Aiman tak kisah! Tapi kenapa? - October is Breast Cancer Awareness Month


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Situasi
Amina baru sahaja keluar dari sebuah klinik pakar, jalannya sungguh longlai. Emosinya terganggu. Baginya dunia ini tidak adil. Semalam dia sihat sahaja, kenapa hari ini dia di uji Tuhan. Sukar untuk dia mencerna 2 patah kata Dr. Munah sebentar tadi;

"....kanser payudara..."

Di khabarkan pada suaminya (Aiman) tentang perkara tersebut. Sebulan, 2 bulan, 3 bulan, .... setahun berlalu dan dia terus tabah menghadapi ujian Tuhan. Setiap hari di belajar menerima hakikat dan terus berubat. Tapi dia terkilan. Suaminya makin hari makin dingin dan mereka seolah orang asing. Dahulu semua perkara mereka kongsi bersama tapi bila dia mulai disahkan menghidap kanser, suaminya berubah laku. Salah dia kah, kanser menjadi sebahagian dirinya kini? Tidak pernah dia termimpi untuk jadi sebegini. Mulanya dia memang sukar terima, tapi kuasa Tuhan siapa mampu menidakkannya. Dia pasrah dan berharap berlaku keajaiban. Dan dia yakin Allah sentiasa bersamanya.


Yer Aiman memang selalu tak kisah!! Huhh! Marah ni! Dengar sahaja tadi berita di Hot.fm - 80% Lelaki di Malaysia gagal tunjukkan sifat "prihatin" kepada pasangan yang menghidap kanser payudara.

Siapa sahaja yang berada situasi ini, disahkan menghidap kanser pasti sedih. Tidak kira samada dia seorang lelaki atau wanita. Betul tak? Pasangan anda sudah tentu memerlukan sokongan, jadi janganlah biarkan dia tanggung segalanya sendiri. Sekurang-kurangnya anda ambil berat dan dapat mengurangkan beban emosi yang di alaminya. Jadi kaum Adam, buka mati dan hati. Ambillah berat. Jangan pandang remeh benda ini. Walau tidak terkena batang hidung sendiri tapi ambil tahu kerana kanser payudara adalah penyumbang no.1 kematian dan di tangga no.2 kanser servik. Breast Cancer bukan sahaja menyerang kaum wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali (minority cases). So people, lets create awareness among our community.


Estee Lauder Companies’ Breast Cancer Awareness Campaign 2010

Dayah kelmarin dulu ada terbaca di TheStar, tentang campaign awareness by Estee Lauder in Malaysia. Pernah tengok bangunan Sultan Abdul Samad kan? Beberapa hari lepas, bangunan tersebut telah di limpahi dengan cahaya "pink" sweet! Antara project Estee Laudeer. Dan dalam Bernama semalam, pihak Kementerian juga menyeru Syarikat Koprat untuk turut serta dalam kempen kesedaran kanser payudara ini. Tahniah buat Syarikat-syarikat yang turut serta dalam kempen ini.
Sebagai tanda sokongan pakailah warna pink Selamat bertukar! Hehehe. Comel juga kalau lelaki pakai warna pink kan? Dayah nak cari pin ribbon pink, siapa tahu dekat mana?

Fakta untuk pengetahuan bersama:-
1. Kira-kira 1.2 juta wanita di seluruh dunia dikesan menghidapi kanser payudara setiap tahun.
2. Malaysia, kanser payudara merupakan penyakit barah yang dicatatkan paling tinggi dihidapi wanita, suku daripada jumlah penyakit yang berdaftar. 

Entri lain yang mungkin anda minati:-
1. How to Survive a Heart Attack when alone?
2. Sengugut oh sakit tak? 
3. Stress
4. Ovarian Cyst
5. Menstrual Cycle 
6. Ovarian Cyst V

D_Y_H
"Memaafkan amat sukar tapi Memaafkan adalah perbuatan paling mulia" buang yang keruh ambil yang jernih. Sampai mana nak membenci, mengata sesama sendiri? Hakikatnya air di cincang tak akan putus! Tak kira siapa mulakan, siapa salah tapi salah kita terus bermusuh hingga jin & syaitan terus bersorak gembira.

0 comments: