Ehh .. ramainya orang? Orang muda mudah lupa? @ Orang tua yang kuat ingatan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa yang ramai orang? Nak taw apa yang ramai orang..... sini nak tunjuk.....

Gambar dari Google

Gambar dari Google
Orang ramai? Masjid? Apa tu Dayah? Apa yang Dayah nak sampaikan di sini. Masih ada lagi orang kita yang tidak lupa berjemaah di Masjid. Budaya ini telah lama di tinggalkan terutama bagi golongan muda-mudi *like me.. eceh nak juga muda =p* 

Fenomena orang berpusu-pusu ke Masjid / Surau kita tidak mungkin dapat lihat jika bukan di Tanah Haram. Pantang dengar bunyi semua orang akan cepat-cepat menuju ke rumah Allah. Kedai-kedai makan turut sama di hentikan perniagaan. Tapi di sini? Tidak! Benarkan?
Baru-baru ini Dayah ada tugasan di Negeri Serambi Mekah, mana lagi Kelatan. Negeri di bawah kepimpinan Tok Guru. Di sana, hari Jumaat jangan harap senang nak cari lunch. Semua kedai akan tutup. Dayah bersama 2 lagi rakan bukan Islam.

2B- Akak kenapa semua kedai tutup?
D- Hari Ini hari Jumaat, weekend here
2B - Pelikkan. Better Sunday & Saturday
D-  Difference state difference head

Mereka angguk. Iyerlah, negara kita ada 2 parti politik yang berbeza pandangan dan perjuangan. Tak perlu Dayah ulas lebih di sini.

Mereka tidak faham. Bila kita terangkan akan mulalah bermacam soalan yang akan di tanya kembali. Sampai saya rasa cetek ilmu. Beginilah hidup bila bercampur dengan pelbagai bangsa dan agama. Kita kena bijak memberi jawapan. Bukan rungutan Dayah mahu utarakan. Tapi kelemahan diri, kerana kadang-kadang tak mampu memberi jawapan yang terbaik. Di sebabkan itu, belajar itu adalah WAJIB sampai ke liang halad. Setuju tak?

Oh ya berbalik pada tajuk asal, semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan Azan bergema. Waktu Isya'. Mata Dayah memang meliar memandang kiri dan kanan. *kot-kot ada yang hensem.. cuci mata =p*    memerhati negeri Kelantan dari sudut mata saya sendiri. Kiri dan Kanan jalan, orang berkain pelikat berjalan. Macam ada acara menarik *difikiran saya*. Terus saya memerhati. Rupa-rupanya semua mereka bergegas ke Masjid berhampiran. Kemudian mata saya meliar pula melihat ke dalam Masjid. Dah hampir 5 baris penuh.

Baguskan. Budaya yang harus kita terapkan pada anak-anak kita. Teringat saya pada satu rancangan di Oasis. Seorang Islam yang berhijrah ke German kerana mahu anak-anaknya mendapat belajar Islam dengan lebih baik dan tinggal berhampiran Masjid kerana mudah untuk berjemaah di sana.

Dan bila isu tinggal berdekatan Masjid ini saya tulis, teringat perbualan saya dengan seorang kawan bukan Islam.

KBI - You taw tak, nak beli rumah beli la dekat dengan Masjid.
D - Kenapa?
KBI - Tak laku, orang cina kata not luck.
D - Kenapa pula?
KBI - Bising ma. 
D - Bising sangat ke?
KBI - Iya la. Azan 5 kali sehari, lepas tu tambah dengan Al-Quran. Waktu lain tak kisah, tapi pagi2 mahu tidur bising ma. 

Fahamlah saya. Bersyukur, kerana saya lahir sebagai Islam. Itulah lagu yang menenangkan jiwa. Itulah santapan rohani. Tapi bagi mereka itu memanaskan telinga. Kerana? Kalian semua tahukan. Bila hati kita tidak boleh menerima Islam, semua tentang Islam bukan mudah untuk kita terima.

