Pakai purdah denda RM161,600 & setahun penjara.. hang gila??

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google

Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka.

Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.

HAH!! Melampau! Tapi itu hakikat yang terpaksa di lalui oleh wanita Islam yang berada di Perancis.

Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Berdasarkan berita yang di tulis di Bharian. 1 orang sahaja menentang! Radikulus! Alergik benar mereka melihat wanita yang menjaga maruah dan peribadi diri. Sedangkan mata mereka lebih senang dan gembira melihat wanita yang tidak seurat benang pun!!! Tidakkah mereka ketahui bahawa, wanita itu kalau tidak di bentuk dengan elok kelak bakal menghancurkan dunia?

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

D_Y_H
Syukurlah tidak duduk di sana. Tapi macam mana nak pi sana? Owhhh.. mereka kejam!! Tak ada la lepas ni hangpa feeling2 nak p eifel tower "kota cinta" la kunun! Nasib baik cheq dah pernah sampai.. muahahaha.. apa kata agungkan kota cinta ADAM & HAWA! Manusia pertama di hidupkan di muka Bumi. Ziarahlah ke sana. InsyaAllah saya punya cita-cita ke sana. Mari kumpul duit! yeahhhh

1 comments:

almutarjimah said...

Ironinya, Perancis mengaku mereka liberal, demokrat. Konon pejuang hak asasi manusia.