKUP!~

Nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.” dari Dari Hakim bin Hizam r.a

Berniagalah secara professional. Sekarang kayalah. Tapi esok lusa? REMEMBER - CAN YOU SUSTAIN YOUR BUSINESS??? Without STRATEGY! WITHOUT Planning! Without GOOD ATTITUDE! IT WON'T LAST! Remember WorldCom? Enron? and many more to list. *~Ehem~Financial Islamic tu BAGUS taw~*
Cukup dulu 4, Dayah mahu sambung mengira account yang tak balance-balance ni. http://www.emocutez.com ohh.. sekupang.. dua kupang.. ohh.. tiga kupang.. TUHAN BERI KU KEKUATAN! Sapa rajin sila sambung.. ngeeee.

D_Y_H
http://www.emocutez.com
Ku berlari ke hadapan tak pandang belakang!

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Korban

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Greeting all MUSLIM SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Orang yang berkemampuan di tuntut untuk melaksanakan korban;

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya” 

Oh ya.. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Esok (9 Zulhijrah) bagi mereka yang mampu melaksanakan. Mudah2an segala amal di terima Allah, Amin.

D_Y_H
http://www.emocutez.com
Saat ini mahu JERIT sekuat hati!!!

Saturday, November 13, 2010

Ireland Muflis?????

Assalammualaikum wbt & Selamat Sejahtera,

Ireland tu celah mana Dayah? tet! ahahaha salah sebuah European. Ramai juga rakyat Malaysia memilih Ireland sebagai Destinasi untuk sambung belajar bagi pelajar perubatan dan tak kurang juga ramai yang buat ACCA di sana. Saya ada kawan yang menetap di sana, lepas habis belajar katanya nak bekerja di sana dahulu beberapa tahun sebelum kembali pulang berkhidmat di Malaysia. Dayah suka singgah facebook dia sebab banyak cup cakes comel2. She good in baking kek and deco. Comel sangat and she has lovely mummy yang rajin ulang alik Ireland - Malaysia. Bestnya.

As far as I know, Ireland is a peace country. Tak pernah sampai pun =P. Negara yang cantik dari pandangan mata ke dalam gambar ya.

Sumber: Google
Picture: Google
Cantikkan? For me yes. Bukan issue cantik atau tidak Ireland. Tapi cerita Dayah tentang DEBT CRISIS IRELAND. Anyone knows? Baru semalam, effect dia KLCI drop. 20 points if not mistaken, correct me if wrong. Information from who else my beloved BIG SISTER lor.. BAI a.k.a ANGAH. I'm SHOCKED! Happen because of BOND. Now they want to increase TAX and cut expenditure, this is how government work! They are almost going to bankrupt! OMG.

Interest rate dah naik 8.18% as at 10-Nov. How tinggi! Value for BOND fall down! and adakah sebuah lagi European country akan muflis?

D_Y_H
http://www.emocutez.com
Sedang berfikir.. ummmppppphh...

Sunday, November 7, 2010

New Born - light up our life

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Congratulation to both ma friend, Murni & Amai. Baby of October 2010. Both dapat Baby Girl, Pinky la kita hehehe.

Nama nak dekat2 dah ..

Murni - Adelia Arissa (katanya Ayahnya yang nak sangat, anak Ayah la nanti ni.. hihihi..tapi mmg pun.. anak sulung selalunya anak ayah =P) Apa maksud di sebalik nama Adelia? Maknanya KEADILAN KITA dan Arrisa pula maknanya azam dan kuat.

Amai - Mia Adelia Zahra (terkenan dengan Mia Sara agaknya kan Amai? hehehe.. di panggil dengan nama Zara.. sweetnya..) Mia, Dayah tak jumpa maknanya. Adelia pula maknanya keadilan kita dan Zahra membawa maksud BUNGA

Ada tokoh tak?
Angah a.k.a Bai memangku Zara. Ada tokoh mummy tak? Sure ada yang setuju ni. kan.. kan .. kan.. hehehe..

Sayalah Zara
Ke rumah Amai dulu. Kami tu, Dayah and the sister plus Nora and Epy (Matriks buddies) Lama giler kot tak meet depa ni. Especially Noralah. Kalau Epy tu pernah jugaklah terserempak kat kenduri kawan Elly dulu. Pendiam mak labu ni.. hehehe.. Epy la. Tapi kali ni, baru taw banyak cakap juga Epy ni. Bakal melahirkan di bulan Feb tahun depan. Mudah2an semuanya selamat ya Epy.

 
Geram tengok! Sepanjang kat rumah Amai bercerita pengalaman dia bersalin. Amai kena operate sebab jantung baby dah lemah. Amai kata dia bersalin package, sebab bersalin dan keluarkan sekali Cyst. Dia tak sedar langsung dia selama ini ada Cyst. Bila dah keluar Baby baru doc discover ada Cyst, besar ooo 6X7 *tak silap* so terus doc buang. Bahaya taw biarkan! Amai ingat dia preggy kembar, rupanya kembar tu Cyst. Lately banyak Dayah dengar cerita Cyst ni. Punca sukar dapat anak antaranya adalah Cyst. Korang tak akan rasa sakit dengan wujudnya cyst ni, so kalau nak tahu ada ke tidak Cyst perhatikan regular menses. Kalau tak betul, check with doc. Dan ada juga yang tak mengalami apa2 perubahan pada regular menses. InsyaAllah, Dayah akan buat new entri tentang Ovarian Cyst. Tentang symptom dan kaedah rawatan. Sebelum ini saya pernah menulisnya. Boleh refer LABEL: HOSPITALISED AND HEALTH

Tenangkan nampak baby tidur. Amai kata ini gaya dia tidur, hahaha. Terikut Ibu ya Zara. Zara belum seminggu lagi. Berbanding Adelia dah dekat 2 minggu.

