Syok ke raya bila dah besar?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Senarai keperluan raya:-

1) Baju Raya
- Tak buat! hahahaha... Dayah sendiri tak prepare apa-apa. Ada beli masa p Jakarta konon nak buat baju raya la sepasang, hampeh tersimpan baik dalam lemari. Macam mano? Korang dah buat? Tema apa? Mesti lip lap-lap kan.. kan .. kan.. eleh.. mesti macam mak datin kan? kan? kan? hahahaa =P

Baju tahun lepas pun cantik lagi kan! hahaha.. so x yah membazir.. sarung je ke badan tanpa banyak bunyi.. hehehe *miss this moment.. which is not going to be happen again.. ppl change.. * mungkin kalian terlupa bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

2) Kasut Raya
- Pakai selipar sudah .. muhahahaha... x beli pun lagi.. memandang stock kasut tinggal kasut kerja yang hanya sepasang tu je.. maybe kena guna discount sms dari Pakcik Carlo.. baiklah.. kalau budget saya tak lari.. kalau lari kita kejar yer... hehehehe.. korang kasut mesti sedondon dengan baju kan.. kan .. kan...

3) Duit Raya
- haaa.. yang ni yang tak best! Mama.. napa lahirkan along dulu! huwaaaaaaaa.. nak jadi baby balik! Nak jadi baby balik! tak mo .. tak mo.. hahahahaha.. giler! hahaha... syukur dah tua Dah Dayah ni! ekekeke.. la ni kena bg duit raya da. Tapi Dayah bagi tok budak bawah setahun je la.. hehehe.. anda-anda yang dah besar jangan nak mengada!! =P Hahaha.. warning awal2 tu.. ekekeke.. wink wink.. agak2 taun ni ada dak mak sedara saya yang nak bagi duit raya lagi.. *kelip2 mata sikit* tahun lepas Dayah dapat taw! Ada dekat Rm50 jugak! Lepas duit minyak kete seminggu. ekekeke.. adik2 ni nak habaq ni.. kak long hampa sama macam korang "STUDENT" na.. hahahaha.. alasan untuk mengelat bagi duit raya.. hahahaha..

4) Kuih Raya
- Makcik tak buat lagi weiii! Nak beli?? Macam tak best je. Asyik-asyik beli! Tahun ni nak buat. Maybe this weekend. Nak gaul apa2 je bahan yang ada kat dapur tu. Uli2 la walau jadi roti canai sekali pun.. kahkahkahkah.. *itulah kalau tak reti masak! hahaha rugi sapa kawin ngan pompuan ni... hehehe.. cepat reject.. kahkahkahkah* roti canai bukan kuih la Dayah oii!!! hahahahaha.. layan... siapa rasa x mo keracunan kuih raya jangan mai rumah Dayah na.. ekekekeke...

5) Kereta Raya

My new car! Kereta raya u olll.. hahahaha.. *angan-angan je la =P*

- Amboi hang ingat hang anak Menteri pengangkutan! Kahkahkah.. cukuplah Mr. Black kesayangan hamba yang tak mandi 2 minggu tu! Apa 2 minggu!! hahaha... makcik sibuk you! Mujur hang hitam! Tapi nampak gak la debu2 jalan tu. Atoi... InsyaAllah la.. hari ni di usahakan.. Tapikan ada, mesti ada ni sedang menanti baby baru keluar before raya kan? Ada kan? Baik ngaku?? hehehe.. apa-apa pun hati-hati di jalan raya!

6) Rumah Raya
- Makkkkkk aiiii.. Dayah belum jadi billionaire lagi. Akak tak mampu you! Nak beli apartment pun tak tersampai hajat lagi. Ini rumah semata tok raya! Hang gila! Tapi ada woooo... sanggup tu.. "Rumah Raya" yang selalu kita nampak adalah cat rumah color baru! Sedondon pula dengan warna tema. Adeh, nanti masuk rumah tak nampak tuan rumah dah kata serupa warna cat rumah. hahahaha.. ade ke?

7) Langsir Raya
- Baru beberapa bulan lepas berabis beribu gak buat langsir. So raya no langsir baru! Cukup apa yang ado! Rumah mama Dayah ni kalau suruh tukar langsir baru, makaihhhhh makan berpuluh meter gak kot ntah-ntah beratus meter kain.. adoi! Makanya nantilah yer. Cantik lagi langsir tu. Tapikan dulu-dulu, masa rumah lama. Mama tiap-tiap tahun langsir baru, sarung kusyen baru. Pastu cantik-cantik je mama pilih. I like you mama! La ni. tak boleh la. Kerusi hat jenis tukar sarung tu mama dah tak pakai dah. Dulu langsir sliding depan je. La ni... omakkko.. banyak tingkap nak bubuh. Pengsan!

8) Sofa Raya
- Sudah-sudahlah tu membazir! Cukup pakai apa yang ada, kalau nak roboh pun tunggulah ia benar-benar roboh baru ganti baru.. hahahahaha.. Kalau salin baju dia tak pa la.. mama ari tu ada hantaq buat dua sofa antik dia tu salin kusyen baru, dalam RM2k kot. Material bagus. Kat bangi kedainya. Siapa-siapa nak pi la hantaq dari pi beli kusyen sampai RM10k satu set. Ni tukar baju dia 2 set baru RM2k. Jimat berapa ganda? Kira-kira... *aihh pakcik kedai.. apa lagi bagi diskaun kat Dayah na!!* hahahaha.

9) Dapur Raya
- Yang ini pun trend jugak! Asal nak raya ada je renovation sana sini. Tukar kabinet la tukar tile la.. tukar kerusi makan la.. tukar singki la.. nama pun perempuan ada 9 nafsu. Semua nak tukar. Botak kepala laki! Hahaha.. siapa suruh hang kawin dengan kaki kikis.. hahahaha. opsss.. jangan marah ya. Kawan-kawan, sebagai menteri kewangan rumahtangga buatlah budget tahunan. Fikir apa yang harus di dahulukan. Kebelakangkan benda tak perlu. Jadilah wanita bijak! Baru laki sayang lebih.

10) Hantu Raya.. hahahahaha =P

Cukuplah 10 dulu. Siapa-siapa nak tambah silalah tambah sendiri ya... Bila dah besar panjang ni, macam-macam persiapan raya nak kena fikirkan? Syok jadi budak-budak tak payah fikir, tunjuk-tunjuk je "mama nak ni" ... "mama nak yang tu" ... "mama tak mo la.. nak tu juga" .. ohh indahnya jadi kanak-kanak. Duit raya tok sah cakap, orang sibuk nak p sembahyang raya, dia sibuk nak beratuq minta duit raya! Haip!

P/s: Jangan membazir untuk beraya. Sederhana cukup. Dari hang pa membazir baik korang sedekah, taw tak:-

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”

D_Y_H
Tak mau beli apa-apa nak simpan duit berjimba-jimba ke KK. Ada siapa-siapa nak ikut? Silalah beli tiket sendiri! hehehehe..

2 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

melampau nau si dayah, bagi duit raya untuk budak satu tahun ke bawah..ha ha ha

Dayah said...

Salam Kak Yati,

kakakakaka... taw tak pe.. jimat belanja... budak atas setahun dapat la study card.. hehehe.. galakan supaya rajin study ^^_____^^