Sila masak AYAM MASAK ROS kerana saya merindui anda

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alahai sweetnya! Sweet macam gula-gula. thehehehehe... *sengih sampai telinga* Itu tandanya dia rindu sangat dah nak makan ayam masak ros. Ceh ceh ceh... dan rasa nak buat nasi tomato open house ni. Hahahaha.. pada hal abang tak balik pun.

*ohh entry ini sepatutnya di published pada 29-Sep-2010.. dek kerana saya tulis sekerat2 dan kebusian.. makanya terlambatlah ia keluar..hehehe.. boleh ek?*

Adik saya seorang ini memang macam-macam. Kadang-kadang dia call dan panggil saya "hello bro" wahhh kakakmu sudah transform jadi lelaki sejati kah?? hahaha.. layan je la. Al-kisahnya, memang sedikit berperangai kasar kot.

Kononnya mahu pulanglah pada Open House yang lalu. Tak apa BRO! I know you have XM.
Gambar: Hasil Google [tuan punya gambar saya guna yer ;) terima kasih. hihihi]
Ini memang makanan favorite dia. Asal pulang sahaja, inilah yang di minta. Kadang-kadang tak terbuat. Balik tak kena masa. Meh Dayah nak kongsi sedikit resipi Dayah ni, sama je kot dengan orang lain.

Bahan-Bahan
A
1 Ekor Ayam (potonglah berapa pun, kecik2 lagi best kot)
Kunyit dan garam secukup rasa

B
10 tangkai cili kering (nak pedas tambah lah lagi.. tak mo pedas kuranglah - rasanya ok kot)
2 ulas bawang besar (potonglah kecil2, holland boleh hat merah pun boleh - mana2 lah yang anda suka)
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 batang serai (di racik kecil2)
1/2 inci lengkuas

C
Minyak (4 sudu cukup)
2 Kulit kayu manis
2 Bunga cengkih
2 Bunga lawang
2 helai Daun pandan (diikat) / Daun limau perut
200grm Santan ( ikut suka nak letak lebih pun boleh)
Garam secukup rasa
Tomato (jika mahu)

Caranya:-
1- Goreng Bahan A hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak yer.
2- Blend semua bahan B. Kalau Dayah asingkan cili. Bahan lain blend sekali. Terpulang pada individu.
3- Panaskan minyak dan masukkan Kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Kemudian terus masuk bahan yang di blend (bawang dan bahan lain). Setelah naik bau dan baru masukkan cili. Masak cili dahulu sehingga pecah minyak yer @ sehingga bau cili kering tadi sebati dengan semua bahan.
4- Masukkan Ayam dan daun pandan / daun limau perut dan tomato.
5- Setelah gaul mesra, barulah masukkan santan dan garam secukup rasa. Dan sedia untuk dihidang.

Senangkan. Tak perlu beli instance. Masak ni kawan-kawan tak susah bila kita rajin nak buat. Jangan risau tangan tu kasar. Losyen kan ada =P dan jangan sesekali malu mencuba. Tak berapa nak jadi kita cuba dan cuba lagi kan. Saya berpegang pada "JANGAN MUDAH PUTUS ASA. TAK JADI BUAT LAGI" hehehe

D_Y_H
Habis XM nanti Ally balik.. mesti dia akan request. Kadang-kadang dia rajin juga tolong di dapur dan Ally punya tangan yang berseni. Dia kalau tekan samperit, CANTIK!!

2 comments:

Afizz said...

Nampak sedap je ayam masak ros nih... nak try buat lah :)

Entry Terkini MemoriSeorangMuda:
Aku 'Tak Sabar' Nak Tunggu Final Year

Jangan Lupa Jadi Follower :)

Dayah said...

Salam hi Afizzz,

hahaha.. gambar cuma yang di ambil dr google..

Cuba2 jangan tak cuba..

I'll follow you ^___^