Beruntunglah kita. Tak payah berebut nak beli rumah dekat Masjid / Surau. Sure depa tak mau punya. Itulah fengshui terbaik buat kita seorang Islam. Cari dekat Masjid .

Satu lagi, perkara ini berlaku pada saya, beberapa minggu yang lalu. Teruja sungguh, waktu itu saya ke Tabung Haji. Sedang duduk menunggu giliran terdengar Azan. Sebenar Iqamat. *malu sendiri, mujur hati yang berkata* Tak perasan dihujungnya baru sedar Iqamat rupanya. Dan sebentar kemudian, terdengar Iman sedang mengimankan solat. Alangkah damainya suasana ketika itu. Kalau kini, semua tidak mustahil untuk saya dengar. Kadang-kadang tempat untuk solat juga kami kena rebut. Sudah tahu itulah tempat kami, di situ juga mahu di campak segala kotak dan document. Ini juga antara punca kenapa, seorang Islam tidak patut bekerja di tempat bukan Islam KECUALI mereka faham dan sediakan ruang yang sesuai untuk kita beribadah. Bukan minta ruang yang besar atau terselesa. Cukup ada sedikit ruang. Tapi, jangan anggap semuanya tidak bertanggungjawab, masih ada yang PEKA.

Ada satu company ini, pemiliknya bukan Islam, tapi dia menyediakan ruang yang selesa untuk pekerjanya beribadah. Alhamdulillah, majikan sebegini perlu di puji. Kelonggaran untuk beribadat juga di beri. 15 minit di beri untuk beribadat. Baguskan. Tapi jangan ambil kesempatan! Ada ya. 15 minit di beri untuk solat tapi masuk surau membuta!

D_Y_H
Perbaiki diri dari hari ke hari. InsyaAllah. Di sini orang muda lupa akan fungsi masjid tapi di sana tak kira muda tau tua. Semua serupa. Masjid adalah rumah Ibadah yang tidak di tinggalkan. 

5 comments:

Cik Cip Puding said...

Betul Dayah. It really bothers me so much watching guys especially yang tak menitikberatkan soal berjemaah, bersolat di masjid dan yang sewaktu dengannya... Jauh disudut hati ni.. sedih sangat sebab from that la kita tahu yang mereke mampu atau tidak dalam mendirikan institusi kekeluargaan yang dipimpin oleh mereka sendiri.

Mereka tak sedar betapa pentingnya solat berjemaah tu di masjid. Betapa pentingnya perkara tu dimana mereka akan praktikkan dirumah dan menjadi ikutan but anak² & isteri.

Disinilah bermulanya tahap pernghormatan yang tinggi buat mereka sebagai lelaki apabila dapat memimpin keluarga mereka sendiri. Maka lahirlah insan yang berguna.

Dayah said...

Salam Azrul,

Agree with you. Pada Dayah pun sama, melihat sahaja seorang lelaki itu menuju ke Masjid, automatik kita memandang tinggi padanya.

Zaman berubah, untuk melihat lelaki muda ke Masjid sangat kurang kecuali hari Jumaat. Itu pun masih bersepah kita boleh jumpa di Shopping complex mahupun kedai makan. Bila kita pandang, mereka pandang kita balik. Macam kita pula yang salah.

Dunia.. dunia...

mummy nana said...

solat tu tiang agama.
kalu lelaki tak solat abis la agama.
lelaki la tunggak segala nya.
sbb yg dijadikan 1st adalah lelaki iaitu ADAM. then baru Hawa. :)

Dayah said...

Salam Kak Nana,

Betul3x.
Bukan lelaki sahaja tapi wanita juga.

Cikkaikazie said...

dayah kat kampung saya tahun lepas ada dia tiga kerat orang ISLAM tulis surat kat Imam masjid mintak slowkan volume mengaji pagi2.diorang kata mengganggu masa tido dan terkejut anak kecik diorang. Saya baca surat tu...sedih tengok orang Islam sekarang...