Selesanya dia tidur di lenggan Amai. Kata Amai, Zara suka tidur macam tu. Lengguhla tangan, sebab tu kena lapik bantal supaya lebih selesa kan. Zara ni, kalau menanggis merah habis muka dia tapi suara segan nak keluar. Mungkin sebab ada tamu, jadi dia malu. hehehe.. 

 Baby Adelia tengah tidur. Masa kami sampai dia tengah tidur. Sampai balik pun masih tidur. Kami pegang pun dia tidur juga. Senangnya, mummy dia nak jaga.

 See? Kena usik2 pun tak sedar apa. Dia tetap layan tidur dia. Good Girl. Malam dia cuma bangun 2 kali saja, sama macam anak Amai juga. Baby memang malam bangun 2 kali je ek malam? Tak boleh ke dia bangun sekali je? *__* byk soal la Dayah ni.
  
Itu Nora berbaju Merah dan Epy yang pegang bantal baby. Nora now dah kurus! Sungguh kurus! Kalau dulu masa zaman Matrix memang jauh berbeza sangat. Tak macam Dayah, maintain je.. muahahaha.. 
Adelia dah kena bedung ngan Mak Tok dia. Baby kena bedung taw. Sebabnya:- 

1- Bayi tidak terkejut
2- Bayi berasa seperti masih berada dalam kandungan ibu. 
3- Bayi akan berasa lebih selamat dan selesa.
4- Mengelak bayi mencakar mukanya. 
5- Supaya kaki bayi tidak kengkang *betul ke istilah ni?*

So mummy, sila bedung bayi anda ya. Ini petua orang-orang lama. Mak Tok Dayah kat kampung selalu buat macam ni. Di hamparnya kain lampin atas kakinya yang di lunjur lurus kemudian, bantal kecil akan letak di hujung kain. Lepas tu, bayi tadi diangkat dan di letak di atas kain. Lampin tadi akan menyelimuti bayi dan di semat Pin Besar di hujung lipatan. 

D_Y_H
Mood Study dah bermula dengan perlahan2.. mudah-mudahan saya mampu habiskan text & cases book tu.

Thursday, November 4, 2010

Happy Diwali my dear friend

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,




To all my dearest friend, wishing you HAPPY DEEPAVALI

May the glow of PROSPERITY, HAPPINESS and JOY BRIGHTEN your day in the year ahead.

and not to forget... HAPPY HOLIDAY EVERYONE! Enjoy our holiday with family and maybe you can cook some dishes and make them SMILE

D_Y_H
Kadang-kadang kita lupa erti hormat. Walau apa pun agama kita, bangsa kita, kefahaman kita tapi kita masih manusia yang sama punya kehendak yang berbeza tapi penghujungnya misinya HAPPINESS. Jadi hormatlah yang lebih tua dan bahagiakan mereka kerana belum tentu yang TUA itu akan pergi dahulu. Mati tak mengenal usia. Bersiap sediakah kita?

Tuesday, November 2, 2010

"filing kat sini macam rojak! Tapi rojak tu SEDAP dan yang ini pula menyusahkan"

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

"filing kat sini macam rojak! Tapi rojak tu SEDAP dan yang ini pula menyusahkan" :))) nak tergolak den! Adooyaii.. mcm2 - conversation between me and my colleagues pada suatu hari yang panas!
Gambar: Google

Messy kan? Kalau Dayah masuk client office file macam ni boleh horrible. Mau tak siap keje. Ate dah cari document tak jumpa. Macam mana tu?? Kalau EA boleh bagi qualified (for problematic accounts / documentations or such) kalau IA bagi Finding - poor filing system.

Gambar: Google
Satu lagi hobby, suka benar orang semakkan dekstop. Betul tak? Make it organise people. Semak mata tengok. Sudahlah nak mencari pun susah. Why not put in one folder and name it, by your work. Susah ke? Janganlah semua pun nak bubuh dekat desktop. Sarat. Simpan dalam FOLDER. Create FOLDER. Kalau tidak jangan terkejut, out of sudden you can ter"DELETE" it's happen!!! So before terkena, please clean up your mess desktop.

Tips mudah:-
1- Organise all you document by type of WORK (differentiate it)
2- Do scanning virus every morning before start work! (taw la bukan co/laptop sendiri tapi amanah untuk di jaga)
3- Scan disk tooo... schdule it once a week!
4. Clean all habuk2 pada keyboard (tak bernafas keyboard tu dengan segala habuk2 - tak ada p beli kat Tesco ada jual - khas for keyboard.. warna PINK pun ado. hehehe)
5- Jangan letak barang on top of your laptop (I always forget this!!! hayooo.. teruk betul! DON'T DO)
6- Don't leave your laptop dalam kereta!! (please2 DON'T, nowadays ada gadget yang boleh detect your laptop even being hiding. So PLEASE BE REMINDED!)

Ok, I should STOP membebel! hahahaha.. see you guys soon .....

"Kita tak sempurna tapi kita mampu jadi sempurna, berusahalah" CIAYOKKKKK *saya senyum dekat awak ni ^___^ senyum tu sedekah .. so please jangan jadi kedekut.. lama2 muka hilang seri =P*

D_Y_H
Hiding all feeling to make other people happy is me sometimes and being mengada-ngada is me also but SOMETIMES.. hahahaha.. *apa ko ngarut ni Dayah!!*