Raya cuma di sekitar residence

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Punyalah lama nak update pasal raya ni 2 minggu tu dok simpan jadi draft!! hahaha..

Dayah tahun ini beraya di our house ^^____^^ meriahnya sama terasa macam di kampung, bezanya cuma tak ada tok, tokwan, maktok, wan, dan ahli keluarga yang lain. ;( Riuh tetap riuh, almaklumlah mama abah ada 6 anak teruna & 1 anak dara... hahahaha tipu! hahaha.. terbalik daaa..

Raya pertama dan Ke-2 beraya sakan. Raya-3 dah cold down, yerlah hari esoknya Dayah keje daa. Malas nak keluar. Sekadar teman adik menjamu selera di Johnny dan teman mama & abah di pasar borong sahajalah. Lainnya banyak masa di rumah sahaja. Korang macam mana?

Hari ini ada aktiviti beraya lagi? Pastinya ada kan? Yerlah kebanyakkannya bercuti sampai hari ahad nanti. Selamat Beraya sakan dan bercuti yer kawan-kawan.

Aktiviti Buat Cup Cakes yang baru-baru di ceburi.. ngeee.. sangat best! Reveal- Dayah baru tahu buat kek! hahahaha.. dulu taw juga tapi tak pernah rasa satisfy.. kahkahkah.. Gelaklah korang ramai.. hehehehe.. *tapi tak la sedap sgt. For me its just meet my tekak requirement* hehehe

Pagi raya.. kami bergegas ke Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan). Berangin sahaja bersolat di sini. Sungguh! Menariknya, rupanya ramai juga orang Putrajaya ni ek? Macam-macam rupa pakaian manusia Dayah perhatikan dari beberza-beza negara. Tak kurang yang cuma berpakaian t-shirt & kain pelekat. Nasib tak jumpa yang pakai baju kurung kedah + kain batik, haruslah tak jumpa kalau dah semua berselubung dengan telekung kan.

Walau tak beraya di Kg. raya kami tetap meriah. Ramainya orang datang ke rumah, masyaAllah fenat! Sudahlah tak tido. Balik keje terus ajak Abg. Ali keluar beli barang dia. Then laju-laju balik rumah nak masak for raya. Sementara menanti sempat Dayah buat Cup cakes. Dapat dua bekas (3 tier piring) ok la kan. The taste still same.. Yeahh.. berjaya. You know what my Abah said "Lepas ni tak payah dah order kek, hangpa buat je la" haaaaa.. ishh x boleh! Tak layak lagi.. wohh...

Sempat juga kami ambil family pic.. ngeee... us..

Then.. next day.. beraya ke rumah kawan-kawan abah and Maksu Rosnah.. Dayah dapat duit raya ok? Hehehe .. jangan jeles.

Last but not least. Dayah sempat gubah bunga for Raya also.. Inilah hasil gubahan. Hentam je la labu. Apa bunga yang di beli kita guna. Kita gubahkan.

Korang, raya macam mana?
Dayah dah jelajah beberapa blog kawan blogger. Makaaihhh beraya sakan. Makan sana sini. La ni raya berapa dah ek? Dayah tak rasa raya pun :(

Sungguh tak rasa. Mujur 3 hari pertama tu je mood raya. After that switch to mood keje and jelajah negeri ke negeri.. Rumah kawan-kawan sorang pun Dayah tak singgah lagi. Raya ke penghujung dah ni. Maafkan saya yer kawan-kawan. Selamat Hari Raya

D_Y_H
Saya keje ohh.. rajin x? hahaha.. tak pe.. selamat duit saya.. kahkahkah =P

2 comments:

NB KARA said...

Tak rasa raya apanya Dayah, dalam gambar tu beraya sakan ..ha haha

Dayah said...

Salam Kak Yati..

hahaha.. sakan for 1st day je la kak oii.. x rasa sebulan raya tu la kak.. bila dah out of town sepanjang masa.. hhuhuhuhu.. x dpt beraya dgn ahli keluarga .. kawan-kawan.. mamaabahnadik2 je la kak.. huhuhu.. tapi syukurlah dpt juga beraya.. ^__^