Wanita Ibarat Epal (Shared)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Wanita ibarat Epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau, kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... AMIN


Sedikit pesanan buat kaum wanita;-

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”

Minta jauh kita jadi wanita seperti hadis Nabi di atas. Jangan gusar tentang persoalan jodoh mahupun kehidupan. Bohonglah kalau kata tak pernah terfikir tapi cukup berpada-pada dalam memikirkannya. Buat sahabat terdekat atau jauh jangan bersedih kerana Allah ada janjiNya. Dia tidak akan uji hambaNya tanpa sebab dan jikalau kita diuji cuba kita selidik semula mana tahu ada tingkah kita yang kurang baik dan sama-sama kita perbaiki.

Dan jangan sesekali putus asa dan teruskan memohon padaNya. Nabi pernah berpesan bahawa:-

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”

D_Y_H
Rasanya Dayah kena mula serius turunkan berat badanlah!! Asyik tak menjadi sahaja!! Apa kes?? Macam mana lagi usaha yang perlu ya? Fening sudah... Kena p duduk sama dengan mangsa perang di Palestin @ Afganistan baru nak Insaf aganya Dayah ni.. hehehehe..