Salam Lebaran 1431 Hijarah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Raya.. Raya.. Raya..
Di kesempatan RAYA esok ni (baca 10/9/10 hari ni lah hehehe) Dayah ingin menyusun sepuluh hari memohon maaf andai ada kata-kata @ perbuatan saya yang menyinggung mana-mana pihak, saya juga insan biasa seperti kalian tak lepas buat salah. InsyaAllah cuba untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Nak sampai cepat pun kena hati-hati, kalau laju sangat takut tak sempat sampai ;)

Yang tidak pulang beraya, di mana sahaja pun raya kita tetap sama. Semua akan menyambut dan merasai nikmatnya berhari raya. Jangan sedih-sedih, ada umur panjang insyaAllah dapat pulang bersama keluarga.

Raya untuk di rai bukan untuk di tangisi

Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”

D_Y_H
Minta-mintalah bos bagi balik awal hari ni.. meh kita doa sama-sama ^^____~~

2 comments:

Marina Monroe said...

Aunty ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dayah, Maaf Zahir dan Batin.

Dayah said...

Salam Aunty Nani,

Salam Lebaran to u too Auntie..
Moga2 sentiasa sihat sepanjang Lebaran ni ya... ^^____^^